Archive

Archive for the ‘Album’ Category

Penangan Durian

October 12th, 2009 scorchys 15 comments

Ini bukan la cerita penculikan.. tapi ini adalah cerita ajakan kengkawan untuk pekena Durian.. Ape.? Duriann…? Yurp..  Durian.. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak makan buah durian nih..  Mana taknye.. tiap kali bila balik dari kerja.. aku ngan en abah selalu lalu depan gerai orang jual durian kat Seri Kembangan nihh.. Hari² aku cakap nak beli duriann.. tapi sampai la ni tak beli² gak.. Ape kess..?? Hahahhaha… *sengih je

dsc_0048

Plan ni terjadi masa aku, abg A.S , Cik Na & Ajoe nak gi open house rumah Nori.. Memula plan nak makan durian.. pastu bertukar plak nak gi karaoke.. Tup tup.. Lepas bincang masa balik dari rumah Nori.. terus tukar nak pergi serang durian.. Musnah harapan melalak kat karaoke.. Tapi takpe kes makan durian lebih hebat dari kes nak karaoke.. hehe..

dsc_0032

Memula ingat nak serang makan durian kat area Seri Kembangan je.. Tertiba abg A.S cakap dia nak bawak kat satu tempat baeekkk punyaa.. Kat area Kg. Baru.. Tu dia sanggup turun KL semata² makan durian.. Erm aku ngan lain set aje.. Lagipun abg A.S sanggup nak drive kan.. Kalau aku yg drive.. erm jangan la harap nak turun KL.. heheh wa malas ok nak drive memalam.. Udah ler jalan kat KL tu tengah jam.. *musim org beraya lagi nihh…

dsc_0038

Setelah redah jem & roadblock bagai.. akhirnya sampai gak kitaorang kat area Kg. Baru.. tapi ni yang kat belah Chow Kit yang dekat ngan banyak gerai² sayur ngan buah tu.. *sebenarnya ni 1st time aku gi situ.. sebelum ni aku tak tahu pun kawasan tu.. Hehehhehe.. Jalan punya jalan kitaorang singgah kat satu kedai ni.. Memasing pilih durian jenis D24 sebagai santapan malam itu.. yey!!

dsc_0039

Tengok tuu.. isi durian yang aku pegang.. kuning, licin & maveless rasanyee… Kebanyakan orang lebih memilih durian jenis D24 ni pasal isi dan rasanya mmg tak menghampakan.. Tapi bagi aku pula.. ape jenis durian pun aku tibai.. Durian belanda belakang rumah mak aku pun aku tibaii.. hehheh *Lu org ingat body wa keding wa tak kuat makan ka.??? lu orang tatao ka wa ade bela antu raya.??

dsc_0043

Hahaha.. Kitaorang mulakan dengan membuka 2 biji dulu.. Ye la tadi dah melantak makan kat rumah Nori kan.. So perut lite lite kenyang dah.. Tapi disebabkan durian punya pasal, kitaorang tetap gigih mencari ruang perut yang masih kosong.. dapat makan 2-3 ulas pun dah cukup sebenarnya.. Makan bebanyak kang nanti ade plak yang koma..payah plak nanti.. hehhehe…

dsc_0036

Mereka² yang join sesi memanaskan badan dengan buah durian.. Abg A.S sebagai pengerusi majlis, Cik Na sebagai setiausaha aktiviti, Ajoe sebagai pengikut setia & aku sebagai pelahap antarabangsa.. Cukup le 4 orang untuk majlis santapan buah durian..

dsc_0044

Tak cukup 2 biji.. Abg A.S up lagi sebiji.. tu diaaaa… memasing melepaskan kegianan makan durian.. Kitaorang dah tak pandang kiri kanan dah.. mata memang tertumpu kat buah durian je..  Lantak pi la ngan orang yang lalu lalang kat tepi tu tengok kitaorang melahap.. Aku sendiri pun tak sedar sampai terpijak anak kucing.. Sian anak kucing tu.. *bagaikan ada satu kuasa wengg masa kitaorang menghayati setiap biji durian yang kitaorang makan… gituuuu….

dsc_0047

Dah up sebiji… kitaorang dapat sebijik lagi free.. Makcik kedai tu kasi free.. Pasal dalam satu pangsa buah durian yang kitaorang dapat tu nampak macam busuk.. Hehhehe rezeki jangan ditolak.. Malam tu memang banyak la aku makan buah durian, sampai berkerut² dahi menahan kepanasan..

dsc_0053

Jeng jenggggg.. sempat ni kasi tanda “bagus” selepas mendapat kepuasan yang max… hehehe.. Dengan layanan makcik kedai tu yang tak kedekut dan melayan kitaorang dengan baik sekali.. Mekasih makcik…

dsc_0072

Ni pula ialah duta durian untuk musim kali ini.. Tak lain dan tak bukan.. Cik Na… hehhehehe.. *gurau² je cik na.. Tapi memang gigih la Cik Na bergambar.. siap pegang buah durian yang tajam² tu… Pakai ilmu kebal kot..

dsc_0059

Kat tempat ni bukan takat buah durian je belambak.. Buah jenis lain pun belambak.. sayur² pun belambak.. Habang² cando pun belambak.. Kira belambak gak ar orang kat sini.. ishkk dah tatao nak tulis ape dahh.. Sebelum aku terlebih merepek baik aku stop kat sini dulu.. OK

Categories: Album Tags:

Pertunjukan Udara TUDM – Sukhoi & Thunderbirds

October 8th, 2009 scorchys 5 comments

Sekadar nak berkongsi gambar semasa aku di culik di pagi hari untuk menyaksikan pertunjukan udara di TUDM Subang. Memula aku ingat takde la ramai sangat orang yang pergi pertunjukan ini *iya ler masa tu adalah minggu ke 2 raya, mesti orang ramai sebuk beraya lagi kan.. Sekali sesampai je kat Subang.. perghh jalan jam gilaa.. Tak sangka pertunjukan udara ini mendapat sambutan dari orang awam tempatan dan juga antarabangsa *mat salleh ramai gak weii.. Mungkin ini penangan Sukhoi Su-30MKM milik Malaysia ini..

dsc_0145

Ini adalah pertama kali aku melihat dengan mata sendiri kegagahan jet Sukhoi Su-30MKM dan juga jet F-16 Thunderbird  USAF berterbangan di udara. teruja beb..

Jom layann..

Sukhoi Su-30MKM

Masa Sukhoi Su-30MKM di berterbangan kat udara terasa macam tengok kereta F1 pulak.. Bunyi dia sungguh mengerunkan.. walaupun terbang pada paras yang tinggi.. Terasa berdenggung kat telinga aku nih..

Performance

  • Maximum speed: Mach 2.0 (2,120 km/h, 1,320 mph)
  • Range: 3,000 km (1,620 nmi) at altitude
  • Service ceiling: 17,300 m (56,800 ft)
  • Rate of climb: 230 m/s (45,275 ft/min)
  • Wing loading: 401 kg/m² (82.3 lb/ft²)
  • Thrust/weight: 1.0

Info berkenaan Sukhoi Su-30MKM leh le usha kat sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM

dsc_0053

dsc_0054

dsc_0055

dsc_0075

dsc_0076

dsc_0082

dsc_0091

F-16 Thunderbird USAF

Tatao ler nak cerita pasal Thunderbird nih.. Aku bukannye  reti sangat pasal jet jet nih.. Takpe korang layankan je la eh gegambar nihh… kalau nak tahu info pasal F-16 Thunderbirds ni korang leh google eh.. Aku tak kuasa nak cari infonye.. Tapi kalau malas nak google korang leh click sini : http://www.f-16.net/news_article1193.html

dsc_0096

dsc_0106

dsc_0108

dsc_0117

dsc_0126

dsc_0127

dsc_0132

dsc_0146

dsc_0147

dsc_0149

dsc_0150

Gambar lain lain..

Cessna 402B Utililiner

dsc_0060

Beech 200 Super King Air

dsc_0062

dsc_0063

C-5 Galaxy USAF (ini aku main hentam je letak.. hehehe google sendiri arr..)

dsc_0066

dsc_0068

dsc_0072

dsc_0074

Sorry ler beb aku tak reti sangat nak cerita pasal aircraft ni semua.. Aku jadi teruja pasal ni pertamakali aku tengok benda mcm ni.. Mungkin lepas ni aku akan tertarik untuk menyaksikan LIMA  di Langkawi jika ada lagi..

Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro