Kes Penculikan Aku ke Port Dickson
Tajukkk tak tahann kann…? Yess.. Kali ni aku diculik lagi oleh bebudak Or.Gu untuk mengikuti aktiviti BBQ sempena minggu² terakhir sebelum bulan Ramadhan menjelma.. Aku pada mulanye seperti biasa 50-50 nak follow diorang ni disebabkan gaji aku tak masuk² lagii.. Maka aura kemalasan untuk pergi pun mejelma.. Tapi bila fikir² balik.. dari aku kesanggapan dok rumah pada hari minggu.. baik aku follow je aktiviti ni.. Terima kasih Sam kerana menculik aku kat rumah.. mekasih bebanyak ehhh.. muahhh!! nah kiss seketul kat pipi tuh…
Oh yee aku rasa ini ialah kali ke 3 untuk aktiviti aku di Port Dickson untuk tahun ni… 1st masa kat rumah Maybank Port Dickson dan 2nd BBQ bersama En. Abah n friend.

Aktiviti dijalankan di kawasan pantai batu 2 Port Dickson.. Kitaorang sampai sana masa tu dah petang.. Sempat la singgah pasar malam kat Port Dickson nih pasal memasing perut dah kebulur.. hehehe… Bebudak yang dah sampai dulu cuma Mbot dan Own sahaja.. Yang lain semua akan sampai malam.. pasal memasing ade aktiviti pada hari Sabtu tuu..

Sesampai jee semua dah siap tersedia.. hehehe best².. Fly n ground dah dibuka oleh Mbot dan Own.. Cuma tinggal nak buat tempat pembakaran terbuka saja.. eh salah tempat pembakaran BBQ saja blom siap lagii.. Takpe slow².. time senja² ni tak elok wat keja.. so kitaorang lepak² dan makan dulu…

Seperti biasa.. time senja² ni mesti la cantik untuk ambik gambar sunset kann… Lelagi bila ambik dari kawasan tepi pantai.. Petang tu memasing melayan perasaan melihat matahari terbenam.. Tapi cuaca time tu tak ler best sangat.. Pasal time tu cuaca kelihat berjerebu.. Matahari pun lite² je muncul.. Tapi ada seketika muncul pulakk.. tapi kejapp jee.. makin turun makin tak nampak dilindungi oleh awan dan jerebuu.. OK kecewaaa… hehehhe…

Time ni matahari segan² nak muncul.. Aku tatao nak snap ape.. so layan snap secara rawak je laa.. hehehhe.. kengkadang leh gak dapat shoot yang menarik gak kann… ahhhh layan kan jeee…


Ni masa matahari lite² menjelma.. So aku cecepat snap sebab aku tengok kat belah bawah tu awan masih berkepul² lagi.. dan ini lah hasilnye selepas penat menunggu matahari menjelma dari dilindungi jerebuu.. hehehe… tak sesia kan tungguu..

Mereka² yang awal² dah sampai… Masa ni kitaorang duduk kat tepi pantai layan matahari terbenam.. sambil melayan sambil snap snap gambar.. seronok gakk ar..

Dalam pukul 730 malam mula lah operasi pembakaran secara terbuka nihh.. Oh ye malam tu cuaca agak panas.. sekejap je dah berpeluh.. aku pandang ke langit, tak nampak pun bintang.. tu tanda² macam nak hujan je..

So sebelum apa² kemungkinan yang akan berlaku.. baik kitaorang bakar semua sekali.. memang gigih la membakar pada malam tuu.. sampai sakit² pinggang lah duduk kat depan bara api tu.. tapi takpe janji seronokk.. sambil membakar sambil berborakk.. hehehe..

Ini ialah api.. snap suka suki jee.. memalam tatao nak snap apee.. so main ngan api ni je laa.. hehe *nasib baik tak “bukak api”

Malam tu bebetul kenduri BBQ ar.. bayangkan ar kitaorang 4 orang nak melantak kepak ayam, peha ayam, udang, daging, burger ngan hotdog.. Banyak tuu.. memang sarat ler perut aku ngan udang.. hehehe sebab aku suka udang maka aku banyak serang udang dari yang lain.. Terima kasih kepada Mbot pasal sponser semua ration nihh.. Next time sponser lagi ehh…

Malam tu dalam pukul 12 malam tertiba hujan turun dengan lebatnyee.. Huhu korang bayangkan laaa dah ler kitaorang duduk dalam fly jer.. Tak kalangkabut kitaorang merendahkan fly supaya air hujan tak tempias masuk ke dalam.. Nasib baik la aku pernah mengalami peristiwa yang lebih teruk dari yang ni.. So takde la ralat sangat kann.. dan nasib baik ler tanah tu jenis berpasir.. so takde la air mengalir kat bawah ground.. kalau takk.. pasti malam tu kitaorang tido kat dalam kereta jee…
Bebudak lain sampai masa time hujan ni tengah turun dengan lebat.. Berkeliaran semua berlari untuk masuk dalam fly.. hehhehehe maka lengkaplah semua yang hadir untuk hari tu.. Aktiviti seterusnya ialah makan di dalam hujan.. sedap beb makan time hujan² nii… layan je perut tuuu.. Pas tu melayan aktiviti main kad jerami ala² casino royal sampai bosan.. Sape kalah dia cong.. hehehhe.. Dan aktiviti last sekali ialah menangkap ketam.. Tapi aktiviti ni aku tak join ler.. pasal time ni kepala aku lite² pening.. pasal main kad tuu.. banyak sangat nombor ngan bunga… aku tak suka matematikk.. tak suka nombor.. so aku cepat pening.. *walaupun aku tak suka nombor, bukan bermakan aku selalu kalah bila main kad ehh… Sorryy eh wa cong sekali je ehh..

Besoknye dalam kul 10 baru le aku bangun.. Malam tu aku tak tido lena sangatt.. Mana taknye.. kawasan pantai Batu 2 ni kat tepi jalan raya jee.. Malam tu memacam bunyi aku dengar.. dari bunyi motor mat rempit sampai ler bunyi dengkuran Mbot yang bebetul kat sebelah telinga aku ni haa… Macam mana nak lena tido weii…. Tapi takpeee.. otak aku memang kreatif.. aku bayangkan bunyi bising tu semua adalah alunan musik Yuna… ngeeeee…

Own yang tengah tido dengan keadaan ayu sekalllss.. Malam tu dia cakap dia tak leh nak lena.. dengan ground sedikit lembap pasal mlm tadi hujan.. dengan bunyi kenderaan kat jalan raya… cam mane nak tido beb..?? Maka dia melayan perasaan je malam tadi kat luar fly.. takpe Own layan kan jee..

Apa yang best kat Pantai Batu 2 ni ialah kawasan perkhemahan dia bersih.. aku suka.. pastu kita leh sesuka hati mak bapak kita nak pasang khemah kat memana pun.. janji tak ganggu kawasan khemah orang lain dan tak bukak kat dalam laut.. *gile ape nak bukak khemah dalam laut..? Pastu tak perlu sewa tapak khemah, kereta boleh parking bebetul kat depan pintu masuk khemah.. hehhehe.. Kat sini pun ada bilik air untuk mandi air paip.. tapi kena bayar 50sen sekali masuk.. OK la kann..

Dalam kul 11 aku ngan Odd bertungkus lumus berjalan melawan arus yang ala² takat buku lali ni ke arah kawasan pokok kayu bakau.. Masa ni air tengah surut.. Memang boleh la kitaorang berjalan ke arah kawasan pokok kayu bakau ni.. Tapi awas yee.. Tanah kat sini jenis berlumpur.. Sesiapa yang berat dia melebihi 80kg tidak le sesuai sangat berjalan kat kawasan tanah berlumpur nihh.. memang tenggelam woo silap² leh sampai paras peha..

Ni dah sampai kat kawasan pokok kayu bakau.. Permandangan dari sini pun tersangatlah cantik.. Kalau nak buat sesi photography pun memang sesuai sangat lah kawasan ni.. takpe next time mesti leh plan buat sesi photography kat sini plak… hehehhe.. *jom kepada sesiapa yang berminatt.. kita plann nakk..??

Masa dok² pose tuu… tertiba Odd cabar aku panjat pokok.. Gile ke ape tertiba suruh aku panjat pokok di tengah² hari yang panas terik nihh…. *siap tunjuk dahan mana aku kena panjatt….

Dia provok aku lagi ngan pose² ayu dia… Panjat la… panjat laa…. kalau ko berani ko panjat pokok tuuu….. Ala tak berani la tuuuuuu *dandannnnnnnnnnn

Aku yang ala² tengah pose berteduh di balik pokok pun terasa panas telinga la kan dengar cabaran dari si Odd nihh.. Maka bertukarlah aku menjadi seekor binatang yang tak dapat dikenal pasti identitinya.. Lalu menjerit dari jauhh…. “Aku berani la weiii… sat sat aku panjattt….!!!” *ini bukan cerita sebenarr..

Taaaa daaaaaaaaaaaaaaa… Gigih ni panjattt… lalu buat pose ala² dalam channel Animal Planet.. *ko berani buat pose macam ni kat atas pokok..??? Sebenarnya gayat gak ler bila aku kat atas ni.. dah la tak bawak spek mata.. Aku nampak blur² jer… Korang kalo company korang tak provide insuran jangan la korang buat aksi binatang cam nii… hehehhe *matilah smash diri sendiri…

Odd… tengok aku… lalu berlalu pergii… Cis penat aku buat aksi Animal Planet ni… Dia blah begitu saja jee.??? Sungguh kejiii… Ehemm.. Drama di atas ni sekadar lakonan suka suki semata²..

Ok jom kita layan view sekeliling kat kawasan kayu bakau nihh.. Kawasan ni takde la luas sangatt.. tapi tak kuasa aku nak masuk sampai ke dalam.. cuaca tengah panas terik.. Aku ngan Odd berjalan² kat persisiran pantai jerr..



Masa kitaorang dok jenjalan kat tepi pantai kawasan kayu bakau ni kan.. tertiba aku nampak benda kecik² bergerakk.. gila banyak.. aku rasa ade la beratus²… bila kita jalan dekat je dia masuk dalam lubang kecik².. Aku pun perhatikan lah dekat².. rerupanya ade beratus² anak ketam tengah berlari² anak masuk ke dalam lubang memasing..

Opss… ni pun spisis ketam gak nih… ni mak ketamm spisis ketam yang hampir pupus.. hahahahhaha…..

Ketam kekecik.. susah tul nak snap… pasal ketam ni laju bebenar… kang ade gak aku pijak seko.. bila dah mati baru aku snapp.. ehheheh *kejam tak.?? kejam kann…

Masa ni aku dah sampai ke kawasan khemah.. Gila hazab masa redah selut lumpur masa nak balik tadii.. kali ni lumpur makin menganas.. aku rasa ade la nak dekat paras lutut aku dahh.. Masa balik ni aku lalu jalan lain.. ingat jalan tu dekatt.. memang le dekat tapi hazabb… Pastu tak pasal² tapak kaki aku luka..

Masa ni kitaorang takde buat ape sangatt.. just lepak² dan borak² ngan tambah sedikit mengumpat sekadar menceriakan keadaan.. ngumpat sape ehh.?? *shuuuuhh rahsiaaa.. Hehehehe.. keji kann.. takpe aku tao.. bebudak Or.Gu memang mulut stok takde insurance punyaa.. Kutuk mengutuk tu memang adatt.. Tapi aku taoo memasing takde simpan dalam hati kann.. Mana kata ²yang baik tu kita simpan.. mana kata² yang pedas tu kita buat sebagai pengajaran..


Bila dah bosan.. mulalah diorang ni buat aksi² sengall.. Contoh macam dalam gambar ni.. mereka berdua ni dah set set senja dah ni.. Tapi tetap perangai macam kanak² riang… hehhehehe… tapi takpee.. janji enjoyyyy kann Mizio & Odd… Oh ye.. masa ni Odd kehilangan bag sukahati beliau.. iaitu beg yg berisi I/C, lesen memandu & kad credit.. huhuh sian Odd… Tapi aku tengok dia cam relek jee.. Nasib baik duit kat bag lain.. pstt orang pompuan memang suka bebanyak bag ehh.?? tak rimas kee.???

Kat sini selain aktiviti berkhemah.. korang leh jugak menjalankan aktiviti riadah yang lain… Macam set² hakak² pengkid ni haaa.. diorang main volleyball.. Muka memasing macam jantan ni.. tapi menjerit² tetap suara kepit pompuan keluar.. satu lagi ngape pengkid bontot semua stok besar² eh.?? memang hormon pengkid macam tu eh.???

Okep ni je la kot yang aku nak cerita pasal Penculikan aku ke Port Dickson untuk entry kali ni.. Harap² korang enjoy la layang cerita & gegambar yang aku snap untuk aktiviti aku untuk minggu kemiskinan aku untuk kali keberapa ratus entahh.. Mekasih melawat blog aku yang tak seberapa ni.. Ok World Peace!!! Muahhh!!

Gambar reramai sebelum berambus dari kawasan Port Dickson ini… Gambar lelain korang leh usha dibawah.. Ada banyak gambar lagi.. just click jer gambar kekecik tuhh ehhh…. Mekasih lagi sekaliii…

Heyyyyyy Ownnnn balik arrrrr… khemah Carefour tu bukannye leh buat layang² punnnnn… balikkk balikkkk la weiiii……

Sronot dating? Terrtibee
Hadirin dah hadirat,
Dewasa ini (suke gune ayat ni masa skolah) kita sering sahaja disogokkan dengan pelbagai pertanyaan. Faktor kenapa wanita membawa banyak bag? Faktor mengapa pengkid berbontot besar? (tgk bontot sendiri. Adekah aku pengkid?) Dan pelbagai lagi persoalan yang selalu sahaja bermain di kotak fikiran (kerlas BM A1 percubaan SPM skali periksa betul B3. So howw??)
Buka mata, buka minda. Anak2 ketam itu persis alien. Aku mmg geli tgk derang jalan2 lari masuk lubang. Ske tau kasi aku cuak (terbayang lipas)
Heyyy ko makan udang. Prawnnnn Prawwnnnnnn (ok nanti sile tgk muvi District 9)
Suke suke banyak gambar. Motif shot bukak baju test market?
scorchys smash
@Apis
motip dating.? bila masa aku dating.?
Suka kan buat ayat² kertas 2 BM.. tapi tetap soalan aku tak dijawab..
Betul apis.. banyak giler anak ketam kecik² tu… kau jalan je diorang lari masuk lubang.. bestt woo..
Okep nanti ko download eh citer tuu.. hahhahaha
Motip sesangat kannn… takde test markett.. kebetulan je bukak baju.. dah dah no commentt.. *sambil melarikan diri dari kemera paparazzii…
Bagus and Bagus and Best and Best…
muachh
chiow bello…
scorchys smash
@Cik Na
*garu kepala baca komen Cik Na nihh…
banyak kali aku taip pastu aku padam balik.. motipp aku tak faham komen cik na nihh.. adoii..
@scorchys
lucu lar dak kecik nie… tah ler ttbe cik na penin… oohhh nak ckp lar best ngie jln2 nie… lebey2 lagie dapat hangout ngan kawan2…best woo…
bab bagus tuew… yg dak kecik kuar umah… kechian ngok dak kecik melepek jer kat umah…
muachh
chiow bello…
scorchys smash
@Cik Na
itu ler cik na.. ni la konsep penculikan yang menyeronokkan.. dari dok dalam bilik je kann.. sangap jerrr…
Uihh.. cam best je. Apesal aku tak penah tengok pown pantai Batu 2 ni. Jom2 culik aku pasni. Haha.
scorchys smash
@hepan
Hepan tempat ni sebelum Teluk Kemang.. dekat ngan kedai² bundlee tuu… A’ar pas ni leh lepak sini plak.. tapi kalo nak mandi mcm lupakan je laa.. air dia menakutkan.. hehehehh…