SII Christmas Party 2008
Hoh semua sexsited nak dapat hadiah.. termasuk la aku sekali.. ter-kesima tengok hadiah yg terhidang di bawak pokok krismes.. Malas nak tulis pepanjang pasal party nih, lagipun bukan nye aku sambut kan.. just suka suka.. meh layan je gegambar..
Seronok bangatt dapat bergambar dengan Santa Claus.. hehhe
OK la aku pening.. Nanti sambung lagii..
Separuh Akhir Muzik Muzik Balada 2008
Jumaat lepas.. Tu dia citer pasal minggu lepas.. always lambat kan.. Tapi takpe.. aku gigihkan jua untuk tidak menyawangkan blog aku nih.. hehhee.. Oh oke Jumaat minggu lepas Man dok gigih mengajak aku gi tengok Muzik Muzik Separauh Akhir katagori Balada di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.. Siap carikan aku tiket ni.. semata-mata nak aku pergi.. Hhehehhe Thanks Man.. sebab bebetul ngajak aku.. Maka malam tu aku ber-4 termasuk ngan Hanum n kawan dia (sape name eh aku lupa).. menyerang Seri Pentas 2 di Shah Alam.
Ni pertama kali aku tengok pertandingan Muzik Muzik secara live, selama ni tengok kat dalam TV jer.. maka rasa cam jakun skit.. Kitaorang sampai di Sri Pentas 2 dalam pukul 6 lebih.. selepas mengharungi jalan yang agak jam.. huhuhu.. Pastu tunggu ler sampai kul 8.. Katanye kat dalam tiket masuk kul 8 malam.. Last last masuk dalam kul 9 malam.. huhuhu.. sabar je laa.. nasib baik aku jenis sabar menunggu.. Kalau tak.. dah lama dahhh.. ermm ape ehh..??
Pas masuk mula la megagau cari tempat duduk.. Memula ingat ngan selamba je aku nak duk kat tempat press.. Pasal hakak yang jaga kat situ tu macam selamba je kasi aku masuk area tu.. Muka aku ade muka macam press ke.?? Muhahahaha.. Tapi disebabkan Man nak gak nak duduk kat ngan para peminat susah mati Faizal Tahir.. So aku pun duduk la kat sana gak.. Tu diaa.. Jauh bebenoo ngan stage.. Takpe aku redha jee.. Ni tiket pun dia yang ambikann.. So ikutkan je mana bapak ayam ni bawak aku.. ahhahahaha….
Bila dah duduk.. huhu mula la nak mengtest snap snap gambar kan.. dengan berbekalkan kit lens 18-135mm, korang pepaham je la kan.. gambar artis yang dapat aku ambik semua cinonet jer.. takpe aku redha jer.. Pastu masa nak snap gambar lagi aku tak leh berdiri.. pasal nanti tertiba timbul plak kepala aku kat TV.. (habang video kat belakang aku) dah la mende ni live.. so ikut je peraturan diorang.. Nak snap gambar kena ikut kepala orang kat depan.. kalau kepala org depan tu ke kiri.. aku snap belah kanan.. bila kepala dia kat belah kanan, aku snap belah kiri.. kengkadang tu snap je dari celah celah kepala orang.. heheh cam gitu le pengalaman 1st time aku kat sana.. Takpe aku redha jeee… Gambar hazab pun hazab la.. janji aku leh layan snap kat sana..
Duduk ngan bebudak Fan susah mati Faizal Tahir ni mmg best gile… Pasal diorang ni meriah aka suger high.. Termasuk la 3 orang yang sesat tertiba jadi Fan Faizal Tahir ni.. Hehehe.. Perangai memasing gila gila remaja.. yeh syok lepak ngan korang semua..
Kat bawah ni aku sertakan gambar-gambar yang tak seberapa.. pic pic ni aku terpaksa crop kasi dekat sikit.. Kalau gambar ori.. fuhh mmg kecik jer laa.. pastu penuh ngan kepala kepala penonton yang lain.. So korang layan kan jer la erkk.. heheheh
Mengimbas Gunung Rajah 2006
Dok godek godek pc opis ni ha tertiba terbukak plak gambar masa pergi Gunung Rajah di Bentong tahun 2006. Masa ni aku baru berjinak jinak balik dengan xtvt memanjat.. yer la masa ni kira dah stabil skit dari segi kewangan.. hehe Ni pun 1st time aku join bebudak yang tak dikenali.. Kira selamba je follow diorang ni.. So aku nak sumbatkan gegambar kat dalam blog aku ni.. lalalalla suka ati aku la kann.. kann kann…
Senarai nama bebudak yang menjayakan XPDC ni
1. Arif
2. Sid
3. Ayen
4. Arwah Palie
5. Bob
6. Lapore
7. Hamdi
8. Qem
9. Kamil
10. Wawa
11. Nizam
12. Azira
13. Wan scorchys
14. Awe ORGU
Guide: Rob & Pur & Kak Lin (boleh la masukkan dlm guide gak eh)






