Archive

Author Archive

Kes Penculikan Aku ke Port Dickson

August 18th, 2009 scorchys 8 comments

Tajukkk tak tahann kann…? Yess.. Kali ni aku diculik lagi oleh bebudak Or.Gu untuk mengikuti aktiviti BBQ sempena minggu² terakhir sebelum bulan Ramadhan menjelma.. Aku pada mulanye seperti biasa 50-50 nak follow diorang ni disebabkan gaji aku tak masuk² lagii.. Maka aura kemalasan untuk pergi pun mejelma.. Tapi bila fikir² balik.. dari aku kesanggapan dok rumah pada hari minggu.. baik aku follow je aktiviti ni.. Terima kasih Sam kerana menculik aku kat rumah.. mekasih bebanyak ehhh.. muahhh!! nah kiss seketul kat pipi tuh…

Oh yee aku rasa ini ialah kali ke 3 untuk aktiviti aku di Port Dickson untuk tahun ni… 1st masa kat rumah Maybank Port Dickson dan 2nd BBQ bersama En. Abah n friend.

dsc_0002

Aktiviti dijalankan di kawasan pantai batu 2 Port Dickson.. Kitaorang sampai sana masa tu dah petang.. Sempat la singgah pasar malam kat Port Dickson nih pasal memasing perut dah kebulur.. hehehe… Bebudak yang dah sampai dulu cuma Mbot dan Own sahaja.. Yang lain semua akan sampai malam.. pasal memasing ade aktiviti pada hari Sabtu tuu..

dsc_0001

Sesampai jee semua dah siap tersedia.. hehehe best².. Fly n ground dah dibuka oleh Mbot dan Own.. Cuma tinggal nak buat tempat pembakaran terbuka saja.. eh salah tempat pembakaran BBQ saja blom siap lagii.. Takpe slow².. time senja² ni tak elok wat keja.. so kitaorang lepak² dan makan  dulu…

dsc_0018

Seperti biasa.. time senja² ni mesti la cantik untuk ambik gambar sunset kann… Lelagi bila ambik dari kawasan tepi pantai.. Petang tu memasing melayan perasaan melihat matahari terbenam.. Tapi cuaca time tu tak ler best sangat.. Pasal time tu cuaca kelihat berjerebu.. Matahari pun lite² je muncul.. Tapi ada seketika muncul pulakk.. tapi kejapp jee.. makin turun makin tak nampak dilindungi oleh awan dan jerebuu.. OK kecewaaa… hehehhe…

dsc_0015

Time ni matahari segan² nak muncul.. Aku tatao nak snap ape.. so layan snap secara rawak je laa.. hehehhe.. kengkadang leh gak dapat shoot yang menarik gak kann… ahhhh layan kan jeee…

dsc_0601

dsc_0020

Ni masa matahari lite² menjelma.. So aku cecepat snap sebab aku tengok kat belah bawah tu awan masih berkepul² lagi.. dan ini lah hasilnye selepas penat menunggu matahari menjelma dari dilindungi jerebuu.. hehehe… tak sesia kan tungguu..

dsc_0601

Mereka² yang awal² dah sampai… Masa ni kitaorang duduk kat tepi pantai layan matahari terbenam.. sambil melayan sambil snap snap gambar.. seronok gakk ar..

dsc_0033

Dalam pukul 730 malam mula lah operasi pembakaran secara terbuka nihh..  Oh ye malam tu cuaca agak panas.. sekejap je dah berpeluh.. aku pandang ke langit, tak nampak pun bintang.. tu tanda² macam nak hujan je..

dsc_0055

So sebelum apa² kemungkinan yang akan berlaku.. baik kitaorang bakar semua sekali.. memang gigih la membakar pada malam tuu.. sampai sakit² pinggang lah duduk kat depan bara api tu.. tapi takpe janji seronokk.. sambil membakar sambil berborakk.. hehehe..

dsc_0601

Ini ialah api.. snap suka suki jee.. memalam tatao nak snap apee.. so main ngan api ni je laa.. hehe *nasib baik tak “bukak api”

dsc_0085

Malam tu bebetul kenduri BBQ ar.. bayangkan ar kitaorang 4 orang nak melantak kepak ayam, peha ayam, udang, daging, burger ngan hotdog.. Banyak tuu.. memang sarat ler perut aku ngan udang.. hehehe sebab aku suka udang maka aku banyak serang udang dari yang lain.. Terima kasih kepada Mbot pasal sponser semua ration nihh.. Next time sponser lagi ehh…

dsc_0097

Malam tu dalam pukul 12 malam tertiba hujan turun dengan lebatnyee.. Huhu korang bayangkan laaa dah ler kitaorang duduk dalam fly jer.. Tak kalangkabut kitaorang merendahkan fly supaya air hujan tak tempias masuk ke dalam.. Nasib baik la aku pernah mengalami peristiwa yang lebih teruk dari yang ni.. So takde la ralat sangat kann.. dan nasib baik ler tanah tu jenis berpasir.. so takde la air mengalir kat bawah ground.. kalau takk.. pasti malam tu kitaorang tido kat dalam kereta jee…

Bebudak lain sampai masa time hujan ni tengah turun dengan lebat.. Berkeliaran semua berlari untuk masuk dalam fly.. hehhehehe maka lengkaplah semua yang hadir untuk hari tu.. Aktiviti seterusnya ialah makan di dalam hujan.. sedap beb makan time hujan² nii… layan je perut tuuu.. Pas tu melayan aktiviti main kad jerami ala² casino royal sampai bosan.. Sape kalah dia cong.. hehehhe.. Dan aktiviti last sekali ialah menangkap ketam.. Tapi aktiviti ni aku tak join ler.. pasal time ni kepala aku lite² pening.. pasal main kad tuu.. banyak sangat nombor ngan bunga… aku tak suka matematikk.. tak suka nombor.. so aku cepat pening.. *walaupun aku tak suka nombor, bukan bermakan aku selalu kalah bila main kad ehh… Sorryy eh wa cong sekali je ehh..

dsc_0105

Besoknye dalam kul 10 baru le aku bangun.. Malam tu aku tak tido lena sangatt.. Mana taknye.. kawasan pantai Batu 2 ni kat tepi jalan raya jee.. Malam tu memacam bunyi aku dengar.. dari bunyi motor mat rempit sampai ler bunyi dengkuran Mbot yang bebetul kat sebelah telinga aku ni haa… Macam mana nak lena tido weii…. Tapi takpeee.. otak aku memang kreatif.. aku bayangkan bunyi bising tu semua adalah alunan musik Yuna… ngeeeee…

dsc_0123

Own yang tengah tido dengan keadaan ayu sekalllss.. Malam tu dia cakap dia tak leh nak lena.. dengan ground sedikit lembap pasal mlm tadi hujan.. dengan bunyi kenderaan kat jalan raya… cam mane nak tido beb..??  Maka dia melayan perasaan je malam tadi kat luar fly.. takpe Own layan kan jee..

dsc_0131

Apa yang best kat Pantai Batu 2 ni ialah kawasan perkhemahan dia bersih.. aku suka.. pastu kita leh sesuka hati mak bapak kita nak pasang khemah kat memana pun.. janji tak ganggu kawasan khemah orang lain dan tak bukak kat dalam laut.. *gile ape nak bukak khemah dalam laut..? Pastu tak perlu sewa tapak khemah, kereta boleh parking bebetul kat depan pintu masuk khemah.. hehhehe.. Kat sini pun ada bilik air untuk mandi air paip.. tapi kena bayar 50sen sekali masuk.. OK la kann..

dsc_0142

Dalam kul 11 aku ngan Odd bertungkus lumus berjalan melawan arus yang ala² takat buku lali ni ke arah kawasan pokok kayu bakau.. Masa ni air tengah surut.. Memang boleh la kitaorang berjalan ke arah kawasan pokok kayu bakau ni.. Tapi awas yee.. Tanah kat sini jenis berlumpur.. Sesiapa yang berat dia melebihi 80kg tidak le sesuai sangat berjalan kat kawasan tanah berlumpur nihh.. memang tenggelam woo silap² leh sampai paras peha..

dsc_0161

Ni dah sampai kat kawasan pokok kayu bakau.. Permandangan dari sini pun tersangatlah cantik.. Kalau nak buat sesi photography pun memang sesuai sangat lah kawasan ni.. takpe next time mesti leh plan buat sesi photography kat sini plak… hehehhe.. *jom kepada sesiapa yang berminatt.. kita plann nakk..??

dsc_0170

Masa dok² pose tuu… tertiba Odd cabar aku panjat pokok.. Gile ke ape tertiba suruh aku panjat pokok di tengah² hari yang panas terik nihh…. *siap tunjuk dahan mana aku kena panjatt….

