Aku suka teaser.. lalalallala
Balik dari CUS ni, macam² berlaku kat aku.. ishk ishk penangan berjalan di trek balak yang panjang.. Memula sekali dengan muka, tangan dan kaki aku yang berbintat² kena serangan agas.. Kedua lens kemera aku plak hilang auto fokus nye.. terpaksa la main manual.. So kena la settel kan satu satu.. warghhhh!! Permulaan tahan baru yang mangharukan.. Tahun baru ni pun hanya mampu duduk kat rumah sambil mendengar letupan mercun nun jauh di KLCC nunn.. Aku hanya mampu berbaring sambil menonton Harry Porter di HBO.. hoh!! sedeyy~
Pengalaman di CUS kali ni paling payah aku nak lupakan.. Walaupun tak complite untuk abiskan ( Chamah – Ulu Sepat) hanya mampu menawan Gunung Chamah sahaja aku tetap bersyukur.. Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan aku dan group aku memgambil keputusan untuk menawak Chamah sahaja.. Tetapi kami tetap mendapat pengalaman yang rasanya bukan semua orang boleh dapat.. Selepas membuat keputusan untuk berpatah balik ke Gua Musang, dengan berjalan kaki melalui trek balak yang amat panjang.. Bermacam² perkara berlaku.. takpe la nanti akan aku ceritakan lagi & aku letakkan gambar sekali.. gambar pun hazabb.. hehehehe.. ~teaser lagi.. lalalallalalalla…….
Untuk hari ni, aku tertiba risaukan lens aku yang tertiba hilang dia punya auto fokus.. Tak tahu la kalau antar kat Nikon Service Center dia leh terima ke tak waranty untuk lens tu.. Just nak pergi try je.. Aku pernah dengar pasal cerita tak best berkenaan servis di Nikon nih.. tapi takper la.. gi je la antar kat sana.. aku dah tak tahu nak antar kat mana lagi dah ni.. So kalo korang tahu ade tempat lain yang boleh aku antar lens tu.. korang kasi le komen di bawah nanti ehh.. aku teramat risau ni.. dengan sumber kewangan aku yang suam suam kuku nihh.. tataoo lee.. aku risau + penin + hampir pitam dah ni…
Hari ni jugakk.. aku tertiba rasa cam nak godek godek folder kat dasktop PC ni haa.. Oh yer dasktop aku mmg penuh dengan forlder tah ape ape entah.. bila aku nak bersihkan pun tatao ler.. Tengah dok godek² ni aku terjumpa 3 gambar ni haa… tertiba nak gelak sorang-sorang.. hehhee…

Apekah benda yang aku minum tu..? Yang penting tu bukan sejenis minyak yee… Mende yang agak misteri kerana ini ada lah satu permintaan dari seseorang.. Jenuh woo nak cari air Dr Pepper nih.. siap buat research kat google.. Nasib baik jumpa kat Jasco.. Kalau tak memanag meroyan le mencari mende air nihh.. Sejak aku dapat merasa mende ni.. tertiba air ni menjadi pemes plak.. kat memana aku pergi, malah di dalam facebook pun orang dok cerita pasal Dr Pepper nih.. hehehe.. Kalo korang nak merasa air ni gi ler cari kat Jasco atau Cold Storage.. Rerasa kat situ je ade..
