Home > Album > Pulau Redang 09

Pulau Redang 09

redang

Aktiviti berjalan aku untuk 2009 aku bermula dengan bercuti di Pulau Redang. Trip bersama dengan 35 orang  (agak² je ni) kekanak riang Planet YM. Ini adalah pertama kali aku ke Pulau Redang. Khabarnye pulau ini adalah antara terbaik dan tercantik dalam banyak pulau² di semenanjung Malaysia. Maka keterujaan aku meningkat ke tahap max untuk pulau ini.

wisana.jpg

Disana selama 3 hari dan 2 malam, kitaorang menginap di Wisana Beach Chalet, yang terletak di Telok Kalong Kecil. Suasana disini teramatlah aman damai dengan permandangan laut yang menarik juga terasing dari kawasan yang lain. Telok Kalong Kecil dikelilingi oleh 2 pulau mini iaitu Pulau Kerengga Kecil dan Pulau Kerengga Besar. View memang superb kat sini.. pantai nye putih bersih dan lautnya biru clorox.. gituu.. (takde campuran clorox pun).

dsc_0145.jpg

Berbagai jenis aktiviti boleh dilakukan disini. Pada hari pertama saja kitaorang dah mula melakukan aktiviti riadah.. iaitu tido.. hahahha sedap beb tido tepi laut nih.. angin laut sepoi² bahasa dengan aroma laut menyapu muka, membuatkan terasa nyaman untuk melelapkan mata di siang hari. Di petang hari selepas berehat memasing bersiap sedia untuk pergi mencandat sotong. Hehe ni pun pertama kali aku melakukan aktiviti ni.. takde la syok sangat pun, tapi cuma nak merasa mencandat sotong dan nak merasa mabok laut.. (dandan je kan). Aktiviti bermula dari petang hari dan berakhir dalam pukul 9 malam. Hasilnya hanya 2 ekor sotong je yang mampu di candat.. hahaha kira ok la tu kan..

dsc_0283.jpg

Kalau nak cerita bab makan, kat sini takde kedai makan.. makan ikut time 3 kali sehari. Air freeflow minum sampai muntah.. air panas ke air sejuk 24 jam ade. Maka takde la simtom kebuluran dan kehausan kat sini. Kalau yang kuat makan tu geti² la bawak makan sendiri.. ala pepandai le korang nak hidupp.

dsc_0200.jpg

Hari kedua kitaorang dibawa snokling di Pulau Pinang (dandan kat sini pun ade Pulau Pinang). Di pulau ni terdapat kawasan lindungan hidupan laut atau marine park. Aku kureng gemar snokeling kat sini.. pasal terlampaut ramai sangat orang.. kalau nak berenang pun susah.. asik tersepak kepala orang lain je… gila padat siott.. ikan dan terumbu karang pun tak banyak yang menarik.. banyak jenis yang sama je.. (macam mane leh jadi marine park entah). Lepas bosan snokeling kat situ, kitaorang dibawa ke Pulau Paku Besar. Perghh kat pulau ni baru terasa kepuasan untuk snokeling. Berbagai jenis ikan dan anak ikan terdapat disini. Yang besar, yang kepala besar dan warna warni citrawarna semua ade.. Terumbu karang dia pun masih cantik lagi.. Terubat sikit hati aku selepas kebosanan snokeling di marine park memula tadi.

dsc_0414.jpg

Selepas puas snokeling, kitaorang dibawa ke area Pasir Panjang atau Long Beach yang terletaknya Laguna Redang Beach Resort. Kat sini kawasanya lebih meriah.. banyak resort² yang agak mewah skit.. kedai pun banyak.. kira port sosial la ni. Kat sini diorang sebok membeli survinear, makan dan mengambil gambar.

dsc_0512.jpg

Hari terakhir ialah aktiviti menikmati permandangan Pulau Redang dari kawasan tinggi. Aku tak join aktiviti ni.. pasal bangun lambat.. hahaha.. takpe la next time aku pasti akan kembali lagi. Tengah hari lepas makan, memasing bersiap untuk checkout dari Pulau Redang.

dsc_0184_4.jpg

Selama 3 hari 2 malam di Wisana Beach Chalet membuatkan aku terasa untuk kembali bercuti di sana lagi. Dengan keadaan kawasan chalet yang bersih, makanan yang sedap², pekerja yang ramah dan yang paling aku tak leh lupa, permandangan yang superbb.. yurp pasti akan kembali dengan misi dan aktiviti yang lebih menarik lagi. Beb aku terlepas aktiviti panjat bukit ngan snap pic sunrise arr.. demm.!!

OK la aku malas nak tulis pepanjang.. korang layankan gambar je la eh..

Oh ye tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada team gogonizer; abg shak, zarul, abe joe dan sesapa je la yang dalam team gogonizer nih.. Trip ni mmg syok n mabeless tahap merembess wa cakap sama luuuu… hahahahaaa…

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Categories: Album Tags:
  1. June 5th, 2009 at 12:30 | #1

    jeles gile jalan2 dan happy… huhuhuhu!!!

  2. scorchys
    June 24th, 2009 at 17:51 | #2

    @mynameisNUVERA
    jgn jeles jeles nanti ko gi Redang gak kann..

  1. No trackbacks yet.
This site is protected by WP-CopyRightPro