Minggu berbuka puasa
Yeyyy blog ini bakal akan dikuarantinkan… hehehe.. Minggu ni adalah minggu jemputan berbuka puasa bersama rakan² aku.. Hehe heppy sangat tertiba mendapat jemputan sebegini punya meriah..
Hari sabtu aku dijemput ke rumah Zaidi (Abg Ikan) dia ni housemate aku masa dulu² masa aku dok kat Pandan Indah.. Pergh!! lama dah beb.. ade la 3 tahun lepas.. ye ke.?? ke 4 tahun lepas.. Yang datang pun kebanyakkan yang aku kenal.. Bebudak planet YM dan kengkawan Zaidi ni.. Penuh satu rumah dia.. Aku terpaksa makan kat luar je.. takpe dah biasa dah makan kat luar tuu kasi ruang kat orang lain.. Malam tu sebenarnya nak serang roti jala.. tup tup masa terkebil² nak ambik lauk, aku tengok roti jala dah sold out.. Ciss.. terus ngidam nak roti jala gak.. takpe la aku cari kat luar je nanti.. Hehehe.. Mekasih Zaidi jemput aku join makan² kat rumah ko eh.. Lepas sesi makan² bebudak Planet YM buat tournement bowling plak kat Ampang Point.. Aku just follow je.. mainnye takk.. melepak nak meluangkan masa ngan mereka ni semua.. Ye la beb.. Aku dah lama tak melepak ngan diorang ni.. Sekarang pun dah jarang nak turun KL.. Maaf le takde gambar untuk aktiviti ni.. pasal aku tak bawak kemera.. hehehe..
Pada hari Ahad pula aku ditugaskan untuk arrange sesi berbuka puasa dengan bebudak Or.Gu di Restoran Nang Kam Seafood, Kg. Baru. Aku kalau kat Kg. Baru ni memang dah biasa makan kat sini lelagi aku memang kenal dengan anak toke Restoran Nang Kam ni.. sape lagi kalau bukan Cik Wida.. So awal² hari jumaat tu aku dah book dan order siap² takut kalau datang main sergah je tak dapat plak tempat duduk.

Malam tu aku telah order lauk pauk yang superb².. lauk² yang aku order untuk 11 orang makan ialah:
- Ikan Siakap – masak pedas, masak 3 rasa, Kaengsom (Asam pedas ala Thai)
- Udang goreng tepung
- Sotong stim limau (hayoo memang setiiimmm bila masuk mulut)
- Sayur kailan ikan masin & sayur kangkong goreng belacan
- Ayam pandan (sedapp sekalll.. walaupun kecik tapi mmg mantap)
- Tomyam campur
- Lala masak Padkapau (feverettt aku)
- Meang Kam (rasaaaiiinn special menu untuk warga Or.Gu)
- Air tembikai laici (sedapp gakkkk)
Merasaaaa.. gila banyak lauk untuk diratah oleh 11 orang bebudak Or.Gu. Meh layan gambar kat bawah ni.. blog aku dah tak virgin sebab aku dah start sumbat gambar makanan.. hehehe.. ni la namanye sesi membalas dendam dengan blog yang lain.. hahahahha… layanzzzzz….




Okey.. terliur takk tengok lauk pauk yang aku order ni semua.. jangan renung lelama.. Oh tak semua makanan aku snap.. pasal aku agak busy nak arrange lauk pauk.. Memang penuh meja yang kitaorang duduk ni.. So bahagi²kan lauk kat pinggan memasing.. pasal nak clearkan meja.. senang sikit masa nak makan nanti..

Tengok tu.. kan aku dah cakap.. meja kitaorang penuh.. nak letak pinggan nasi sendiri pun kat hujung² meja je… *Wida rerasanye ko kena beli meja besar kaw² punya.. hehehhe

Okey dalam entry sebelum ni *masa sesi makan² Or.Gu lepas balik CUS.. aku ade ceritakan pasal satu makanan Thai iaitu Meang Kam.. Tapi time tu aku tak sempat nak snap gambar.. So kengkawan.. ini lah Meang Kam yang di canang²kan dalam blog aku sebelum ni.. Ingredients yang ade ialah limau yang dipotong dadu, cili padi, halia, kacang, udang kering, isi kelapa yang digoreng, daun kaduk & madu yang dicampur dengan special sos dari Thai.

Cara² nak makan Meang Kam ni.. memula korang ambik daun kaduk sehelai.. pastuu isikan segala ingredients yang ada.. campur skit².. pastu letakkan sos madu tu.. pastu kasi roll daun kaduk tu macam makan Califonia Roll Sushi.. Atau bungkus la ikut kretiviti korang.. *lagi cantik korang bungkus lagi sedap hehehhe… Pastu kasi masuk mulut dalam satu ngapp sahaja.. Korang jangan nak feeling² buat macam makan sirih pulak ye.. nanti bertaburan segala isi² dalam daun tuh… Ohh yee Meang Kam ni adalah menu special order yer.. takde dalam menu pun.. Maka korang jangan plak datang sergah restoran ni pastu pergi order Meang Kam ni.. memang takde.. Kalau nak boleh la request special order 3 hari sebelum korang nak datang..




Seperti biasa.. bila duduk berkumpul dengan bebudak Or.Gu ni mesti tak lekang dengan gelak ketawa.. Memang best sangat melepak dengan mereka² ni semua.. Walaupun tak semua bebudak Or.Gu dapat hadir, sesi berbuka puasa ini tetap berjalan dengan meriah dan sempurna.. Harap² semua berpuas hati dengan lauk pauk yang aku order nih.. hehe







