Souvenir aku tak gempak..

July 30th, 2009 scorchys 6 comments

Hari ni pepagi dah ceria.. malam tadi baru keluarkan segala jenis kazanah dari dalam bag. Tak lupa juga souvenir dari negara gajah untuk kengkawan aku di opis.. Dalam keadaan kegawatan ekonomi sendiri tidaklah aku beli barang yang begitu berharga/mahal untuk kengkawan bahkan untuk diri aku sendiri.. Setiap kali keluar kemana² pun aku hanya bawak duit cukup² makan je.. Sebab tu la tiap kali pun budjet trip.. Aku keluar hanya untuk berjalan² atau tengok negara dan budaya orang sahaja.. Bukanlah aku mampu untuk membeli belah di shopping complex diorang tu untuk beli barang berjenama untuk diri aku inikan pula untuk orang lain.

gajah

Dengan berbekalkan 2000 Bath dalam RM200 apa sangat la yang aku boleh beli kat sana.. Tapi nasib baik aku dah asingkan duit untuk transportation, makan & entarance charge *ni blom masuk duit caj luggage masa kat airport plak kan.. So korang fefaham je la erk..

Berkenaan souvenir, apa yang aku beri untuk korang tu semua sebagai cenderahati ikhlas dari aku. Tak kira la benda tu cantik ke tak, mahal ke murah janji aku suka dengan souveniar yang aku berikan dan souveniar yang aku berikan itu dalam keadaan elok, korang terima je la dengan berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada aku.. *kalau tak reti cakap terima kasih, korang leh ucapkan thanks you so much aku reti je jawab you are welcome :) sinis aku smash kat sini.. Aku belikan souvenir sebab aku sentiasa ingat kat korang jika aku berjauhan ngan kalian semua.. Aku belikan apa yang termampu saja.. Kalau aku tak mampu nak belikan apa² nak buat macam mana kan.. *tunggu la aku lacurkan diri aku kat sana.. maybe aku leh belikan untuk kalian Gucci, Prada atau LV tiruan punya.. mau.??

Nak kata aku sentap.? memang la aku sentap tapi aku tak marah & akan menjadi satu pengajaraan untuk aku.. souvenir yang aku berikan untuk kalian, kalian suruh kasi kat orang lain.. WTF!!.. OK fine mungkin ni kali terakhir aku belikan souvenir untuk kalian yang tak reti nak menghargai pemberian dari aku. Aku akan memberi kepada mereka yang menghargai pemberian dari aku saja.. *merasaaaa.. ni memang dah tahap sentap..

Mungkin ini adalah suatu isu yang sedikit sensitif untuk aku tulis dalam blog aku ni.. Tetapi aku rasakan baik aku lepaskan kat sini.. Sekurangnya sebagai suatu peringatan untuk diri sendiri dan juga kalian semua.. Ingat setiap pemberian / souvenir yang diberi oleh sesiapa pun adalah ikhlas selagi souvenir itu dalam keadaan baik dan elok .. tak kira la benda tu mahal ke tak.. cantik ke burukk.. Itu adalah pemberian yang ikhlas.. korang just terima dan ucapkan terima kasih.. simpan dan jaga barang pemberiaan orang lain itu dengan sebaiknya sebagai kenangan. *macam ni pun tak bleh kee.??? ayooo…

Apa² pun aku nak minta maaf dulu apa yang aku tulis ini biasa la kan smash mengsmash ni.. ini sekadar nukilan hati aku yang sedikit terguris untuk hari ini, kita tetap berkawan..

Categories: Uncategorized Tags:

Ucapan Pendek

July 29th, 2009 scorchys No comments

Ucapan pendek

Terima kasih Aan wat suprise untuk wa.. suprise depan pintu plak tuhh.. wa suka.. suka gila.. terkejut sekejap.. wa tatao lu baca ke tak blog wa ni.. tapi tak kesah laa.. wa tetap suka dan gembira  malam jumaat lepas dan mekasih hantar wa ke airport hari sabtu.. Kira rushing gak kan dah macam amazing race dah.. dari SK – Ampang Point – Pandan Indah – Jasco SK – LCCT.  Mekasih bebanyak ehh.. muaahhhh!!

dsc_0338_3_2_1

Alhamdullilah aku selamat pulang ke Malaysia malam tadi dengan tidak menapau segala kuman antarabangsa dengan jayanya.. Segala gambar untuk trip budjet Bangkok akan menyusul kemudiaan.. Tapi tatao bila.. sekarang tengah mood bercuti & kemalasan masih melanda.. hehe bila rajin baru update lagi.. OK.. Macam biasa kita kasi lite² teaser jee.. choww!!

Categories: Uncategorized Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro