Padang, Bukittinggi & Gunung Merapi

Ok la nak kongsi ngan korang gegambar masa aku ke Padang, Indonesia bulan lepas.. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ni xtvt ni akhirnya berjaya jua dijalankan.. Alhamdullilah. So korang layankan je la gegambar yang aku snap snap kat sana yee..

Cliche sangatkan tiap kali kalo nak naik kapal terbang mesti piling² snap melalui tingkapnye.. Yo laa.. aku ni bukannye selalu dapat naik kapal terbangkan.. mana lah tahu tetengah melayan view tertiba nampak superman melintas kat tepi tingkap kann.. hehehe..

View dari atas kapal terbang.. kan aku dah cakap.. mesti ade benda yang menarik bila kita di atas langit biru ni.. Ini adalah gambar puncak gunung merapi ye.. Yurp puncaknye kelihatan rata.. tetapi sebetulnya mempunyai puncak yg lebih tinggi dan kecil.

Pokcik kayooo.. Ini masa kitaorang dah sampai ke Padang.. Baru kuarkan duit rupiah.. tu dia aku pening banyak sangat no kosong tuuu.. selalu tersasull.. 1st time beb jadi orang jutawan kat sana.. mana tak sexcited kann.. hehehe..

Gambar di landasan Lembah Anai.. Ramai jugak yang dok melepak kat atas landasan ni.. tak takut kot kena lenyek dek keretapi. Sebenarnya landasan keretapi ni dah tak digunakan lagi, ianya adalah landasan peningalan kerajaan Belanda dulu².. Yang peliknye kan.. takde la plak orang kat sana nak curi besi landasan ni.. Cuba kalo kat Malaysia.. kejap je besi mcm ni leh hilang.. hahaha..

Ini pula di hadapan air terjun Lembah Anai.. Satu lagi lokasi yang popular di Padang ni.. Khabarnye sesapa yang mandi air terjun ni akan sentiasa awet muda.. katanye.. dandan je kann.. aku tengok kawasan sekeliling ni aku sendiri nak mandi pun takut.. kawasan ni kurang dijaga kebersihannya.. sampah sarap melekat kat celah² batu sungai.

Selepas melepasi kawasan Lembah Anai yang mempunyai jalan yang agak menyeramkan, kitaorang dibawa ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau. Disini segala maklumat berkenaan kebudayan Minangkabau boleh kita perolehi.

Ini adalah rumah Gadang. Rumah yang menjadi kebanggaan orang Minangkabau kerana rekabentuknya yang agak unik. Setiap tiang seri nyer juga mempunyai ukiran² yang menarik serta mempunyai sistem untuk menstabilkan rumah apabila gempa bumi berlaku. Ciri² bentuk rumah nye juga mengikut peraturan adat pepatih.

Korang jangan tak tao.. aku kat sana sempat merasa memakai pakaian orang Minangkabau.. Kitaorang dah serupa macam Power Ranger versi melayu dah.. hehehehe..

Aksi poyos di depan rumah Gadang.. hahaha.. memasing dah terlebih gula masa memakai baju ni.. aktif semacam bila pakai persalinan ini.. aura pendekar mana tah dah rasuk kitaorang.. hahhaha.. tak kesah la janji enjoyy..

Mengikut jadual asal, sepatutnya kitaorang dibawa ke kawasan perkampungan Pandai Sikek. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, kitaorang dibawa ke satu kedai buatan kulit di kawasan pekan Kota Baru. Disini kesemua barangan dibuat 100% buatan tangan.. manual beb.. baru la bebetul ori..

Samsul berehat di luar sebuah kedai yang menjual peralatan pendakian.. Rambang mata woo kat sini.. kebanyakkan barang memang murah² gila babas..

Berteduh semasa hujan di Wisata Market, Bukittinggi. Kat sini barang seperti kain pelekat, telekong dan baju kebaya memang banyak. Barangan kulit pun ada seperti jeket bagaii.. Murah² plak tuu.. satu lagi area yang boleh membuatkan aku rambang mata.. seramm sangat.

Makan malam di salah sebuah rumah makan masakan Minang. Aku kureng skit makan makanan Minang ni.. pedas ya amatz.. Tapi lauk dia banyak jenis la pulak.. dari ulam² sampai le ke daging lembu dan ikan.

Besoknya pepagi kitaorang dah bangun untuk bersiap sedia untuk misi yang bakal kitaorang lakukan, iaitu menawan puncak Gunung Merapi. Sebelum tu sempat la compress kat depan hotel reramai.

Kitaorang menuju ke starting point di Relay Station yang terletak di kawasan Kota Baru. Kawasan ini terletak di kawasan yang tinggi sedikit, dan terdapat banyak kebun² yang tumbuhannya hidup subur.. Mana taknye suburr, tanah gunung berapi lah katakan..

Dari Relay Station, kitaorang mula mendaki menyusuri kebun² tomato untuk menuju ke Pesangrahan. Tetapi sebelum itu kitaorang sempat la singgah di satu rumah yang terletak di tengah kebun untuk makan tengahari.

Disebabkan kitaorang melepak kat rumah di kebun tu lama sangat, maka kitaorang terpaksa berjalan melintasi Pesangrahan. Oh lupa nak kasi tahu, Pesangrahan adalah kawasan penempatan colonial Belanda. Terdapatlah tapak² bangunan kat situ.. tapi cuma tapak dan tangga je la.. bangunannya sudah roboh.

Di dalam pendakian aku rasa macam malas je nak mengeluarkan kemera. Ini kerana cuaca masa tu agak tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap tak.. tensi beb.. dah la banyak take 5. Cuaca pun sejuk semacam. Jalan punya jalan aku tak sedar yang waktu sudah menunjukan waktu senja. Dah le jalan sensorang.. yang lain ade yang dah kehadapan dulu.. yang di belakang aku pun tatao sejauh mana diorang kat belakang. So redah je laa sensorang.. selepas sahaja dari terowong Casablanca *dandan dapat nama baru terowong ni.. disebabkan ianya agak menyeramkan kitaorg dengan rasminye memangil terowong Casablanca, aku pandang kebelakang.. sekali jumpa view ni.. ape lagii lantas aku keluarkan kemera.

Ini adalah view sunset dari kawasan kem kasut.. dandan je nama kem kasut sebab ade sepasang kasut tersangkut kat atas pokok. Hahaha… nama sebenarnya kawasan ni ialan Peninjauan. View memang meleleh wooo… kelihatan lautan awan dan langit kemerahan..

Hehehe sekali lagi posing ngan view yang meletop kebaboomm.. sempat kuarkan tripot dan snap mengunakan remote.. Berguna gak remote aku ni.. bersesuaian la bila aku berjalan sorang²..

Last untuk view sunset yang kebabom kecepir.. Langit merah bagaikan api menyala di sebalik gunung Singgalang *satu lagi gunung berapi yang terletak di kawasan Bukittinggi.

Gambar semasa sampai ke Batu Cadas Campsite. Disini kitaorang bermalam dan akan memulakan pendakian semula di pagi besoknya.. sejuk woo..

View bandar Bukittinggi yang aku snap dari Batu Cadas Campsite. Kelihatan lampu² jalan berwarna kuning mempunyai bentuk bunga. Tapi betul beb. Kalau tengok bebetul memang macam bentuk bunga. Tak caya gi panjat sendiri dan lihat..

Tadaaaa…. dah sampai kawsan kawah gunung Merapi.. Bau sulfur mula menusuk ke hidung aku.. Memula ade la aku tutup hidung ngan bandanna aku.. Tapi makin lama makin tak selesa plak.. last last bukak je.. sedut je la bau sulfer tuuuhhh.. ade la bau macam kentut abah skolblog.. *ampun sempat smash.

Ni kitaorang dok jalan sekeliling kawasan kawah.. bukan bermotifkan nak cuci kawah yer.. Tetapi saje je jenjalan kat atas tu.. nak tengok kawasan sekeliling.. penat memang penat jalan kat atas batu²an ni.. erghh!

Perhatian.. Ini bukanlah image view Planet Mars ye.. Oh ye.. memulakan aku ingat gunung Merapi ni ade satu kawah je.. rerupanya kat atas tu ade banyak kawah² lain. Cuma ada yang tak aktif dan ada yang masih AKTIFF!! ayoo bebila masa saje dia boleh meletuss.. *dapat tao dari guide terus aku mengucap bebanyak..

Ini adalah pokok bunga Kekal Abadi.. pokok bunga ni terdapat di kawasan kawah² ni.. Khabarnya pokok ini jika dicabut ianya tak akan layu.. dan jika diberi kepada kekasih korang, hubungan korang akan menjadi kekal abadi.. *dandan je kan orang dedulu nak propa..

Bunga merah ni aku tak tahu plak ape nama nye.. cuma pokok ni menarik perhatian.. Terdapat 3 warna gradient dari pucuk hingga ke akar.. cantik wooo..

Aku dok posing sebelah salah satu kawah gunung berapi yang terbesar kat atas tuhh.. Dalam beb lubang tu.. berdiri sebelah dia tu pun dah gayatt.. tengok kat bawah tu takde la plak nampak lava.. baru nak feelling² Indian Joness.. hehe..

Tadaaaaaa…… dan akhirnya aku sampai juga ke puncak tertinggi Gunung Merapi ni, iaitu puncak Merpati.. Puncak nye kecik je.. bila berdiri korang akan rasa gayat punya laaa.. gila best view 360 darjah.. Siap leh nampak lautan Hindi.. tak caya.?? gi panjat sendiri dan tengok sendiri..

View dari puncak Merpati korang leh nampak kawasan sekeliling Gunung Merapi. Seperti di dalam gambar ialah view Danau Singkarak..

Ini adalah view semasa aku menuruni kawasan kawah menuju ke Batu Cadas Campsite.. sekali lagi view yang kebabom di depan aku..

Gayat beb berdiri kat atas batu tuuu.. tapi gigih gak demi sekeping gambar sebangai tanda kenang kenangan.. Di depan tu ialah view pekan Kota Baru.

Selepas selamat turun dari gunung Merapi dan berehat. Di waktu petangnya kitaorang dibawa ke Kelok 44.. Jalan untuk ke sini memang menakutkan.. sesapa yang mudah mabok baik berjaga². Gambar ni adalah masa kitaorang berhenti di kawasan ladang kayu manis.

Kitaorang sampai di Kelok 44 agak lewat.. so cuma dapat ambik gambar sunset ni je laa… oh di depan ni sebenarnya Tasik Peninjau.. cantik jugak la tempat ni..




Gambar di atas adalah gambar hari terakhir kitaorang berada di Bukittinggi. Masa ni aku melawat kawasan Benteng Ford De Kock. Benteng ni kira macam Kota A’Famosa gak laa.. nak cerita aku tak berapa ingat la apa yang guide citer kat aku.. Sekarang ni kawasan benteng tu dah menjadi pusat rekriasi umum.. Terdapat juga mini zoo disini..

Sebelum bertolak ke Bandar Padang.. ni kira kes last² minit shoppingg di Pasar Wisata… Katanye jutawan segera kan.. Ape lagi Shopppinggggggg… yeyyyy!! Tapi aku tengok je la.. pasal aku la yang paling miskin.. Cuma dapat la beli buah tangan untuk parents aku.. Oh ye dengan sepasang baju kebaya untuk Cik Na..

Santapan terakhir kitaorang di Bukittinggi, iaitu merasa kuih NERAKAAAA!!!!… sesuai lah kan dengan kitaorang yang memasing mulut cam neraka lahanatt kann… hehehe.. Kuih ni sebenarnya macam kuih lempeng pisang + kelapa je… Ianya dimasak mengunakan api yang marak menyala dari atas dan bawah.. sebab tu la kot penduduk tempatan memanggil nama kuih ni sebagai kuih NERAKAAAA!!.. hahahha….









