Konsep berpuasa untuk tahun ni

Pertama sekali.. Aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelawat Scorchys blog.. Dan semoga puasa kita pada tahun ini akan dirahmati dan diberkati olehNya.. InsyaAllah *always lambat update..
Merasaa… sedangkan blog yang lain megah memaparkan gambar² makanan/juadah semasa mereka² ni berbuka puasa kann.. Aku masih mengekalkan konsep virgin no makan² di dalam blog.. hehehe.. bahaya la letak gambar makan dlm blog ni… Buat masa sekarang ni masih belum berpeluang untuk berbuka puasa di luar lagi.. Konsep berpuasa untuk tahun ni ialah “Berjimat cermat, jika tidak kenot boleh beraya di kampung”. Yes disebabkan opis aku ala² nak tutup dah kan.. *ala² aje.. maka tahun ni kena lah berjimat cermat.. kenot boleh beli juadah berlebih²an, kenot bleh berbuka di hotel 5-6 bintang, kenot berbuka di kedai makan besar².. Tapi jika ada jemputan.. kaki ini bersedia untuk melangkahh ke tempat² tersebut.. hehehe..
Aku tahu bila time² puasa ni kan nafsu makan masa berbuka memang menakutkan.. benda yang tak sedap pun leh nampak sedap.. *motip.?? mandrem pelangan.? Udah ler sekarang ni makanan makin mahal.. Kuih 3 ketul pun dah seringgit lebih.. ape kess.?? Tahun ni aku cuba untuk kurangkan berbelanja berlebihan, maknanye beli apa yang perlu jee.. Dalam wallet pun aku letak RM10 je dalam satu hari.. Kalau rajin aku masak je kat rumah.. ni masak konsep hentam je.. sendiri masak sendiri makan.. tak sedap pun buat² sedap.. kan Apis kannnn…
Wokeh ape² pun di dalam bulan yang mulia ni aku nak meminta maaf ler kalo aku terkasar bahasa, termencarut, ter-smash/terlahar kat sesapa selama wujudnye blog ini.. hehehe… OK Selamat berpuasa semua..!!
