Archive

Archive for February, 2009

Itenerary Padang – Gunung Merapi

February 23rd, 2009 scorchys 1 comment

Baru buka emai dari hakak Idotz aka president Or.Gu tadi.. so ternampaklah internerary untuk next xtvt yang bakal kitaorang lakukan untuk bulan May ni..So go thruu satu² sehinggalah terasa xcited dan mcm nak kongsi ngan korang semua..

So ni la apa yang kitaorang lakukan nanti di Padang.. jeng jeng..

Itenerary Padang Minangkabau Adventure 7 – 11 may 09

5 Hari 4 Malam

Hari Pertama: Airport – Bukit Tinggi

Pagi: Padang Minangkabau International Airport – Air Terjun Lembah Anai – Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau
Tengahari: Makan Tengahari – Melawat perkampuangan Pandai Sikek (terkenal dgn. pembuatan Songket, ukiran kayu, sulaman Silindung Bulan, Putri Minang & Annisa)
Petang: Tiba di Bukit Tinggi – Check in hotel
Malam: Berehat – Makan Malam – Tidur

lai-lai.jpg

Hari Kedua: Mendaki Gunung Merapi (Part 1)

Pagi: Sarapan pagi – Kota Baru (starting point di Relay Station) – Mula mendaki – Pesangrahan (take 5, tempat peningalan Colonial Belanda)
Tengahari: Pesangrahan – Mula mendaki sambil layan view tropica – Paninjauan Point View (selepas 3jam++ mendaki dari Pesangrahan) – Rehat & Makan Tengahari
Petang: Paninjauan – Batu Cadas Campsite (2jam++ mendaki dari Paninjauan) – Berkemah
Malam: Berehat & Makan Malam

lalalallala.jpg

Hari Ketiga: Mendaki Gunung Merapi (Part 2)

Pagi: Batu Cadas (mula mendaki sekitar 5 pagi) – Puncak Merpati (puncak tertinggi Gunung Merapi) – Layan matahari terbit & view permandangan sekitar Gunung Merapi (Danau Singkarak, Padang Panjang & Samudra Hindi)
Tengahari: Puncak Merpati – Turun ke Kota Baru (mengambila masa dalam 3jam++) – Makan tengahari – Tour ke Kelok 44 hingga Kelok 35 – Koto Gadang (melihat pembuatan perak) – Bukit Tinggi
Petang: Dijangka sampai ke hotel – Rehat
Malam: Makan malam & aktiviti bebas (cikcur airline la kan!!!)

Hari Ke-empat: Bukit Tinggi – Padang

Pagi: Sarapan pagi & check out hotel – Batusangkar – Silaman Hj. Rosma (terkenal pembuatan Sulaman Goyang) – Panorama Tabek Patah (kawasan industri tempatan pembuatan Pisang salai & Kopi tradisional)
Tengahari: Makan di Pondok Flora (restauran di tengah sawah padi dgn menu special ikan bakar) – Istana Silinduang Bulan – Padang (melalui Danau Singkarak)
Petang: Tiba di Padang City-Sightseeing – China Town – Old Harbor – Jembatan Siti Nurbaya – Pantai Padang – Shopping di pasar raya – Check in hotel
Malam: Makan malam & aktiviti bebas (cikcur airline lagi sekali)

Hari Kelima: Padang – Airport

Pagi: Sarapan pagi – Padang Minangkabau International Airport – LCCT

Ok tu je aktiviti yang kitaorang akan jalankan di sana.. Nampak macam menarik kannnn…. Tak sabar plak rasanyee… yeyyy!!!!

Categories: Uncategorized Tags:

Hi, Hello & Apa Khabar.??

February 17th, 2009 scorchys 4 comments

Tu diaa.. penuh sawang dah blog ni.. Lama betul tak ber-update blog  ni.. ni semua gara² sindrom kemalasan untuk menaip yang menimpa diri aku lately ni.. Tapi takpe.. kita slow slow, bukannye aku cari makan ngan blog ni kan..? Ni sekadar blog suka suki kasi aku gembira je… Tapi bila tengok statistik blog aku ni hari² gak ada yang membukanya *deyy tuan tanah pun tak bukak hari² la.. Terima kasih ler masih click pada blog ni.. Sayang kat korangg.. meh meh nak pulukk mehh..

Okes.. sambil aku mengemas sawang² yang dalam blog ni, sambil tu aku nak start cerita pasal apa yang aku lalui 2-3 minggu lepas sejak kehilangan aku.. *tertiba claim aku hilang.. So cerita pertamanye ialah… YEYYY!! akhirnya aku berpindah ke rumah baru yang lebih vouge.. Walaupun hati ini berat untuk keluar dari rumah lama, aku tetap cekalkan diri ni untuk berpindah ke rumah baru. Atas nasihat rakan² dan doktor² aku di luar sana.. depa kata kalau aku still duduk kat rumah lama *Salak Tinggi, aku akan menjadi saiko dengan semulajadinye.. APAKAHHH.??? Ye.. aku akan menjadi tidak tenteram.. pasal ada …dot dot dot…. kat sana… *Beb tapi aku sayang ngan rumah Salak Tinggi tuu… Pokok bendi aku sape nak jaga.??

Ni gambar rumah Salak Tinggi daaaaa… rumah lama yang penuh kenangan..

Sekarang ni aku berpindah ke Vista Pinggiran Putra, Seri Kembangan *culture shock sekejap.. Mana taknye dulu aku dok dalam kawasan ladang getah.. aleh² berpindah ke kawasan bandar.. huahuaah.. *otak aku krem.. Tapi yang bestnya, housemate aku kali ni adalah bloger tersoho iaitu En. Abah aka skolblog.com … Dengki tak para peminat skolblog.?? *larikkkkksss..

cucirumah.jpg

Aku, Cik Na & Nini dok kemas rumah..

Disebabkan aku terlampau culture shock.. maka aku pun terlampau la sexcited nak hias rumah bagaikan.. 1st sekali aku fikirkan bilik tido aku dulu.. Oh ye aku nyer bilik 2nd room.. En Skolblog tu dok master room.. dia kan besar mana bleh dok bilik kecik² ni.. rimas katenyeee.. kang abis semua benda dia langgar.. *ops ter-smash plak.. Ok berbalik dengan bilik aku.. Aku dengan gigihnya membeli kain langsir & menempah di Nilai 3.. Kalo korang nak tahu, kat Nilai 3 ni mmg pemes dengan segala jenis kain.. mur² gak la.. tapi kalo korang rasa Nagoya lagi mur² korang pergi je la Nagoya.. *smash sape? aku pun tatao..

langsir.jpg

Merasa gigih menempah langsir bagai..

Selain langsir yg cun tuu.. Aku juga ade beli perabot lain gakk.. 1st sekali ialah meja saiz gaint.. yang aku beli 2nd hand dari Nini aka Kedainini.com .. pun kira dapat mur² gak ler.. barang elok.. baik aku gunakann.. 2nd katil single.. ni aku tak beli.. tapi ini pemberian En Lie *x-housemate En Abah.. Hoho dengan berbesar hati aku menerimanya.. Terima kasih le bebanyak kerna kasi aku katil tu.. walaupun pada mulanye aku rasa macam malas nak sumbat katil dalam bilik tu.. hehehe.. Barang lain² seperti almari baju semua, aku angkut saja dari rumah lama.. kan dah complete bilik ni.. Haha..

meja.jpg

Inilah meja gaint yg digembar gemburkan (meja ni bukan dibeli di pasaraya  Gaint ya!!)

Tidak lupa juga.. untuk kemudahan dan hiburan.. Aku ngan En Abah, dengan gigihnya memasang Astro & Streamyx.. 2 benda ni kira nadi En Abah.. kalau takde 2 benda ni.. Dia akan kelihatan tak bersemangatt.. Tak sanggup dah tengok muka emo dia selama seminggu, sejak kitaorang masuk rumah tu.. Tapi bila dah pasang internet.. memasing melekat plak kat meja memasing.. ishkk inilah penangan bila ada internet kat rumahh… ahhh janji sronokk…

katil.jpg

Simple n nice.. hahhaha.. takpe nanti aku nak cari poster David Beckham plak lekat kat dinding.. biar dia menemani aku tidoo..

Pasal bebenda lain nanti² je la aku cerita *teasserr lagi.. Kat ruang tamu tu masih tunggang langgang.. so malas nak cerita.. Bila ada masa, akan aku cerita lagi serba sedikit pasal rumah baru ni.. Disebabkan tahun ni aku tak mempunyai  azam maka, tahun ni aku berazam nak buat rumah ni sebagai “My Home, Sweet Home” hehehehe.. yey!! *poyo je kan azam ni… kuat tul berangan

Kepada kengkawan yang datang membantu/mangangukut/melawat & tolong tengok je, Terima kasih la bebanyak.. Kalau aku nak buat berdua ngan En. Abah memang tak terdayanye.. hehehe..

Sejak aku berpindah di sini bersama En. Abah.. Aku terasa happy sangat.. dah takde kes meroyan-royan tak tentu pasal.. Tak kuasa dah nak fikir kesah dulu².. Sekarang ni kena buka buku baru.. kena bikin kehidupan ini lebih ceria dan penuh dengan warna-warni.. Kesah² lama tu aku simpan je kat bawah katil.. Bila rindu aku leh belek² balik.. ahaks..

Yey!! akhirnya abis dah buang sawang² yang jahat ituu…

Categories: Uncategorized Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro