Archive

Author Archive

Trajedi landasan Sg. Padas

April 10th, 2008 admin 2 comments

Gerakan mencari mangsa keretapi terjunam diteruskan

10/04/2008 12:40pm

TENOM 10 April – Gerakan mencari mangsa keretapi yang terjunam ke dalam Sungai Padas, dekat sini, petang semalam diteruskan pada pukul 6 pagi ini dengan melibatkan 13 anggota bomba.

Timbalan Pengarah Bomba Sabah, Norhisham Mohammad berkata, sehingga pukul 10.30 pagi ini, pihaknya masih tidak menjumpai mangsa baru dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan.

Kata beliau, pihaknya tidak pasti masih ada atau tidak mangsa yang terperangkap dalam gerabak keretapi itu yang panjangnya kira-kira 80 meter serta mempunyai tiga gerabak.

Menurutnya, gerabak pertama tenggelam ke dalam sungai itu yang dalamnya kira-kira 6 meter manakala gerabak kedua separuh tenggelam dan gerabak ketiga hanya tersangkut di tebing sungai itu.

Laporan dari Utusan Online dan Berita Harian Online

Erm.. Aku pernah naik keretapi ini untuk ke Kg. Rayoh tahun lepas.. [^] Masa dlm keretapi tersebut aku pun duk terfikir.. kalau lah keretapi ini tergelincir.. harus maut aku.. mana taknya.. jarak landasan dengan tebing sungai tersangatlah dekat.. tu belum lagi tebing² yang terhakis dengan teruk.. memang mengerikan.. Arus Sg. Padas teramatlah deras dengan warna kuning membawa tanah hakisan.. Sg. Padas terkenal dengan sukan water rafting yang dikatagorikan rapid grad 3-4 kira katagori amat mencabar.. Ramai warga asing dan tempatan yang menjadikan xtvt rafting di sini sebagai xtvt riadah mereka sementara mereka melancong di Sabah dan mereka akan mengunakan keretapi ini untuk sampai ke Starting Point.

Dan hari ini aku mendengar berita ini.. Tak sangka apa yang aku fikirkan itu, berlaku pada hari ini.. Gerakkan mencari mangsa masih dijalankan.. Tak tahu pula jumlah kesemua mangsa.. rasanya mcm ramai, kerana itu lah saja pengankutan yang menhubungkan kawasan pendalaman dengan pekan Beauford.. agak mustahil untuk mencari kesemua mangsa memandangkan arus sungai yang deras serta air yang kekuningan..

Salam takziah kepada keluarga mangsa..

Categories: Uncategorized Tags:

Berangan “mende”..??

April 9th, 2008 admin 4 comments

Ha ha.. aku tak sabar… tak sabar nak menyambar sesuatuhh yang pernah hilang dari pandangan mata pada suatu ketika dahulu.. erghh.. tak sabar rasanya nak menjalankan xtvt seperti zaman adanye alat kelengkapan yang aku ade dahulu.. ishkk seronoknya tak terhingga..

Mula berangan…

Jika aku dapat “mende” itu.. aku takkan mengsia² kan-nye.. Akan aku gunakan sebaik mungkin.. tidak seperti dulu.. aku mengsia² “mende” itu, dan tak membuahkan hasil langsung.. maybe “mende” tu pemberian half kakak aku.. hiks.. tu la, time tu bayar separuh jer.. tak terasa sangat.. so sia² aja… nangis bila teringat kembali pada waktu itu.. cis..

Semakin berangan…

Aku tahu aku mulakan dulu hanya sekadar hobi.. teknik pun masih basic.. tapi aku percaya pada diri aku yang aku berkebolehan.. ya!! aku pasti.. Aku boleh menambahkan pendapatan sampingan melaluinya.. Harap² ini berlaku pada masa hadapan aku.. hiks *gedik.. so kengkawan di luar sana.. aku mengharapakan sokongan anda semua.. yey!! *ayat pancing undi

Berangan yang maksima

Bermula masa aku mengenali, mencuba dan mempraktikan “mende” ni.. ramai juga dari golongan “mende” ni yang aku kenal.. Berkenalan dengan mempublishkan karya² merepek di alam cyber.. *ciss aku dah start merepek dengan bahasa huru hara… Ya.. hasil dari perbincangan bersama beberapa rakan karib yang memberi dorongan maksima, menyebabkan aku semakin bersemangat.. terima kasih kengkawan.. nantikan kemunculan “mende” baru ini.. dan aku akan kembali beraksi.. cewahh!! *sengal..

Persoalannya dari hasil berangan..

Apakah “mende” yang dimaksudkan oleh aku tu yer..??? erm tunggu jer la.. sekarang apa yang aku boleh buat ialah… berangan.. berangan.. dan terus berangan.. ahaks.. *tengah seronok berangan

sesambil berangan tu.. meh layan pic ni semasa “mende” tu masih hak milik aku.. jeng jengg…

Ni la kenangan paling syok semasa memula dengan “mende” tu dulu.. Memana aku pergi, “mende” tu sentiasa berada dekat ngan aku.. huhuhuhu.. sedeyy plak… sok sek sok sek.. tisu pls…

Categories: Uncategorized Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro