
Disebabkan externel hardisk aku tengah buat hall sekarang ni (mcm corupted je) maka aku terajinkan diri untuk membelek folder² dalam PC opis ni ha.. Kononnye nak cari balik file² yang ku fikirkan boleh diselamatkan lagi.. Tapi non-ado file yang sama macam kat dalam hardisk aku tuh.. Menci~
Tapi belek punya belek aku terjumpa la plak folder pic aku ke CUS pada hujung tahun lepas.. Yurp pic² ni masih blom aku kongsikan ngan korang semua.. Masalahnye pic di CUS ni tak banyak.. Kemera aku hilang auto fokus nye.. Hujan turun dengan mencurah²..
Aku ada buat catatan tentang xtvt CUS ni.. Tapi aku hanya mampu menulis separuh jalan je.. Ini kerana xtvt ini terlampau panjang.. dan banyak benda aku nak ceritakan.. Banyak benda yang tak diduga berlaku semasa xtvt ini berlangsung.. Banyak kenangan terindah, suka dan duka berlaku.. Banyak pengalaman baru yang aku harungi.. Dan banyak lagi lahh.. hehe.. ishkk.. dah serupa drama bersiri la plakk..
Ini adalah peta asal laluan CUS..

Ini adalah peta yang mampu kami lalui

Kawasan garis² putus adalah kawasan yg mampu di lalui.. Oleh kami.. Mungkin hanya 40% saja laluan yang kitaorang redah untuk xtvt CUS nih.. Tetapi bayangkan jika redahan dari Kampung Sg. Rekom ke laluan masuk di Gua Musang.? Melalui trek balak dengan hanya berjalan kaki, plus dengan hujan turun dengan tidak menentu.. Sesiapa yang biasa berjalan kaki di trek balak maybe tahu la keazaban yang dilalui oleh kami.. hehehe.. seronok kann.. Layankan jeee..















Ni adalah gegambar masa bebudak yang ke CUS makan besar di Restoran Nang Kam Seafood, Kg. Baru. Kesemua 9 orang peserta CUS hadir + sorang tukang belikan ration (Mbot).. Tu dia meriah woo.. Terima kasih kat Odd pasal belanja kitaorang makan.. Apa yang kita sesama bayangkan semasa di trek balak tempoh hari, akhirnya di realsasikan jua.. Yey..

Menu untuk malam tu agak menyaratkan perut memasing.. Tapi memang sedap la menu malam tu.. Terutama sekali manu special “Meang Kam“, menu ni tidak dijual di restoran ni ya..!! Ini adalah request dari Odd.. Maaf takde gambar plak.. Malam tu aku agak huru hara.. pasal aku yg kena arrange semua sekali.. dari tempat sehinggalah menu bagai.. haiyak rugi plak tak ambik gambar “Meang Kam” nih.. Menu-menu lain untuk malam tu ialah..
- Ikan Siakap 3 ekor – Masak Pedas, Masak Tiga Rasa & Kaengsom (Asam Pedas ala Thai)
- Udang 3pax – Udang Goreng Tepung
- Sotong 3pax – Sotong Stim Limau (Sedap sekaliiii)
- Sayur – Kailan Ikan Masin, Asparagus Oyster Sauce & Kang Kong Lila
- Daging – Black Pepper & Masak Merah
- Ayam 2pax – Ayam Pandan
- Tomyam susu
- Lala – Masak Padkapau
- Special Menu – Meang Kam (sangat best)
p/s : takde gambar.. tak sempat nak snap, semua lauk lauk telah diratah dengan cepat sekalii.. hahahahha…
Disebabkan malam tu aku agak huru hara + malas nak ambik gambar.. maka aku pun dengan gigihnya membuka tripod dan meletakkan kemera di hujung meja.. Sambil makan sambil snap mengunakan remote.. hahah senang.. aku pun selesa menyental segala makanan yang ade.. best best best…


Terima kasih kepada Cik Wida.. Pasal tolong aku arrange tempat + pilih menu kat restoran dia ni.. Aku harapkan, semua enjoy dengan menu yang aku order tu ehh… Kalau korang rasa sedap, jum kita serang lagi Restoran Nang Kam ni lain kali ehh.. hehhe (promote untuk Cik Wida)