Update diri & Tragedi Di Hening Pagi

June 29th, 2009 scorchys 7 comments

Lately kehidupan agak huru hara sedikit dari tahun lepas.. Susah untuk menduga tahap kewangan di hari² yang mendatang.. so tahun ni kena banyak la berjimat cermat dari selalu. Dalam 2-3 bulan ni aku tak kemana².. Hari² minggu cuma stay di rumah saja.. Paling busuk² pun aku ke Bukit Beruntung.. Tujuan saje jenjalan.. erghh jalan gak.. biasanye aku tak plan pun nak kesana.. tahu² je aku dah jejak ke tanah Bukit Beruntung ni..

OK la di saat² takde duit ni aku selalu gak ler beringatkan kat diri aku ni.. Self motivation kan diri untuk tidak membelanjakan duit ke arah yang tak perlu.. (dulu banyak sangat beli mende mengarut). Jika aku di rumah mula membusy kan diri dengan mengemas bilik.. (tapi kejap je dah jadi tongkang pecah balik). Kalau malas nak kemas bilik aku main PSP sampai pengsan. (makin banyak plak game yang aku selamat habiskan). Maka save la duit rokok kat situ.. khayal main PSP sampai tertido disebabkan otak krem.

Bulan depan ade plan untuk ke Bangkok, tetapi macam berat hati plak nak pergi. Salah satu sebab ialah sumber kewangan aku yang di paras² buah dada dahh.. Banyak benda nak kena settell kan dari hutang, sewa rumah & lain lain barang keperluan harian.. Tapi kalau nak pergi gak boleh la cari side income macam cikcur.. hahahha takde ar.. tak tergamak nak jual body ni.. kena la gigih buat freelance.. gunakan ape ape saja yang aku ade untuk menambah pendapatan bulanan.

Sebab kedua penyakit selsema babi/influenza A/H1N1 semakin menjadi².. So nak keluar negara ni mcm menakutkan la pulak. Tapi member yang baru pulang dari Bangkok cakap.. kat sana ok ok jer.. tak nampak sangat masalah babi ni cuma ramai je peniaga daging babi (seram balik) disana sini. Kalau nak gi kena la aku gi cucuk vaksin babi dulu.. baru ler terasa 70% selamatt.. Iye ke.??

picture-1

Ni aku kasi link Kementerian Kesihatan Malaysia untuk informasi berkenaan Influenza A: Kementerian Kesihatan Malaysia [Influenza A/H1N1]

p/s:- Tertiba rindu nak gi memanjat gunung la plak.. memacam la aku nih..

Ok stop masalah peribadi.. ni citer pasal tragedi di pagi hari Sabtu lepas plak..

Tregedi yang berlaku di pagi hariii sekitar jam 2am.. tragedi yang sungguh menyeramkan kerana ianya berlaku di atas jambatan kilometer 1.7 lebuhraya ELITE sebelum susur keluar Tol Shah Alam.. Ini bukanlah tragedi kemalangan maut.. Tetapi ini adalah tragedi berdiri di sebelah line putih disebabkan kereta Aan (Boboy) mengalami kerosakkan.. hehehe.. suspend tak.?? Takk kann.. taoo dahhhh…

Pagi sabtu tu dalam kul 2 pagi masa aku lite² mengantuk, Aan call aku dengan sore agak cam sodeh jee.. Aku dah syak dahh mesti ade benda tak best berlaku.. Rerupanya kereta dia berasap kat atas jambatan highway ELITE.. So aku bergegas le kesana.. Sesampai je trus ler ler check kereta dia..  Aku ni macam la tao sangat pasal kereta ni.. Asal kereta berasap je mesti fikir radiator tak cukup air lahh.. memacam lahh.. Maka aku ngan Aan mula la gigih mengisi air dalam radiator boboy..

Bila dah rasa cam dah cukup Aan pun gi ler start balik kereta nye.. Tapi sedeeyy non-bolehh.. Aku kat depan ternampak la air memancut mancut macam ejakulasi cipcap ceria.. Rupanye ada keretakkan kat radiator dia tuu.. Pastu kitaorang dedua blurr tatao nak buat ape..

t1

Masa tu memang cuak lerr.. pasal dah le kena berdiri atas jambatan tuu.. Lepas tu segala bapak jenis lori lintas kat situ.. Dari lori ikan sehinggalahh lori kontena macam Optimus Prime.. hehhe.. cuak siot.. bila lori lalu je jambatan tu bergegar mcm gempa bumi.. Tapi aku tak takutkan gegaran tu.. Aku cuma takutkan jika ada pemandu lori yang  cuaii… Kang ada gakk tragedi dirempuh dari belakang.. hayooo.. Mintak dijauhkan lerr..

Mula la wat plan untuk ke tol terdekat iaitu tol susur keluar Shah Alam. Sampai kat sana Aan tanye la kat brader kaunter tu.. macam mana nak call Hotline Plus.. dandan brader tu tunjuk ler kat belakang kad tol tuh.. Aku pun ape lagi tepuk dahi je la… cam mane la aku leh lupa kat belakang kad tu ade no Hotline PLUS.. terasa kebangangan ini semakin terselah.. dan semakin terserlah bila aku cerita kat korang kebangangan diri aku ni kat korang.. hahahhaha.. So kepada sesiapa yang tatao no Hotline PLUS ni aku kasi, sila dail 1800880000.

t2

Kitaorang pusing balik ke tempat kejadian.. Sambil tu aku call ler Hotline PLUS ni.. cakap kat mana kejadian berlaku.. Sesampai je tak sampai 5minit.. Kereta peronda PLUS pun sampaii.. Wah!! sungguh cepat.. So kawtim ler ngan diorang.. Diorang leh towing kereta Aan sampai ke tol Shah Alam je.. Yang si Aan plak tetap nak towing ke Bukit Beruntung.. Katanye biarlah keretanya berada di lokasi jajahannye.. Brader PLUS tu pun kasi ler no orang towing yang leh angkut kereta Aan di pagi hari.. Sian plak bacha yang bangun pepagi buta untuk membantu kitaorang.. Tapi nak wat cam mane.. dah keja dia kan.. rezeki di pagi hari..

t3

Maka Boboy pun berjaya lah di towing ke Bukit Beruntung. Masa ni jam menunjukkan pukul 4-5 pagii.. Aku yang follow dari belakang rasa cam nak tercabut biji mata ni masa drive dari Shah Alam ke Bukit Beruntung.. Tapi demi member tersayang punya pasal.. aku gagahkan juaa.. Upahnye dapat makan nasi lemak free kat Bukit Beruntung.. Erm nasib baik sodapp..

p/s:- Sorry kualiti gambar kali ni amat menakutkan.. pakai kemera hp korakk jerr….

Hairul Izwan | Reka Lencana Anda
Hairul Izwan

Categories: Uncategorized Tags:

Padang, Bukittinggi & Gunung Merapi

June 25th, 2009 scorchys 4 comments

merapi

Ok la nak kongsi ngan korang gegambar masa aku ke Padang, Indonesia bulan lepas.. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ni xtvt ni akhirnya berjaya jua dijalankan.. Alhamdullilah.  So korang layankan je la gegambar yang aku snap snap kat sana yee..

dsc_0001

Cliche sangatkan tiap kali kalo nak naik kapal terbang mesti piling² snap melalui tingkapnye.. Yo laa.. aku ni bukannye selalu dapat naik kapal terbangkan.. mana lah tahu tetengah melayan view tertiba nampak superman melintas kat tepi tingkap kann.. hehehe..

dsc_0007

View dari atas kapal terbang.. kan aku dah cakap.. mesti ade benda yang menarik bila kita di atas langit biru ni.. Ini adalah gambar puncak gunung merapi ye.. Yurp puncaknye kelihatan rata.. tetapi sebetulnya mempunyai puncak yg lebih tinggi dan kecil.

dsc_0014

Pokcik kayooo.. Ini masa kitaorang dah sampai ke Padang.. Baru kuarkan duit rupiah.. tu dia aku pening banyak sangat no kosong tuuu.. selalu tersasull.. 1st time beb jadi orang jutawan kat sana.. mana tak sexcited kann.. hehehe..

dsc_0023

Gambar di landasan Lembah Anai.. Ramai jugak yang dok melepak kat atas landasan ni.. tak takut kot kena lenyek dek keretapi. Sebenarnya landasan keretapi ni dah tak digunakan lagi, ianya adalah landasan peningalan kerajaan Belanda dulu².. Yang peliknye kan.. takde la plak orang kat sana nak curi besi landasan ni.. Cuba kalo kat Malaysia.. kejap je besi mcm ni leh hilang.. hahaha..

dsc_0025

Ini pula di hadapan air terjun Lembah Anai.. Satu lagi lokasi yang popular di Padang ni.. Khabarnye sesapa yang mandi air terjun ni akan sentiasa awet muda.. katanye.. dandan je kann.. aku tengok kawasan sekeliling ni aku sendiri nak mandi pun takut.. kawasan ni kurang dijaga kebersihannya.. sampah sarap melekat kat celah² batu sungai.

dsc_0033

Selepas melepasi kawasan Lembah Anai yang mempunyai jalan yang agak menyeramkan, kitaorang dibawa ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau. Disini segala maklumat berkenaan kebudayan Minangkabau boleh kita perolehi.

dsc_0035

Ini adalah rumah Gadang. Rumah yang menjadi kebanggaan orang Minangkabau kerana rekabentuknya yang agak unik. Setiap tiang seri nyer juga mempunyai ukiran² yang menarik serta mempunyai sistem untuk menstabilkan rumah apabila gempa bumi berlaku. Ciri² bentuk rumah nye juga mengikut peraturan adat pepatih.

dsc_0084

Korang jangan tak tao.. aku kat sana sempat merasa memakai pakaian orang Minangkabau.. Kitaorang dah serupa macam Power Ranger versi melayu dah.. hehehehe..

dsc_0106

Aksi poyos di depan rumah Gadang.. hahaha.. memasing dah terlebih gula masa memakai baju ni.. aktif semacam bila pakai persalinan ini.. aura pendekar mana tah dah rasuk kitaorang.. hahhaha.. tak kesah la janji enjoyy..

dsc_0132

Mengikut jadual asal, sepatutnya kitaorang dibawa ke kawasan perkampungan Pandai Sikek. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, kitaorang dibawa ke satu kedai buatan kulit di kawasan pekan Kota Baru. Disini kesemua barangan dibuat 100% buatan tangan.. manual beb.. baru la bebetul ori..

dsc_0135

Samsul berehat di luar sebuah kedai yang menjual peralatan pendakian.. Rambang mata woo kat sini.. kebanyakkan barang memang murah² gila babas..

dsc_0140

Berteduh semasa hujan di Wisata Market, Bukittinggi. Kat sini barang seperti kain pelekat, telekong dan baju kebaya memang banyak. Barangan kulit pun ada seperti jeket bagaii.. Murah² plak tuu.. satu lagi area yang boleh membuatkan aku rambang mata.. seramm sangat.

dsc_0151

Makan malam di salah sebuah rumah makan masakan Minang. Aku kureng skit makan makanan Minang ni.. pedas ya amatz.. Tapi lauk dia banyak jenis la pulak.. dari ulam² sampai le ke daging lembu dan ikan.

dsc_0164

Besoknya pepagi kitaorang dah bangun untuk bersiap sedia untuk misi yang bakal kitaorang lakukan, iaitu menawan puncak  Gunung Merapi. Sebelum tu sempat la compress kat depan hotel reramai.

dsc_0179

Kitaorang menuju ke starting point di Relay Station yang terletak di kawasan Kota Baru. Kawasan ini terletak di kawasan yang tinggi sedikit, dan terdapat banyak kebun² yang tumbuhannya hidup subur.. Mana taknye suburr,  tanah gunung berapi lah katakan..

dsc_0189

Dari Relay Station, kitaorang mula mendaki menyusuri kebun² tomato untuk menuju ke Pesangrahan. Tetapi sebelum itu kitaorang sempat la singgah di satu rumah yang terletak di tengah kebun untuk makan tengahari.

dsc_0200

Disebabkan kitaorang melepak kat rumah di kebun tu lama sangat, maka kitaorang terpaksa berjalan melintasi Pesangrahan. Oh lupa nak kasi tahu, Pesangrahan adalah kawasan penempatan colonial Belanda. Terdapatlah tapak² bangunan kat situ.. tapi cuma tapak dan tangga je la.. bangunannya sudah roboh.

dsc_0203

Di dalam pendakian aku rasa macam malas je nak mengeluarkan kemera. Ini kerana cuaca masa tu agak tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap tak.. tensi beb.. dah la banyak take 5. Cuaca pun sejuk semacam. Jalan punya jalan aku tak sedar yang waktu sudah menunjukan waktu senja. Dah le jalan sensorang.. yang lain ade yang dah kehadapan dulu.. yang di belakang aku pun tatao sejauh mana diorang kat belakang. So redah je laa sensorang.. selepas sahaja dari terowong Casablanca *dandan dapat nama baru terowong ni.. disebabkan ianya agak menyeramkan kitaorg dengan rasminye memangil terowong Casablanca, aku pandang kebelakang.. sekali jumpa view ni.. ape lagii lantas aku keluarkan kemera.

dsc_0229

Ini adalah view sunset dari kawasan kem kasut.. dandan je nama kem kasut sebab ade sepasang kasut tersangkut kat atas pokok. Hahaha… nama sebenarnya kawasan ni ialan Peninjauan. View memang meleleh wooo… kelihatan lautan awan dan langit kemerahan..

dsc_0222

Hehehe sekali lagi posing ngan view yang meletop kebaboomm.. sempat kuarkan tripot dan snap mengunakan remote.. Berguna gak remote aku ni.. bersesuaian la bila aku berjalan sorang²..

dsc_0232

Last untuk view sunset yang kebabom kecepir.. Langit merah bagaikan api menyala di sebalik gunung Singgalang *satu lagi gunung berapi yang terletak di kawasan Bukittinggi.

dsc_0258

Gambar semasa sampai ke Batu Cadas Campsite. Disini kitaorang bermalam dan akan memulakan pendakian semula di pagi besoknya.. sejuk woo..

dsc_0251

View bandar Bukittinggi yang aku snap dari Batu Cadas Campsite. Kelihatan lampu² jalan berwarna kuning mempunyai bentuk bunga. Tapi betul beb. Kalau tengok bebetul memang macam bentuk bunga. Tak caya gi panjat sendiri dan lihat..

dsc_0294

Tadaaaa…. dah sampai kawsan kawah gunung Merapi.. Bau sulfur mula menusuk ke hidung aku.. Memula ade la aku tutup hidung ngan bandanna aku.. Tapi makin lama makin tak selesa plak.. last last bukak je.. sedut je la bau sulfer tuuuhhh.. ade la bau macam kentut abah skolblog.. *ampun sempat smash.

dsc_0334

Ni kitaorang dok jalan sekeliling kawasan kawah.. bukan bermotifkan nak cuci kawah yer.. Tetapi saje je jenjalan kat atas tu.. nak tengok kawasan sekeliling.. penat memang penat jalan kat atas batu²an ni.. erghh!

dsc_0365

Perhatian.. Ini bukanlah image view Planet Mars ye.. Oh ye.. memulakan aku ingat gunung Merapi ni ade satu kawah je.. rerupanya kat atas tu ade banyak kawah² lain. Cuma ada yang tak aktif dan ada yang masih AKTIFF!! ayoo bebila masa saje dia boleh meletuss.. *dapat tao dari guide terus aku mengucap bebanyak..

dsc_0403

Ini adalah pokok bunga Kekal Abadi.. pokok bunga ni terdapat di kawasan kawah² ni.. Khabarnya pokok ini jika dicabut ianya tak akan layu.. dan jika diberi kepada kekasih korang, hubungan korang akan menjadi kekal abadi.. *dandan je kan orang dedulu nak propa..

dsc_0411

Bunga merah ni aku tak tahu plak ape nama nye.. cuma pokok ni menarik perhatian.. Terdapat 3 warna gradient dari pucuk hingga ke akar.. cantik wooo..

dsc_0421

Aku dok posing sebelah salah satu kawah gunung berapi yang terbesar kat atas tuhh.. Dalam beb lubang tu.. berdiri sebelah dia tu pun dah gayatt.. tengok kat bawah tu takde la plak nampak lava.. baru nak feelling² Indian Joness.. hehe..

dsc_0448

Tadaaaaaa…… dan akhirnya aku sampai juga ke puncak tertinggi Gunung Merapi ni, iaitu puncak Merpati.. Puncak nye kecik je.. bila berdiri korang akan rasa gayat punya laaa.. gila best view 360 darjah.. Siap leh nampak lautan Hindi.. tak caya.?? gi panjat sendiri dan tengok sendiri..

dsc_0452

View dari puncak Merpati korang leh nampak kawasan sekeliling Gunung Merapi. Seperti di dalam gambar ialah view Danau Singkarak..

dsc_0453

Ini adalah view semasa aku menuruni kawasan kawah menuju ke Batu Cadas Campsite.. sekali lagi view yang kebabom di depan aku..

dsc_0456

Gayat beb berdiri kat atas batu tuuu.. tapi gigih gak demi sekeping gambar sebangai tanda kenang kenangan.. Di depan tu ialah view pekan Kota Baru.

dsc_0470

Selepas selamat turun dari gunung Merapi dan berehat. Di waktu petangnya kitaorang dibawa ke Kelok 44.. Jalan untuk ke sini memang menakutkan.. sesapa yang mudah mabok baik berjaga². Gambar ni adalah masa kitaorang berhenti di kawasan ladang kayu manis.

dsc_0475

Kitaorang sampai di Kelok 44 agak lewat.. so cuma dapat ambik gambar sunset ni je laa… oh di depan ni sebenarnya Tasik Peninjau.. cantik jugak la tempat ni..

dsc_0494

dsc_0500

dsc_0512

dsc_0536

Gambar di atas adalah gambar hari terakhir kitaorang berada di Bukittinggi. Masa ni aku melawat kawasan Benteng Ford De Kock. Benteng ni kira macam Kota A’Famosa gak laa.. nak cerita aku tak berapa ingat la apa yang guide citer kat aku.. Sekarang ni kawasan benteng tu dah menjadi pusat rekriasi umum.. Terdapat juga mini zoo disini..

dsc_0538

Sebelum bertolak ke Bandar Padang.. ni kira kes last² minit shoppingg di Pasar Wisata… Katanye jutawan segera kan.. Ape lagi Shopppinggggggg… yeyyyy!! Tapi aku tengok je la.. pasal aku la yang paling miskin.. Cuma dapat la beli buah tangan untuk parents aku.. Oh ye dengan sepasang baju kebaya untuk Cik Na..

dsc_0542

Santapan terakhir kitaorang di Bukittinggi, iaitu merasa kuih NERAKAAAA!!!!… sesuai lah kan dengan kitaorang yang memasing mulut cam neraka lahanatt kann… hehehe.. Kuih ni sebenarnya macam kuih lempeng pisang + kelapa je… Ianya dimasak mengunakan api yang marak menyala dari atas dan bawah.. sebab tu la kot penduduk tempatan memanggil nama kuih ni sebagai kuih NERAKAAAA!!.. hahahha….

Hairul Izwan | Reka Lencana Anda
Hairul Izwan

Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro