Archive

Archive for the ‘Album’ Category

Sabah – Pulau Manukan

September 4th, 2007 admin No comments

Selepas melakukan xtvt yang agak extrim pada hari² yang lepas.. hari kedua terakhir kitaorang menghabiskan xtvt yang lebih santaii.. sesuai la merehatkan minda dan fizikal yang dikerah di hari sebelum² ni.. kaki still lagi jalan mcm robocop woo.. So pagi tu bangun awal² bersiap sedia untuk xtvt santai mantai ini.. Kami berkumpul dulu di depan pintu masuk tempat kami menginap.. bila semua dah turun, baru kami berjalan together² ke jeti Kota Kinabalu.. Time jalan ni kaki masih sengal² lagi.. adehhh…

Masa dok tunggu geng kami turun.. menci taoo.. nak gi Pulau Manukan pun nak bersolek bagai dulu.. ahaks.. Aku pagi tu mood kureng skitt… tatao le kenapa.. rasa cam nak demam pun ade gak..

Abg Art mcm biasa jadi model utama.. Masa ni berjalan kaki kat depan pasar Filipino.. Dari tempat penginapan kitaorang menapak je utk ke Jeti.. tapi tak sampai jeti pun kitaorang menapak.. Pasal Pak Mail kasi special punya boat.. Ambik kat tepi pasar tu jerr.. tak yah pepenat gi ke jeti Kota Kinabalu pun…

Ha.. kat sini le tempat kitaorang naik boat.. hehhe.. warna laut time tu biru sangatt.. walaupun laut ni kat tepi Kota Kinabalu yang sedang pesat membangun.. Tunggu je la boat sampai kat sini.. depan tu bukan Pulau Manukan.. Nama pulau tu aku lupa plak ape.. tapi kat pulau tu ade kampung jenis terapong punya..

Boat nelayan yang sempat aku snap.. Kenapa entah aku tak banyak ambik gambar.. bila tengok balik gambar mcm ciput jer gegambar kat Pulau Manukan ni.. padahal kat pulau ni banyak benda menarikk…

Boat kecik.. Pakcik ni baru je angkut anak dia..

Ni dah sampai kat jeti Pulau Manukan.. sesampai je tengok kat laut banyak ikan.. so main snap jer..

Zoom baik punya… kasi nampak itu ikan…

Ikan lagii.. tak tao le ni ikan jenis apa…

Ikan gakk… bla bla bla.. tatao nak citer ape dahh.. hhahaaa… memang belambak la ikan kat sini.. leh rambang mata gak lerrr….

Bapak ikan.. ops.. bukan ler.. tu diorang tengah main ngan ikan kat jeti.. Hulur jer roti.. comfirm kat kaki korang akan penuh dengan ikan yg comey²

Tu beli apa Abg Art oii…

Diorang sebok snokling kat tepi² Pulau Manukan.. Seronok tengok ikan le tuu…

View di belah belakang Pulau Manukan.. kat depan tu ialah banda Kota Kinabalu..

Ayoo… tak paham ni konsep ape…

View belah pantai Pulau Manukan plakk.. Ok ler aku suka gak pulau ni.. walaupun pulau ni dekat ngan bandar Kota Kinabalu.. tapi ianye tetap bersih.. laut tetap biru.. hahha syok syokk…

Tu jer kott.. Ni dah tahap malas nak tulis dah.. tak larat tak laratt… kuek..!! tido dulu… lallalalalallalala

Categories: Album Tags:

Sabah – Water Rafting (Sg. Padas)

September 3rd, 2007 admin 4 comments

Sambung citer jejalan di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.. lepas jenjalan cari pasal di Ranau dan sekitar bandar Kota Kinabalu, besoknya kitaorang ke Beauford pula untuk xtvt rafting di Sg. Padas.. Ni adalah 1st time aku melakukan xtvt sebegini.. selama ini dengar dari kengkawan jee.. perasaan time tu sungguh teruja, berdebar² seram sejuk + mengantuk.. mana taknye pepagi lagi dah kena bagun, takut terlepas bas untuk ke Beauford.. Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam untuk ke Beauford.. aku kat dalam bas bantai tido jer.. mengantuk masih tak hilang lagi, walaupun permandangan kat luar mcm menarik..

Sampai ke Beauford dalam pukul 10 pagi.. Terus ke Stesen Keretapi Beauford.. Selama ni aku tak tahu pula di Sabah ni mempunyai landasan keretapi.. Iya la.. mengikut faktor geografi di sabah yang penuh dengan gunung ganang agak mustahil wujudnya landasan keretapi.. tetapi di Beauford ni keretapi adalah pengangkutan penting di daerah ini untuk menghubungkan kampung² pendalaman dengan pekan Beauford..

Kami bebudak Or.Gu semakin teruja semasa di Stesen Keretapi Beauford ini.. Tapi keterujaan tu kejap jer.. selepas setengah jam dok tunggu.. keretapi tak sampai² juga.. ini apa kes.?? nasib baik kitaorang agak memahami.. so dari teruja.. semua jadi dok sangap jer tunggu keretapi sampai.. duduk le melangut dok tengok rail keretapi tu..hehehe

Dah sejam lebih.. tak sampai jugak.. mula la diorang ni semua tak senang duduk.. mengeluh jangan cakap lah.. so memasing pepandai ler mencari keseronokan sendiri.. aku dah pusing² satu stesen utk snap² gambar.. Pelancong² lain pun mengambil kesempatan ini utk mengambil gambar seberapa banyak yang mungkin.. Aku tengok kemera diorang.. perghh!! tercampak kemera aku.. hehheh.. gempak² belaka..

Dah tatao nak buat.. dari berborak².. gosip² semua dah dibincangkan.. keretapi still tak sampai² lagi.. maka wat le keja² gila, utk menghilangkan kesangapan.. main susun² kasut la, wat konsert free la.. memacam lagi laa.. sangap beb tunggu.. pepaham je arrrr… erghhh..

Jenis keretapi yang ada kat sana.. tak macam keretapi kat semenanjung ok.. kat sini keretapi dia oldskool skit.. tapi takde la yang guna arang batu tu.. tak bleh nak feelling² western okehh…

Akhirnya.. penantian selama 2 jam lebih.. keretapi baru la sampai.. nak naik keretapi ni macam naik bas mini kat KL dedulu.. kena rebut².. kalo tak rebut mmg tak dapat duduknye arr.. pasal yg menunggu tu bukan skit² tao.. So berebut² ler diorang naik.. ade yang main lompat jer kat keretapi tu.. ade yang masuk ikut tingkap.. ayoo.. very dee….

Tu nampak tak kat depan tu.. (gambar diatas) matilah leh wat tarian hidustan hokey kat atas keretapi ini… Kat depan tu biasanye tempat penduduk pendalaman meletakan barang² besar atau barang² hasil jualan mereka.. ada juga yang bawak motor, kerana tiada jalan dari kawasan pendalaman untuk ke pekan Beauford.. Satu lagi, aku tak nampak pun kawasan kampung yang dekat² dengan landasan keretapi ni.. kalo ade pun tak banyak.. Kalau hutan dan semak tu mmg banyak le kat tepi² landasan ni..

Salah satu stesen yang ada.. (lihat gambar diatas) Hahahha.. tak terkezut beruk ko tengok perhentian tersebut.. ala² pondok jer.. Keretapi kat sini ala² macam Komuter kat KL tu.. setiap stesen dia benti.. melainkan kalu takde orang nak naik atau turun je dia tak benti.. Cara nak kasi keretapi ni benti ialah wat lambaian ratu.. mcm nak tahan teksi atau bas kat KL tu..

Stesen Rayoh.. stesen tempat kitaorang turun.. Stesen ni dah dinaik tarafkan.. cantik.. macam stesen Komuter kat KL.. tapi diperbuat daripada papan je laa..

Lepas ni kitaorang akan meneruskan perjalanan mengunakan keretapi lagi untuk ke starting point/checkpoint pertama rafting menyusuri Sg. Padas.. Laluan rail keretapi kali ni melalui tepi tebing sungai.. gerun woo.. dengan airnye yang deras.. mengigil kepala lutut woo..

Keadaan kampun Rayoh.. binatang peliharaan paling banyak kat sini ialah anjing.. mmg banyak anjing yang berkeliaran.. muka semua garang².. tapi jinak.. ahaks.. Penduduk kat sini pun memang ramah² belaka..

Starting point yang mempunyai rapid grad 3-4.. hahha time ni baru lepas hujan.. so rapid dia agak menganas sikit.. Masa kat starting point diorang kasi penerangan skit.. cara nak pegang/guna paddle, cara menyelamatkan diri jika boat terbalik atau kita tercampak keluar.. hahaha memang menakutkan aku dah la berenang ala² jer.. bukan pandai sangat berenang.. lelagi tengok arus sungai yang deras berwarna coklat ala² teh tarik tu.. ayooo..

Setiap boat akan mempunyai 2 orang guide.. Guide² semua superbb.. mesra alam.. leh main gurau² keji.. tara hall punya arr..

Terdapat beberapa jenis rapid kat sepanjang sungai Padas ni.. Start dengan Head Hunter Rapid, ni ok lagii.. Lepas tu Scooby Doo Rapid, ni dah melambong².. Cobra Rapid, ayooo hazab ok.. Lambada Rapid, hahha menari lambada la ko kat situ.. Curve Rapid, dah ok skit.. lepas tu Marry Go Round @ Washing Machine, matilah berpusing² ko kat situ.. heheh Lepas tu Snake House Rapid, dah ok balik.. last sekali Rayoh Rapid, dah ok balik.. Setiap rapid memberi jenis rapid yang berbeza beza..

Rerasa masa kitaorang kat Washing Machine, boat kitaorang tersangkut kat dalam Rapid.. so tak bergerak.. kena kayuh kuat².. pastu kasi pecah rapid kat Cobra Rapid.. perghhh!! gugur jantung ni kejapp.. ahaks..

Tu dia gambar yang Idot tolong ambikan.. ni masa kat last check point.. perjalanan mengambil masa dlm 1jam.. tapi rasa cam tak puas pulak.. terasa macam baru 5 minit jer naik mende kecalat rafting tuh..

Apa² pengalaman rafting untuk pertama kali ni tak mematahkan semangat aku untuk terus berafting lagi lepas ini.. Tertelan air cokelat tu jgn cakap ar.. mmg banyak kali aku tertelan air sungai tu.. So sesapa yang berhajat utk ke Sabah tu.. jangan lupa la singgah ke Sg. Padas nih.. memang menarik wa cakap sama lu.. tara rugi punya..

Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro