Hatyai : Trip Penutup 2009
Ok sekian lama aku tak update blog.. Ini adalah trip penutup untuk tahun 2009.. Untuk segala trip 2010 aku dah batalkan.. sejak kerja kat tempat baru ni, agak payah nak ambik cuti, lelebih lagi cuti hari isnin.. tiap minggu kena kejar deadline.. Takpe ape ape pun kerja dulu.. baru jenjalan.. kalo tak keja macam mana nak dapat pulus utk berjalan kan.. hehehee..
Sekali sekala berjalan naik keretapi memang best.. layan je kepala dengan bunyi desiran real keretapi tuu.. Selain tu dapat jugak berkenalan ngan penumpang yang lain.. Seronok bila berborak dengan stranger.. memacam perangai orang ada.. satu cabaran gak tu.. Maklumlah 15 jam dalam keretapi.. mana tak sanggap kan..
Aktiviti kat Hatyai yang paling best ialah makan.. hehehe memang syok makan kat Hatyai ni.. Walaupun payah benar nak cari kedai makan yang halal… Tapi hasil kegigihan mencari akhirnya jumpa jua.. murah & sedap.. best. Aktiviti lain aku banyak habiskan masa tido kat hotel je.. hahaha waktu siang plak tu.. Malam berjaga gi jenjalan masuk club bagai.. tu yang malas nak bawak kemera.. gambar pun ciput je.. tapi takpe lee janji aku enjoy kat sana.. Next time leh gi lagi.. mungkin nak try naik keretapi Thailand yang free itu..






























Akhir kata.. Terima kasih kengkawan di Hatyai bawak aku jenjalan.. muah!!

























