
MIFC: Malaysia International Fireworks Competition 2008
Canada Team
Sekali lagi aku membuat percubaan untuk mengambil gambar bunga api untuk Team Canada (20/8/08).. Kali ini pergi dengan En Abah.. Lokasi still tempat yang sama; Cyberview, malas nak cari port lain.. sini senang skit.. nak balik pun senang.. hehehe.. Tapi rasanya kali ini punya bunga api agak kurang menarik.. Ingatkan diorang buat tinggi².. sekali rendah rendah je bunga api nye.. Pastu semua saiznya comel comel jer.. takde pun yang gedabak besar.. Asap yg berkepul² tu jangan cakap lerr.. memang banyak dari biasa.. Hehehe.. banyak plak komen aku.. Ok le just enjoy erk tengok gegambar yang tak seberapa ini.. hiks
China Team
Erm.. Ini saja je la yang sempat aku rakam kan untuk Team China (16/8/08).. Heheh terasa macam tercampak pic aku ni.. dari pic² bunga api bebudak yang lain.. Tapi ok gak laa.. dari memula aku ingatkan pic² ni semua blur.. Tapi bila transfer masuk computer.. Alhamdullilah tak banyak yang blur.. Best best.. Insyallah hari rabu ni nak snap snap lagii untuk Team Canada pula…
MIFC: Malaysia International Fireworks Competition 2007
Huahuhahuhas… Keterujaan yaa amatz sekarang nii.. Keterujaan di tahap max.. Penyebab utama membuatkan aku rajin gi kerja di awal pagi.. dan penyebab aku mengabaikan blog lama di tahap kritikal.. Heheh akhirnya apa yang ditunggu² menjelma jua sekarang ni..
Ohh yeee!! dengan rasminye aku telah berpindah blog ke domain sendiri scorchys.com/blog.. no more scorchys.wordpress.com lagi dahh.. yey!! ni semua hasil usaha En. Abah meracun aku untuk mendapatkan domain & hosting tersendiri.. hiks.. Tertiba kan aku nak pakai domain & hosting sendiri.. Aku bukannye kaki kipas susah mati bloging pun.. buat ape la aku nak bersusah payah dan membayar untuk hosting ni.. Arghh!! lupakan je soalan² itu semua.. Aku sanggup membayar kalau sesuatu benda tu memberi faedah untuk aku..
Motif utama aku ialah membuat potfolio aku sendiri (blom buat lagi pun hiks).. Motif ke-2 inilah 1st time aku mempunyai domain & hosting sendiri.. so keinginan untuk belajar dalam bidang web ni membuatkan perasaan ingin belajar membuak² bagaikan air limpahan sungai bila hujan lebat… perghh betul cakap En. Abah.. Bila ada hosting sendiri memacam kita boleh belajar bekenaan web ni.. dari pembinaan blog sampai le ke coding² yang mampu menjulingkan biji mata nihh..
Ok aku nak citer skit konsep baru di blog aku nii… konsep dia ialah caca-merba.. kekkekek.. semua ade.. tak kira la apa punn.. ikut suka hati dan perasaan aku la nak tulis apa pun.. Cuma kali ni kasi proper skit.. tamau kasi bercelaru.. aku baca entry lama aku pun leh pening.. ini kan korang *mesti ade yang muntah darah kan.. tapi takpe akan aku cuba memperbaiki sedikit demi sedikitt.. Dan kali ni juga ada perubahan di bahagian koleksi gambar.. ade zing-zing tuu.. zing-zing tu ape erk.. ni term yang En. Abah gunakan merujuk kepada lightbox plugin.. hehhe.. best bestt.. teruja aku tahap gaban..
Kat sini juga, sempena potong reben blog baru ni.. aku nak ucapkan terima kasi yang tak terhingga terutama kepada Geng Budak Jahat SII yang banyak memberi dorangan kepada benda yang aku minat.. pergh hebat la korang meracun aku.. Kepada Yepan, pembekal domain & hosting nihh… hiks nanti jangan lupa tambah 1 gig lagi taoo.. Dan last sekali untuk yang membaca/melawat/tersesat&tersasar ke blog lama aku sehinggalah aku pindah ke domain baru ini.. Terima kasih le bebanyak.. *pergh dah macam ucapan Grammy Award le plak.. hikss.. abaikan pasal aku tengah teruja…
Oh yerr.. nway besok aku akan berlepas ke Phuket.. untuk percutian edisi budjet tarak… matilahh… selama 6 bulan menunggu, tapi tetap takde duit untuk percutian ni… ishk ishkk.. yer la 2 bulan sebelum ni banyak tul duit aku abis.. dengan pindah rumah lagi.. beli tu la beli ni laa… peninnn.. so nilai kewangan di dalam bank semakin susutt.. warrghhh.. Tapi takpee.. kali ni nyer percutian akan aku cut cost untuk makan atau berjimba yang perlu mengeluarkan banyak duit iteww.. kira percutian telan air liurr.. ambik gambar sudahhhh.. Hehehe.. So kalau nak tengok gambar semua tunggu ler posting aku yang akan menyusul selepas pulang dari Phuket yee… yeyyyy!!
p/s – entry kali ni takde gambarr.. aku tak tahu nak letak gambar ape pun.. nak gambar tunggu aku balik dari Phuket lerrr.. tata titi tutu… daaa…..