Sarat di Nang Kam Seafood, Kg. Baru
Ni adalah gegambar masa bebudak yang ke CUS makan besar di Restoran Nang Kam Seafood, Kg. Baru. Kesemua 9 orang peserta CUS hadir + sorang tukang belikan ration (Mbot).. Tu dia meriah woo.. Terima kasih kat Odd pasal belanja kitaorang makan.. Apa yang kita sesama bayangkan semasa di trek balak tempoh hari, akhirnya di realsasikan jua.. Yey..

Menu untuk malam tu agak menyaratkan perut memasing.. Tapi memang sedap la menu malam tu.. Terutama sekali manu special “Meang Kam“, menu ni tidak dijual di restoran ni ya..!! Ini adalah request dari Odd.. Maaf takde gambar plak.. Malam tu aku agak huru hara.. pasal aku yg kena arrange semua sekali.. dari tempat sehinggalah menu bagai.. haiyak rugi plak tak ambik gambar “Meang Kam” nih.. Menu-menu lain untuk malam tu ialah..
- Ikan Siakap 3 ekor – Masak Pedas, Masak Tiga Rasa & Kaengsom (Asam Pedas ala Thai)
- Udang 3pax – Udang Goreng Tepung
- Sotong 3pax – Sotong Stim Limau (Sedap sekaliiii)
- Sayur – Kailan Ikan Masin, Asparagus Oyster Sauce & Kang Kong Lila
- Daging – Black Pepper & Masak Merah
- Ayam 2pax – Ayam Pandan
- Tomyam susu
- Lala – Masak Padkapau
- Special Menu – Meang Kam (sangat best)
p/s : takde gambar.. tak sempat nak snap, semua lauk lauk telah diratah dengan cepat sekalii.. hahahahha…
Disebabkan malam tu aku agak huru hara + malas nak ambik gambar.. maka aku pun dengan gigihnya membuka tripod dan meletakkan kemera di hujung meja.. Sambil makan sambil snap mengunakan remote.. hahah senang.. aku pun selesa menyental segala makanan yang ade.. best best best…
Terima kasih kepada Cik Wida.. Pasal tolong aku arrange tempat + pilih menu kat restoran dia ni.. Aku harapkan, semua enjoy dengan menu yang aku order tu ehh… Kalau korang rasa sedap, jum kita serang lagi Restoran Nang Kam ni lain kali ehh.. hehhe (promote untuk Cik Wida)