dsc_0174

Dia provok aku lagi ngan pose² ayu dia… Panjat la… panjat laa…. kalau ko berani ko panjat pokok tuuu…..  Ala tak berani la tuuuuuu *dandannnnnnnnnnn

dsc_0184

Aku yang ala² tengah pose berteduh di balik pokok pun terasa panas telinga la kan dengar  cabaran dari si Odd nihh.. Maka bertukarlah aku menjadi seekor binatang yang tak dapat dikenal pasti identitinya.. Lalu menjerit dari jauhh…. “Aku berani  la weiii… sat sat aku panjattt….!!!” *ini bukan cerita sebenarr..

dsc_0191

Taaaa daaaaaaaaaaaaaaa… Gigih ni panjattt… lalu buat pose ala² dalam channel Animal Planet.. *ko berani buat pose macam ni kat atas pokok..??? Sebenarnya  gayat gak ler bila aku kat atas ni.. dah la tak bawak spek mata.. Aku nampak blur² jer… Korang kalo company korang tak provide insuran jangan la korang buat aksi binatang cam nii… hehehhe *matilah smash diri sendiri…

dsc_0196

Odd… tengok aku… lalu berlalu pergii… Cis penat aku buat aksi Animal Planet ni… Dia blah begitu saja jee.??? Sungguh kejiii… Ehemm.. Drama di atas ni sekadar lakonan suka suki semata²..

dsc_0197

Ok jom kita layan view sekeliling kat kawasan kayu bakau nihh.. Kawasan ni takde la luas sangatt.. tapi tak kuasa aku nak masuk sampai ke dalam.. cuaca tengah panas terik.. Aku ngan Odd berjalan² kat persisiran pantai jerr..

dsc_0199

dsc_0201

dsc_0202

Masa kitaorang dok jenjalan kat tepi pantai kawasan kayu bakau ni kan.. tertiba aku nampak benda kecik² bergerakk.. gila banyak.. aku rasa ade la beratus²… bila kita jalan dekat je dia masuk dalam lubang kecik².. Aku pun perhatikan lah dekat².. rerupanya ade beratus² anak ketam tengah berlari² anak masuk ke dalam lubang memasing..

dsc_0203

Opss… ni pun spisis ketam gak nih… ni mak ketamm spisis ketam yang hampir pupus.. hahahahhaha…..

dsc_0204

Ketam kekecik.. susah tul nak snap… pasal ketam ni laju bebenar… kang ade gak aku pijak seko.. bila dah mati baru aku snapp.. ehheheh *kejam tak.?? kejam kann…

dsc_0205

Masa ni aku dah sampai ke kawasan khemah.. Gila hazab masa redah selut lumpur masa nak balik tadii.. kali ni lumpur makin menganas.. aku rasa ade la nak dekat paras lutut aku dahh.. Masa balik ni aku lalu jalan lain.. ingat jalan tu dekatt.. memang le dekat tapi hazabb… Pastu tak pasal² tapak kaki aku luka..

dsc_0207

Masa ni kitaorang takde buat ape sangatt.. just lepak² dan borak² ngan tambah sedikit mengumpat sekadar menceriakan keadaan.. ngumpat sape ehh.?? *shuuuuhh rahsiaaa.. Hehehehe.. keji kann.. takpe aku tao.. bebudak Or.Gu memang mulut stok takde insurance punyaa.. Kutuk mengutuk tu memang adatt.. Tapi aku taoo memasing takde simpan dalam hati kann.. Mana kata ²yang baik tu kita simpan.. mana kata² yang pedas tu kita buat sebagai pengajaran..

dsc_0232

dsc_0249

Bila dah bosan.. mulalah diorang ni buat aksi² sengall.. Contoh macam dalam gambar ni.. mereka berdua ni dah set set senja dah ni.. Tapi tetap perangai macam kanak² riang… hehhehehe… tapi takpee.. janji enjoyyyy kann Mizio & Odd… Oh ye.. masa ni Odd kehilangan bag sukahati beliau.. iaitu beg yg berisi I/C, lesen memandu & kad credit.. huhuh sian Odd… Tapi aku tengok dia cam relek jee.. Nasib baik duit kat bag lain.. pstt orang pompuan memang suka bebanyak bag ehh.?? tak rimas kee.???

dsc_0266

Kat sini selain aktiviti berkhemah.. korang leh jugak menjalankan aktiviti riadah yang lain… Macam set²  hakak² pengkid ni haaa.. diorang main volleyball.. Muka memasing macam jantan ni.. tapi menjerit² tetap suara kepit pompuan keluar.. satu lagi ngape pengkid bontot semua stok besar² eh.?? memang hormon pengkid macam tu eh.???

dsc_0288

Okep ni je la kot yang aku nak cerita pasal Penculikan aku ke Port Dickson untuk entry kali ni.. Harap² korang enjoy la layang cerita & gegambar yang aku snap untuk aktiviti aku untuk minggu kemiskinan aku untuk kali keberapa ratus entahh.. Mekasih melawat blog aku yang tak seberapa ni.. Ok World Peace!!! Muahhh!!

dsc_0304

Gambar reramai sebelum berambus dari kawasan Port Dickson ini… Gambar lelain korang leh usha dibawah.. Ada banyak gambar lagi.. just click jer gambar kekecik tuhh ehhh…. Mekasih lagi sekaliii…

dsc_0365

Heyyyyyy Ownnnn balik arrrrr… khemah Carefour tu bukannye leh buat layang² punnnnn… balikkk balikkkk la weiiii……

Categories: Album Tags:

Bangkok ‘09 – Part 2

August 11th, 2009 scorchys 9 comments

Sawat-dee khrabb..!!

Sabai dee mai.? *tertibaaaa kannn…

OK kembali bersiaran semula bersama aktiviti aku di Bangkok Part-2.. Untuk hari ke-3 ni kami menggunakan khidmat guide & van untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Bangkok.. Kos untuk sorang untuk mengunakan khidmat ni dalam anggaran 300 Bath sorangg.. Tu untuk sebuah van yang boleh memuatkan seramai 9 orang.. Cuaca pagi tu sungguh nyaman.. redup² dan langit kelihatan biru.. Memang sesuai sangat la untuk hari kitaorang untuk sight-seeing.. Oh yer hari ini ialah hari isnin waktu  orang di sana bekerja ya.. Jom layans gambarr..

Hari Ketiga

Patu Nam – The Grand Palace – Wat Arun – Patu Nam (Makan) – MBK – Silom Rood

dsc_0257

Hari ke-3 ni pepagi kitaorang dah bangun.. Aktiviti untuk hari ke-3 lebih kepada aktiviti sight-seeing kira ronda² tempat yang menarik yang biasanya pelancong luar lawat kat area bandar Bangkok ni.. So pagi tu kitaorang dibawa ke satu tempat ni.. Aku pun tak sure nama tempat ni ape.. Aku tanye guide apa nama tempat ni..? Dia jawab “Patu Nam.. Patu Nam..” Dalam pala otak aku yang separuh sedar macam dengar Batu 6.. hehhehe Masa sampai sini kedai semua belum buka lagi.. So kitaorang dibawa ke satu gerai di belakang kedai² ni untuk sarapan..

dsc_0260

Selepas sarapan bagai kitaorang dibawa pula ke tempat yang agak popular di Bangkok, iaitu The Grand Palace (Phra Borom Maha Ratcha Wang). Kat sini korang kena pakai seluar panjang untuk melawat kawasan diraja ini.. So sesapa yang pakai seluar pendek tu rerasanye ada diorang sewakan kain sarong untuk korang pakai masa sesi lawatan di dalam kawasan istana ini.. *Bukan takat masjid je tao kena pakai tutup aurat.. masuk kawasan tample istana pun kena tutup aurat ok..!!

dsc_0279

Tengok semua bebudak Planet YM pakai seluar panjang.. Kalau tempat ni leh pakai seluar pendek comfirm ade yang berani mati pakai hotpants je cari market kat sana *hayoo pitammm… Takde laa.. Aina awal² dah sound kat kitaorang.. Tempat yang kitaorang akan lawati ni mesti pakai seluar panjang.. So ikutkan je laa kata² mak hayam tulin nihh.. hehehhe

dsc_0281

Askar.? Polis.? Guide istana.? Erm.. aku pun tataoo diorang ni sape.. Yang penting aku dapat tengok secara live perarakkan diorang ni diiringgi dengan ketukkan drum.. Diorang jalan macam robocop.. tangan belah kiri tu macam ade gaya/style tersendiri masa berjalan.. nampak megahh.. huahuaha…

dsc_0284

Ini adalah Phra Si Rattana Chedi (The Main Stupa). Snap dari luar je ni… Candi ni adalah candi yang ditiru dari  salah satu dari tiga candi Wat Phra Si Sanphet di bandar lama Ayutthaya.

dsc_0289

Aku di depan pintu masuk ke kawasan lawatan.. hehhe.. pose² kat sini dulu sementara yang lain mendapatkan tiket masuk ke dalam… hehehhehe..

dsc_0291

Ini adalah tiket untuk masuk melawat ke dalam The Grand Palace. Tiket ini berharga 350 Baht = RM35.. Dan korang akan dapat 3 tiket yang berlainan kegunaannya.. Tiket yang berwarna kuning tu ialah tiket untuk masuk ke kawasan The Grand Palace, dan ianya valid untuk satu hari je.. Diorang akan kasi buku panduan dan peta kawasan The Grand Palace. Untuk tiket yang berwarna putih pula ialah tiket untuk melawat kawasan The Royal Thai Decoration and Coin Pavilion yang terletak sebelah kanan sebelum tempat masuk ke The Grand Palace. Tiket yang berwarna pink tu plak ade tiket ke Pink Triangle… hahahahha.. Tak ler… propaahh jeee… Tiket yang berwarna pink tu ialah tiket ke  Vimanmek Mansion Museum.. Tiket ini valid selama 7 hari dari hari pembelian.. Kenapa tiket ni valid selama seminggu.?? Ini kerana, The Vinmanmek  Mansion Museum ni terletak berasingan dengan kawasan The Grand Palace nihh.. Ianya terletak di Suan Phuttan Garden, Ratchawithi Road. Korang bleh pergi ke Ratchawithi Road dengan menaiki bus no 70 atau ngan lebih senang mengunakan taxi atau tuk tuk.. Belambak beb kat luar tuhh…

dsc_0295

Kawasan ini teramatlah besar.. Disebabkan tiket untuk masuk ke Grand Palace ni mahal sangatt.. Hanya beberapa orang je yang join masuk ke kawasan ni, termasuklah aku.. So yang lain semua berjimba² kat luar.. Diorang memberi kitaorang masa selama 2 jam untuk menghayati setiap senireka bangunan di dalam kawasan ini.. Ciss korang ingat tempat ni kecik ke weii.. Besar ya amatzz ok!! mana cukup 2 jam..

dsc_0297

Dari kiri: Phra Si Rattana Chedi, Mondop dan Prang.. Di belah kanan sekali ialah Wat Phra Keaw atau Tample of Emerald Buddha ini adalah kawasan The Upper Terrace.

dsc_0306

Dari kiri: Scorchys Natna Nina Chedi, Zas Rul Burnbudur Chedi, Isz Phara Wat Kahtong dan last sekali Maha As Gigiana atau Tample of Maha As Gigih. *hayoo nama tak tahann..

Gambar yang aku snap kiri ialah pintu masuk ke Phra Si Rattana Chedi dan sebelah kanan ialah aku pun tatao nama dia ape.. muahhahah…. Ok serba sedikit maklumat tentang The Grand Palace ni.. Kawasan ni seluas 218,400 meter persegi dan dikelilinggi dengan tembok  setinggi 1900 meter yang didirikan pada tahun 1782. Disini terletaknya opis kerajaan dan juga Chapel Royal of the Emerald Buddha yang terletak bersebelahan kediaman diraja. *matilah dah macam rancangan Majalah 3 hehehehe…

dsc_0322

Monument kat atas ni aku pun tak tahu apaa benda.. Kitaorang takde guide masa kat dalam ni.. Sedikit maklumat aku curi² dengar dari guide orang lain..  Tapi maklumat tentang benda yang menakutkan ni takde la plakk.. Monument ni bagaikan tengah mengangkat tample ni.. ishkk tak tahu ler.. korang google la sendiri.. kalo nak tahu sangat pasal mende ni.. kalau jumpa jangan lupa kongsi bersama aku ehh.. *tak kuasa dah nak cari infoo..

Aku tengah posing kat depan salah satu tample Prasat Phra Thap Bidon (The Royal Pantheon)

dsc_0333

Di setiap penjuru Prasat Phra Thap Bidon ni terdapat kolam kecik yang mempunyai bunga teratai di dalamnya.. Ha.. ni  suka suka snap untuk koleksi bunga aku.. layannzzz…

dsc_0338

Ini adalah Mythological giant “Yaksha” kononnye sebagai penjaga atau protector di pintu masuk.. Kalau korang baru sampai di Subarnabhumi International Airport, korang akan nampak benda ni dimana² saja di dalam bangunan airport tu.. hahaha.. Yaksha ni juga di letakan di pintu masuk area makam² orang sana..  Gambar di atas ialah jalan masuk ke Phra Maha Montien (Kawasan kediaman Diraja)

Gambar kat belah kiri ialah gambar bumbung Chakri Maha Prasad (Grand Palace). Dan sebelah kanan ialah gambar Habang Askar bersama 2 budak dari Malaysia.. hahahahaha…

dsc_0379

Gambar bangunan Chakri Maha Prasad lagii.. tapi gambar ni dari sisi selepas pintu masuk Phra Maha Montien.. *matilah blog ni penuh dengan nama pelik²….

dsc_0381

Ini adalah bumbung bangunan Dusit Maha Prasat Hall (Dewan orang ramai) dibina oleh Rama I pada tahun 1789.

dsc_0386

Ini pulah belah tepi Chakri Maha Prasad Hall.. Ianya adalah bangunan terbesar di Grand Palace ni.. Senirekanya luaranya adalah campuran seni arkitek Italian renaissance dan Tradisional Thai.

dsc_0396

Kami di depan Chakri Maha Prasad. Selepas ni kitaorang nak gi tempat lain plakk… yuk yukk…

dsc_0398

Selepas puas melawat sekitar The Grand Palace, kitaorang dibawa pula ke satu tempat yang bernama Tha Tian Express Roat Pier.. Ini adalah kawasan jeti untuk menyeberangi sungai Chao Phraya untuk ke kawasan Wat Arun. Tempat ini tak jauh dari kawasan The Grand Palace.. rerasa kalau jalan kaki pun leh sampai.. Nak cerita pasal Wat Arun ni aku pun tak reti.. hehehe..

dsc_0399

Tambang untuk menaiki feri ni hanya 6 Bath pergi dan balik.. Naik feri ni pun tak sampai 5 minit… Patut ar murah.. hahaha.. Dari Tha Tian Express Roat Pier, feri menuju ke Wat Arun Cross River Ferry Pier yang terletak di seberang sungai Chao Phraya sahaja. Dalam sungai Chao Phraya ni banyak ikan patin beb.. buaya wa tataoo.. yang aku taoo dalam feri tu banyak buaya yang kulitnya boleh buat bag tangan kulitt.. hahah *tuk tukkkkkkk..!!

dsc_0406

Kan dah cakap.. si Yaksha tu memang ada kat memana pintu masuk.. Ni gambar pose reramai sebelum berjimba di area Wat Arun..

dsc_0414

Sebenarnya masa kita orang berjimba kat kawasan ni.. kitaorang tak sedar sebenarnya tempat kitaorang berjimba ni adalah makam orang mati.. *mraaasssaaaa… tu la kan berjimba tak tentu pasal kat tempat orang… Masa aku tengah snap² gambar, tertiba muncul hantu mata sepet ni haaa *sila rujuk gambar di atas ye.. hehhe ampun As..

Pic kiri ialah pic pose vouge pintu dari Mama Larn.. Dan pic kanan, tu ialah bunga dari pokok Cannonball atau nama saintifik nyer ialah Couroupita Guianensis..

Antara brader dalam gambar di atas yang mana satu korang berkenan.??? Alaa tauu dahhhh….. hehhehe… OK lepas puas berjimba kat kawasan kubur orang, kitaorang balik semula ke Tha Tian Express Roat Pier.. Di sini kitaorang menunggu van kitaorang bagai nak gila.. Udahle panas.. pastu terpakasa tunggu lama ya amatz.. Aku masuk van terus bantai tido.. Penat sundelzz..

Bebangun dari tido rerupanye kitaorang dibawa ke kawasan Patu Nam *beb aku tak tahu nama betul tempat ni.. Abg guide yang cakap bunyi dia macam Batu 6… Kat sini kitaorang dibawa ke satu kedai makan halal.. Yurp! kawasan ini kebanyak penduduknya beragama Islam.. Kiri kanan lorong tu ada orang berniaga.. Jual ikan talapia & keli goreng.. Hayoo perut dah le tengah lapar kann.. Dan kan kawasan ni je la yang aku rasa paling sedap makan semasa aku berada di Bangkok.. *maaf takde gambar makanan dalam blog ni.. hehehheh

dsc_0431

Selepas puas makan kitaorang dibawa pula ke MBK (Mah Boon Krong)  yang terletak di Phayathai Road, iaitu shopping complex ketiga untuk ranking kawasan paling murah di Bangkok ni.. hahahha.. bleh ade ranking kat sini.. MBK ni memang best gak ar.. Dalam dia macam Sungei Wang Plaza.. memacam ada.. Jika kita terlepas beli di pasar Chatuchak, kita leh cari barang tu kat sini.. Tapi cuma mahal skit arr.. dan nak tawar menawar pun cam susah skitt..

Lepas shopping kat MBK ni kitaorang terus pulang ke hostel untuk berehat.. biasa la kan.. kerna aktiviti liar di waktu malam ni kena la standby awal².. lelagi malam ni ialah malam terakhir aku kat sana..

Aktiviti liar di waktu malam

Aktiviti pertama ialah aktiviti mencari port Thai Massage yang mur².. Jalan punya jalan jumpa gak ar satu tempat ni yang menawarkan hikdmat Thai massage dengan har 250 Bath.. Kira murah la kann.. Tapi aku tak join diorang massage.. Aku dok bawah je.. Jadi budak baik sambil dok melepak ngan mak hayam kat sana.. *ni mak hayam pompuan tulin yee.. Mereka ni memang ramah laa.. senang nak bawak berbual.. Cuma malam tu aku sekadar berbual kosong jee.. Kira aku temuramah diorang.. pastu diorang temuramah aku balikk.. hehe cam tu laa..

Lepas bosan melepak aku ngan beberapa member aku gerak ke Soi Thantawan Street, mana lagi kalau bukan ke Tawan Club.. hehehhe.. so korang tahu je la kan apa yang ade kat dalam tuu.. *sesape yang blur sila baca entry sebelum ni ye.. Tapi malam tu ade perubahan show.. Show dari neraka takde.. tapi show tu digantikan dengan show air bekarbornat.. ayoo.. abis merecet air kat kitaorangg.. *keji sangat.. Dan lagi sekali show helikopter tetapp ada.. dan macam biasa show diakhiri dengan show cicap ceria secara ramai².. *eh bukan kitaorang tao yang cicap ceria..

Lepas tengok show tote bergerak tu..*tote bergerak katanyeee…. kitaorang menuju ke Patpong Street untuk shopping lagi.. Kat Patpong ni pun leh tahan gakk murahh.. dan ramai peniaga yang cando².. *sentiasa merembess bila cuci mata kat area ni.. hahaha.. Ingat nak terus ke GOD.. tapi kitaorang menukar fikiran untuk ke port Thai massage yang mur² tu balik.. Sebab ade yang nak massage lagii.. MOTIFF sangat taoo.. Macam biasa.. aku duduk je tunggu diorang massage.. Masa dok tunggu tu aku belek² la majalah kat sana.. aleerrr kecewa semua majalah dalam bahasa Thai.. Ade sorang pekerja massage ni tengok aku macam bosan semacam, dia pun melepak lah kat sebelah aku.. borak punya borakk.. last last dia cakap dia nak urut aku.. *dalam hatii- dannndannnnn je kauu kannn… Katanye aku perlu bayar 200 Bath jer.. Lagipun kalau aku tunggu bebudak lain, aku kena tunggu 1 jam.. So baik aku pun join urut sekalii.. Maka aku termakan juga dengan pujuk rayu diaa… Maka malam tu pecah la teruna akuu *wakakakka takde²… Ini adelah 1st time aku try Thai massage.. syokk gakk.. Abis segala sendi aku di pulas, pusing & rentapp.. gituu mcm menakutkan kan.?? Tapi best woo.. hehehehe.. try lerrr..

Hari Terakhir

Take A Nap – Lorong area Silom – MBK – Subarnabhumi International Airport – LCCT

dsc_0450

Di hari terakhir ni aku banyak abiskan masa di lobi hotel jer.. Gambar kat atas ni ialah gambar komputer yang kitaorang gunakan untuk mengupdate status di facebook.. Oh ye Take A Nap hostel ni juga membekalkan wifi free.. tapi ciklembbss skit.. Aku biasanya curi wifi dari kedai sebelah, untuk bersiaran secara langsung di facebook dengan mengunakan PSP.. *sebenarnya banyak wifi free yang korang leh dapat kat bandar Bangkok nih..

dsc_0487

Ni pic masa kitaorang cari kedai makan kat belakang² lorong Silom ni.. Khabarnye ade gerai halal masa tengah hari kat sini.. Maka gigih lah kitaorang mencari gerai tuuu.. *pstt toke gerai cando gak.. tapi takde gambar diaa.. hahahha

dsc_0496

Ni kat depan Chamchuri Square.. Shopping complex baru kat Bangkok ni.. Kalau dari Take A Nap kira dekat je la.. cuma kena seberang flyover highway jer.. Time ni kitaorang tengah berjalan kaki untuk ker MBK balik.. Kononnye nak menghabiskan duit yang berlebihan..

dsc_0500

Merasaaaaa.. Jalan kaki jauhh ya amattzzz.. Ingakan dekat jee.. Baik naik cab je baru 50 Bath je kena bayar.. Tapi takpe diorang semua gigihh.. Merasalah kan berpeluh bagaii masuk shoping complex nantii..

dsc_0505

Ni kira dah nak sampai ke MBK.. Nak ke sini sebenarnya senang je.. Kalau jalan kaki tu penat skit arr.. kalau naik cab dari hostel cuma bayar 50 Bath jer… hahahha..

Bangunan yang tinggi tu ialah Baiyoke Tower II yang terletak  di Rajprarop Road, Ratchathewi.. Ketinggian nye ialah 304m dan mempunyai 85 tingkat dan bangunan ini adalah sky hotel tertinggi di Asia Tenggara.. Gambar kat belah kanan tu plak ialah Subarnabhumi International Airport..

Tips berjimba di Bangkok dengan budjet ciput.

1. Korang gi reramai lagi bagus.. kalo bleh pergi dalam 5-8 orang.. so leh tong² duit transpotation.. leh jugak tong² duit penginapan.. bila shopping pun korang bleh tong² beli secara borong.. balik bilik baru ageh² balik..

2. Kena manis mulut untuk proses tawar menawar semasa shopping.. Sebelum pergi korang pergi la jumpa Mak Esah memana.. kasi mandrem mulut tu manis skitt.. Biar semua peniaga sujud kat korang bila korang buka mulut kat sana.. hahhahha

3. Berkawan ngan orang sana.. Mereka memang mesra alam.. Senang korang nak dapat info.. Nak lagi best korang cari la skandel kat sana.. biar diorang spedoo korangg.. huahuahaaa..

5. Cari ler hotel/hostel dekat ngan MRT atau BTS.. senang nak bergerak.. Tapi kalau dah duk kat ngan Silom tu dah ok dah jalan kaki pun ok ok jee..

6. Kat sana rokok mur².. tapi percayalah bila kat sana korang akan bertukar menjadi perokok yg kurang kental.. Pasal orang sana tak ramai yang isap rokok.. Maka terikut plak ngan cara diorang..

7. Harga makan kat sana sama macam makan kat KL.. Kalau kat hotel korang ade kasi sarapan pagi free.. Bantai makan kenyang² kat hotel dulu.. Nanti keluar takde la kebulur.. saving pun saving kann.. hahhaha..

psstt… keji la tips ni.. korang jangan le ikut sanggatt.. aku cuma cadangkan jee..

Aku suka Bangkok sebab

1. Bandar dia bersih.. susah nak nampak sampah sarap kat kaki lima.. Serius nii… walaupun di pasar Chatucak sekalipun.. jarang sekali aku nampak sampah sarap.

2. Bandaraya nye tak bising dengan bunyi hon kereta.. aku rasa aku ade dengar sekali je bunyi hon kereta..

3. Diorang ni jenis mesra alam.. senyum tu tak lekang dari mulut diorang.. seronok borak ngan diorang.. kengkadang aku pun tak faham diorang cakap ape.. tapi aku sukaa.. *hahhaha tertibaaaa…

4. Bandaraya dia takde jam/macet ye.. sistem jalan raya yang superbb.. Walaupun pada hari bekerja, nak tengok jalan yang jam pun susah..

5. Setiap 500 meter korang akan jumpa kedai 7/11..  Walaupun di belakang lorong² gelap.. Hehhehe..

Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro