Bangkok ‘09 – Part 2
Sawat-dee khrabb..!!
Sabai dee mai.? *tertibaaaa kannn…
OK kembali bersiaran semula bersama aktiviti aku di Bangkok Part-2.. Untuk hari ke-3 ni kami menggunakan khidmat guide & van untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Bangkok.. Kos untuk sorang untuk mengunakan khidmat ni dalam anggaran 300 Bath sorangg.. Tu untuk sebuah van yang boleh memuatkan seramai 9 orang.. Cuaca pagi tu sungguh nyaman.. redup² dan langit kelihatan biru.. Memang sesuai sangat la untuk hari kitaorang untuk sight-seeing.. Oh yer hari ini ialah hari isnin waktu orang di sana bekerja ya.. Jom layans gambarr..
Hari Ketiga
Patu Nam – The Grand Palace – Wat Arun – Patu Nam (Makan) – MBK – Silom Rood

Hari ke-3 ni pepagi kitaorang dah bangun.. Aktiviti untuk hari ke-3 lebih kepada aktiviti sight-seeing kira ronda² tempat yang menarik yang biasanya pelancong luar lawat kat area bandar Bangkok ni.. So pagi tu kitaorang dibawa ke satu tempat ni.. Aku pun tak sure nama tempat ni ape.. Aku tanye guide apa nama tempat ni..? Dia jawab “Patu Nam.. Patu Nam..” Dalam pala otak aku yang separuh sedar macam dengar Batu 6.. hehhehe Masa sampai sini kedai semua belum buka lagi.. So kitaorang dibawa ke satu gerai di belakang kedai² ni untuk sarapan..

Selepas sarapan bagai kitaorang dibawa pula ke tempat yang agak popular di Bangkok, iaitu The Grand Palace (Phra Borom Maha Ratcha Wang). Kat sini korang kena pakai seluar panjang untuk melawat kawasan diraja ini.. So sesapa yang pakai seluar pendek tu rerasanye ada diorang sewakan kain sarong untuk korang pakai masa sesi lawatan di dalam kawasan istana ini.. *Bukan takat masjid je tao kena pakai tutup aurat.. masuk kawasan tample istana pun kena tutup aurat ok..!!

Tengok semua bebudak Planet YM pakai seluar panjang.. Kalau tempat ni leh pakai seluar pendek comfirm ade yang berani mati pakai hotpants je cari market kat sana *hayoo pitammm… Takde laa.. Aina awal² dah sound kat kitaorang.. Tempat yang kitaorang akan lawati ni mesti pakai seluar panjang.. So ikutkan je laa kata² mak hayam tulin nihh.. hehehhe

Askar.? Polis.? Guide istana.? Erm.. aku pun tataoo diorang ni sape.. Yang penting aku dapat tengok secara live perarakkan diorang ni diiringgi dengan ketukkan drum.. Diorang jalan macam robocop.. tangan belah kiri tu macam ade gaya/style tersendiri masa berjalan.. nampak megahh.. huahuaha…

Ini adalah Phra Si Rattana Chedi (The Main Stupa). Snap dari luar je ni… Candi ni adalah candi yang ditiru dari salah satu dari tiga candi Wat Phra Si Sanphet di bandar lama Ayutthaya.

Aku di depan pintu masuk ke kawasan lawatan.. hehhe.. pose² kat sini dulu sementara yang lain mendapatkan tiket masuk ke dalam… hehehhehe..

Ini adalah tiket untuk masuk melawat ke dalam The Grand Palace. Tiket ini berharga 350 Baht = RM35.. Dan korang akan dapat 3 tiket yang berlainan kegunaannya.. Tiket yang berwarna kuning tu ialah tiket untuk masuk ke kawasan The Grand Palace, dan ianya valid untuk satu hari je.. Diorang akan kasi buku panduan dan peta kawasan The Grand Palace. Untuk tiket yang berwarna putih pula ialah tiket untuk melawat kawasan The Royal Thai Decoration and Coin Pavilion yang terletak sebelah kanan sebelum tempat masuk ke The Grand Palace. Tiket yang berwarna pink tu plak ade tiket ke Pink Triangle… hahahahha.. Tak ler… propaahh jeee… Tiket yang berwarna pink tu ialah tiket ke Vimanmek Mansion Museum.. Tiket ini valid selama 7 hari dari hari pembelian.. Kenapa tiket ni valid selama seminggu.?? Ini kerana, The Vinmanmek Mansion Museum ni terletak berasingan dengan kawasan The Grand Palace nihh.. Ianya terletak di Suan Phuttan Garden, Ratchawithi Road. Korang bleh pergi ke Ratchawithi Road dengan menaiki bus no 70 atau ngan lebih senang mengunakan taxi atau tuk tuk.. Belambak beb kat luar tuhh…

Kawasan ini teramatlah besar.. Disebabkan tiket untuk masuk ke Grand Palace ni mahal sangatt.. Hanya beberapa orang je yang join masuk ke kawasan ni, termasuklah aku.. So yang lain semua berjimba² kat luar.. Diorang memberi kitaorang masa selama 2 jam untuk menghayati setiap senireka bangunan di dalam kawasan ini.. Ciss korang ingat tempat ni kecik ke weii.. Besar ya amatzz ok!! mana cukup 2 jam..

Dari kiri: Phra Si Rattana Chedi, Mondop dan Prang.. Di belah kanan sekali ialah Wat Phra Keaw atau Tample of Emerald Buddha ini adalah kawasan The Upper Terrace.

Dari kiri: Scorchys Natna Nina Chedi, Zas Rul Burnbudur Chedi, Isz Phara Wat Kahtong dan last sekali Maha As Gigiana atau Tample of Maha As Gigih. *hayoo nama tak tahann..

Gambar yang aku snap kiri ialah pintu masuk ke Phra Si Rattana Chedi dan sebelah kanan ialah aku pun tatao nama dia ape.. muahhahah…. Ok serba sedikit maklumat tentang The Grand Palace ni.. Kawasan ni seluas 218,400 meter persegi dan dikelilinggi dengan tembok setinggi 1900 meter yang didirikan pada tahun 1782. Disini terletaknya opis kerajaan dan juga Chapel Royal of the Emerald Buddha yang terletak bersebelahan kediaman diraja. *matilah dah macam rancangan Majalah 3 hehehehe…

Monument kat atas ni aku pun tak tahu apaa benda.. Kitaorang takde guide masa kat dalam ni.. Sedikit maklumat aku curi² dengar dari guide orang lain.. Tapi maklumat tentang benda yang menakutkan ni takde la plakk.. Monument ni bagaikan tengah mengangkat tample ni.. ishkk tak tahu ler.. korang google la sendiri.. kalo nak tahu sangat pasal mende ni.. kalau jumpa jangan lupa kongsi bersama aku ehh.. *tak kuasa dah nak cari infoo..

Aku tengah posing kat depan salah satu tample Prasat Phra Thap Bidon (The Royal Pantheon)

Di setiap penjuru Prasat Phra Thap Bidon ni terdapat kolam kecik yang mempunyai bunga teratai di dalamnya.. Ha.. ni suka suka snap untuk koleksi bunga aku.. layannzzz…

Ini adalah Mythological giant “Yaksha” kononnye sebagai penjaga atau protector di pintu masuk.. Kalau korang baru sampai di Subarnabhumi International Airport, korang akan nampak benda ni dimana² saja di dalam bangunan airport tu.. hahaha.. Yaksha ni juga di letakan di pintu masuk area makam² orang sana.. Gambar di atas ialah jalan masuk ke Phra Maha Montien (Kawasan kediaman Diraja)

Gambar kat belah kiri ialah gambar bumbung Chakri Maha Prasad (Grand Palace). Dan sebelah kanan ialah gambar Habang Askar bersama 2 budak dari Malaysia.. hahahahaha…

Gambar bangunan Chakri Maha Prasad lagii.. tapi gambar ni dari sisi selepas pintu masuk Phra Maha Montien.. *matilah blog ni penuh dengan nama pelik²….

Ini adalah bumbung bangunan Dusit Maha Prasat Hall (Dewan orang ramai) dibina oleh Rama I pada tahun 1789.

Ini pulah belah tepi Chakri Maha Prasad Hall.. Ianya adalah bangunan terbesar di Grand Palace ni.. Senirekanya luaranya adalah campuran seni arkitek Italian renaissance dan Tradisional Thai.

Kami di depan Chakri Maha Prasad. Selepas ni kitaorang nak gi tempat lain plakk… yuk yukk…

Selepas puas melawat sekitar The Grand Palace, kitaorang dibawa pula ke satu tempat yang bernama Tha Tian Express Roat Pier.. Ini adalah kawasan jeti untuk menyeberangi sungai Chao Phraya untuk ke kawasan Wat Arun. Tempat ini tak jauh dari kawasan The Grand Palace.. rerasa kalau jalan kaki pun leh sampai.. Nak cerita pasal Wat Arun ni aku pun tak reti.. hehehe..

