Apa khabar.?
Nei hou ma.?
Vanakkam.?
Hello.?
Ok click player kat bawah ni..
Lagu: Kami Anak Malaysia
Artis: Noh, Lah Ahmad & Shila
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Gigih ni buat banner… Aura petrotisma terhadap negara Malaysia yang tercinta menyelubungi diri ini hehe.. Tinggal beberapa hari lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 pada 31 Ogas ini dengan tema 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 1Malaysia melambangkan visi negara iaitu memupuk perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, juga sebagai satu fomular untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 tercapai. Marilah kita bersama-sama mengrealisaikan impian ini. Untuk memahami konsep 1Malaysia ini korang boleh la melawat web rasminya di 1Malaysia.com.my, atau dengan memuat turun risalah berkenaan 1Malaysia

Aku sebagai anak Malaysia.. begitu bersyukur dilahirkan di tanah yang bertuah ini, yang mempunyai berbilang bangsa dan juga kaum serta hidup dengan harmoni serta bekerjasama *inilah uniknya Malaysia dan berbangga dengan pencapaian negara Malaysia selama 52 tahun hari kemerdekaannya.. Harapan aku agar negara Malaysia tercinta ini akan kekal harmoni, aman damai serta terus maju kehadapan sehingga mencapai kegemilangan di mata dunia.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52!!! Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Pertama sekali.. Aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelawat Scorchys blog.. Dan semoga puasa kita pada tahun ini akan dirahmati dan diberkati olehNya.. InsyaAllah *always lambat update..
Merasaa… sedangkan blog yang lain megah memaparkan gambar² makanan/juadah semasa mereka² ni berbuka puasa kann.. Aku masih mengekalkan konsep virgin no makan² di dalam blog.. hehehe.. bahaya la letak gambar makan dlm blog ni… Buat masa sekarang ni masih belum berpeluang untuk berbuka puasa di luar lagi.. Konsep berpuasa untuk tahun ni ialah “Berjimat cermat, jika tidak kenot boleh beraya di kampung”. Yes disebabkan opis aku ala² nak tutup dah kan.. *ala² aje.. maka tahun ni kena lah berjimat cermat.. kenot boleh beli juadah berlebih²an, kenot bleh berbuka di hotel 5-6 bintang, kenot berbuka di kedai makan besar².. Tapi jika ada jemputan.. kaki ini bersedia untuk melangkahh ke tempat² tersebut.. hehehe..
Aku tahu bila time² puasa ni kan nafsu makan masa berbuka memang menakutkan.. benda yang tak sedap pun leh nampak sedap.. *motip.?? mandrem pelangan.? Udah ler sekarang ni makanan makin mahal.. Kuih 3 ketul pun dah seringgit lebih.. ape kess.?? Tahun ni aku cuba untuk kurangkan berbelanja berlebihan, maknanye beli apa yang perlu jee.. Dalam wallet pun aku letak RM10 je dalam satu hari.. Kalau rajin aku masak je kat rumah.. ni masak konsep hentam je.. sendiri masak sendiri makan.. tak sedap pun buat² sedap.. kan Apis kannnn…
Wokeh ape² pun di dalam bulan yang mulia ni aku nak meminta maaf ler kalo aku terkasar bahasa, termencarut, ter-smash/terlahar kat sesapa selama wujudnye blog ini.. hehehe… OK Selamat berpuasa semua..!!