Tambang untuk menaiki feri ni hanya 6 Bath pergi dan balik.. Naik feri ni pun tak sampai 5 minit… Patut ar murah.. hahaha.. Dari Tha Tian Express Roat Pier, feri menuju ke Wat Arun Cross River Ferry Pier yang terletak di seberang sungai Chao Phraya sahaja. Dalam sungai Chao Phraya ni banyak ikan patin beb.. buaya wa tataoo.. yang aku taoo dalam feri tu banyak buaya yang kulitnya boleh buat bag tangan kulitt.. hahah *tuk tukkkkkkk..!!

Kan dah cakap.. si Yaksha tu memang ada kat memana pintu masuk.. Ni gambar pose reramai sebelum berjimba di area Wat Arun..

Sebenarnya masa kita orang berjimba kat kawasan ni.. kitaorang tak sedar sebenarnya tempat kitaorang berjimba ni adalah makam orang mati.. *mraaasssaaaa… tu la kan berjimba tak tentu pasal kat tempat orang… Masa aku tengah snap² gambar, tertiba muncul hantu mata sepet ni haaa *sila rujuk gambar di atas ye.. hehhe ampun As..

Pic kiri ialah pic pose vouge pintu dari Mama Larn.. Dan pic kanan, tu ialah bunga dari pokok Cannonball atau nama saintifik nyer ialah Couroupita Guianensis..

Antara brader dalam gambar di atas yang mana satu korang berkenan.??? Alaa tauu dahhhh….. hehhehe… OK lepas puas berjimba kat kawasan kubur orang, kitaorang balik semula ke Tha Tian Express Roat Pier.. Di sini kitaorang menunggu van kitaorang bagai nak gila.. Udahle panas.. pastu terpakasa tunggu lama ya amatz.. Aku masuk van terus bantai tido.. Penat sundelzz..
Bebangun dari tido rerupanye kitaorang dibawa ke kawasan Patu Nam *beb aku tak tahu nama betul tempat ni.. Abg guide yang cakap bunyi dia macam Batu 6… Kat sini kitaorang dibawa ke satu kedai makan halal.. Yurp! kawasan ini kebanyak penduduknya beragama Islam.. Kiri kanan lorong tu ada orang berniaga.. Jual ikan talapia & keli goreng.. Hayoo perut dah le tengah lapar kann.. Dan kan kawasan ni je la yang aku rasa paling sedap makan semasa aku berada di Bangkok.. *maaf takde gambar makanan dalam blog ni.. hehehheh

Selepas puas makan kitaorang dibawa pula ke MBK (Mah Boon Krong) yang terletak di Phayathai Road, iaitu shopping complex ketiga untuk ranking kawasan paling murah di Bangkok ni.. hahahha.. bleh ade ranking kat sini.. MBK ni memang best gak ar.. Dalam dia macam Sungei Wang Plaza.. memacam ada.. Jika kita terlepas beli di pasar Chatuchak, kita leh cari barang tu kat sini.. Tapi cuma mahal skit arr.. dan nak tawar menawar pun cam susah skitt..
Lepas shopping kat MBK ni kitaorang terus pulang ke hostel untuk berehat.. biasa la kan.. kerna aktiviti liar di waktu malam ni kena la standby awal².. lelagi malam ni ialah malam terakhir aku kat sana..
Aktiviti liar di waktu malam
Aktiviti pertama ialah aktiviti mencari port Thai Massage yang mur².. Jalan punya jalan jumpa gak ar satu tempat ni yang menawarkan hikdmat Thai massage dengan har 250 Bath.. Kira murah la kann.. Tapi aku tak join diorang massage.. Aku dok bawah je.. Jadi budak baik sambil dok melepak ngan mak hayam kat sana.. *ni mak hayam pompuan tulin yee.. Mereka ni memang ramah laa.. senang nak bawak berbual.. Cuma malam tu aku sekadar berbual kosong jee.. Kira aku temuramah diorang.. pastu diorang temuramah aku balikk.. hehe cam tu laa..
Lepas bosan melepak aku ngan beberapa member aku gerak ke Soi Thantawan Street, mana lagi kalau bukan ke Tawan Club.. hehehhe.. so korang tahu je la kan apa yang ade kat dalam tuu.. *sesape yang blur sila baca entry sebelum ni ye.. Tapi malam tu ade perubahan show.. Show dari neraka takde.. tapi show tu digantikan dengan show air bekarbornat.. ayoo.. abis merecet air kat kitaorangg.. *keji sangat.. Dan lagi sekali show helikopter tetapp ada.. dan macam biasa show diakhiri dengan show cicap ceria secara ramai².. *eh bukan kitaorang tao yang cicap ceria..
Lepas tengok show tote bergerak tu..*tote bergerak katanyeee…. kitaorang menuju ke Patpong Street untuk shopping lagi.. Kat Patpong ni pun leh tahan gakk murahh.. dan ramai peniaga yang cando².. *sentiasa merembess bila cuci mata kat area ni.. hahaha.. Ingat nak terus ke GOD.. tapi kitaorang menukar fikiran untuk ke port Thai massage yang mur² tu balik.. Sebab ade yang nak massage lagii.. MOTIFF sangat taoo.. Macam biasa.. aku duduk je tunggu diorang massage.. Masa dok tunggu tu aku belek² la majalah kat sana.. aleerrr kecewa semua majalah dalam bahasa Thai.. Ade sorang pekerja massage ni tengok aku macam bosan semacam, dia pun melepak lah kat sebelah aku.. borak punya borakk.. last last dia cakap dia nak urut aku.. *dalam hatii- dannndannnnn je kauu kannn… Katanye aku perlu bayar 200 Bath jer.. Lagipun kalau aku tunggu bebudak lain, aku kena tunggu 1 jam.. So baik aku pun join urut sekalii.. Maka aku termakan juga dengan pujuk rayu diaa… Maka malam tu pecah la teruna akuu *wakakakka takde²… Ini adelah 1st time aku try Thai massage.. syokk gakk.. Abis segala sendi aku di pulas, pusing & rentapp.. gituu mcm menakutkan kan.?? Tapi best woo.. hehehehe.. try lerrr..
Hari Terakhir
Take A Nap – Lorong area Silom – MBK – Subarnabhumi International Airport – LCCT

Di hari terakhir ni aku banyak abiskan masa di lobi hotel jer.. Gambar kat atas ni ialah gambar komputer yang kitaorang gunakan untuk mengupdate status di facebook.. Oh ye Take A Nap hostel ni juga membekalkan wifi free.. tapi ciklembbss skit.. Aku biasanya curi wifi dari kedai sebelah, untuk bersiaran secara langsung di facebook dengan mengunakan PSP.. *sebenarnya banyak wifi free yang korang leh dapat kat bandar Bangkok nih..

Ni pic masa kitaorang cari kedai makan kat belakang² lorong Silom ni.. Khabarnye ade gerai halal masa tengah hari kat sini.. Maka gigih lah kitaorang mencari gerai tuuu.. *pstt toke gerai cando gak.. tapi takde gambar diaa.. hahahha

Ni kat depan Chamchuri Square.. Shopping complex baru kat Bangkok ni.. Kalau dari Take A Nap kira dekat je la.. cuma kena seberang flyover highway jer.. Time ni kitaorang tengah berjalan kaki untuk ker MBK balik.. Kononnye nak menghabiskan duit yang berlebihan..

Merasaaaaa.. Jalan kaki jauhh ya amattzzz.. Ingakan dekat jee.. Baik naik cab je baru 50 Bath je kena bayar.. Tapi takpe diorang semua gigihh.. Merasalah kan berpeluh bagaii masuk shoping complex nantii..

Ni kira dah nak sampai ke MBK.. Nak ke sini sebenarnya senang je.. Kalau jalan kaki tu penat skit arr.. kalau naik cab dari hostel cuma bayar 50 Bath jer… hahahha..

Bangunan yang tinggi tu ialah Baiyoke Tower II yang terletak di Rajprarop Road, Ratchathewi.. Ketinggian nye ialah 304m dan mempunyai 85 tingkat dan bangunan ini adalah sky hotel tertinggi di Asia Tenggara.. Gambar kat belah kanan tu plak ialah Subarnabhumi International Airport..
Tips berjimba di Bangkok dengan budjet ciput.
1. Korang gi reramai lagi bagus.. kalo bleh pergi dalam 5-8 orang.. so leh tong² duit transpotation.. leh jugak tong² duit penginapan.. bila shopping pun korang bleh tong² beli secara borong.. balik bilik baru ageh² balik..
2. Kena manis mulut untuk proses tawar menawar semasa shopping.. Sebelum pergi korang pergi la jumpa Mak Esah memana.. kasi mandrem mulut tu manis skitt.. Biar semua peniaga sujud kat korang bila korang buka mulut kat sana.. hahhahha
3. Berkawan ngan orang sana.. Mereka memang mesra alam.. Senang korang nak dapat info.. Nak lagi best korang cari la skandel kat sana.. biar diorang spedoo korangg.. huahuahaaa..
5. Cari ler hotel/hostel dekat ngan MRT atau BTS.. senang nak bergerak.. Tapi kalau dah duk kat ngan Silom tu dah ok dah jalan kaki pun ok ok jee..
6. Kat sana rokok mur².. tapi percayalah bila kat sana korang akan bertukar menjadi perokok yg kurang kental.. Pasal orang sana tak ramai yang isap rokok.. Maka terikut plak ngan cara diorang..
7. Harga makan kat sana sama macam makan kat KL.. Kalau kat hotel korang ade kasi sarapan pagi free.. Bantai makan kenyang² kat hotel dulu.. Nanti keluar takde la kebulur.. saving pun saving kann.. hahhaha..
psstt… keji la tips ni.. korang jangan le ikut sanggatt.. aku cuma cadangkan jee..
Aku suka Bangkok sebab
1. Bandar dia bersih.. susah nak nampak sampah sarap kat kaki lima.. Serius nii… walaupun di pasar Chatucak sekalipun.. jarang sekali aku nampak sampah sarap.
2. Bandaraya nye tak bising dengan bunyi hon kereta.. aku rasa aku ade dengar sekali je bunyi hon kereta..
3. Diorang ni jenis mesra alam.. senyum tu tak lekang dari mulut diorang.. seronok borak ngan diorang.. kengkadang aku pun tak faham diorang cakap ape.. tapi aku sukaa.. *hahhaha tertibaaaa…
4. Bandaraya dia takde jam/macet ye.. sistem jalan raya yang superbb.. Walaupun pada hari bekerja, nak tengok jalan yang jam pun susah..
5. Setiap 500 meter korang akan jumpa kedai 7/11.. Walaupun di belakang lorong² gelap.. Hehhehe..

Nina, terpeleot aku baca (gigih mode) nama-nama yang ko dok research 7 hari 7 malam tu tao. Suke suke. Yang pengsannya, biler aku baca nama-nama tu, mesti mulut aku ikut nada orang Thai..Aku dah kenapa?! (smash diri sendiri)
Memandangkan ko dah ader sexperience di sana di sana di sana (bergema plis), lengkali bolehlah aku join sambil boleh cakap ” Oh inilah yg dalam blog ko tu kann,” hangguk² sambil makan kacang.
Itu perkuburan yang ko dok lawat² pose tu, tak ngikut ko balik ka? Leh mintak diskaun pi GOD. Hayoo mulots kann.
Aku takot aku rambang mata la so how?
scorchys smash
@Apis
Nina laaaaa…??? memang gigih sekali aku mengupdate kali ni.. tapi takpe.. demi kepuasaan berjalan.. Lain kali kalau rindu aku leh baca balik.. Ko kalau nak baca nama tu mmg kena cara orang Thai cakap.. baru bestt..
Perkuburan tu sangat unik OK.. tak tahu le “depa” ikut balik ker takk.. Dandan je kan nak gi GOD.. Harus ko masuk Tawan dulu.. GOD tu happening di tengah pagi jer..
Kalau ko rambang mata.. ko tutup je mata ko.. kat sana leh mintak sedekahh.. hahahha..
psstt satu lagi.. aku tak nampak pun org yg mintak sedekah berkeliaran kat bandar Bangkok tuuu.. ermm…
okie.. skrg baru aku tahu saper yg membawa pulang semua perkara mistik di VP…
muachh
chiow bello…
scorchys smash
@Cik Na
wakakakkakakakka… ko rasa antu tu nak ke naik airasia.??
hehehhe.. siot taoo bikin seram je…
wakakaka… haruslar kan… retie naek satria hitam, mesti lar reti naek airasia, dah kater pulak tambang murah…
*jaga2…
meriah meriah !! aku sukaaaaaaaaa
tak sabar pulak nak pergi
yahu yahu yahu !!
scorchys smash
@Cik Na
hehehe.. kannn.. tapi memintakler yang ikut tu antu candoo.. tamau ler yang macam antu mata sepet tuhh.. seram sangatt..
@Lily.Lulu
hahahhaa.. memang meriah lily.. ko nak gi Bangkok ker.?? bila.?? nak ikuttt.. aku nak gi lagii…
UPDATED : AWAS BULAN MARCH 2010 here i CUM. EH COMEEEEEEEEEE!!!!!!!!
P/s: naper ko nak smash tak pakai system quote ni jer…tayah tulis nama2 derang. Hummmm
scorchys smash
@Apis
Aku tak suka guna Quote tuu.. nanti jadi panjang berjela².. tapi kalo korang nak pakai.. korang pakai je laa…
hehehe nampaknye aku berjaya meracun ko untuk kesanaa… keh keh kehhh…