Separuh Akhir Muzik Muzik Balada 2008
Jumaat lepas.. Tu dia citer pasal minggu lepas.. always lambat kan.. Tapi takpe.. aku gigihkan jua untuk tidak menyawangkan blog aku nih.. hehhee.. Oh oke Jumaat minggu lepas Man dok gigih mengajak aku gi tengok Muzik Muzik Separauh Akhir katagori Balada di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.. Siap carikan aku tiket ni.. semata-mata nak aku pergi.. Hhehehhe Thanks Man.. sebab bebetul ngajak aku.. Maka malam tu aku ber-4 termasuk ngan Hanum n kawan dia (sape name eh aku lupa).. menyerang Seri Pentas 2 di Shah Alam.
Ni pertama kali aku tengok pertandingan Muzik Muzik secara live, selama ni tengok kat dalam TV jer.. maka rasa cam jakun skit.. Kitaorang sampai di Sri Pentas 2 dalam pukul 6 lebih.. selepas mengharungi jalan yang agak jam.. huhuhu.. Pastu tunggu ler sampai kul 8.. Katanye kat dalam tiket masuk kul 8 malam.. Last last masuk dalam kul 9 malam.. huhuhu.. sabar je laa.. nasib baik aku jenis sabar menunggu.. Kalau tak.. dah lama dahhh.. ermm ape ehh..??
Pas masuk mula la megagau cari tempat duduk.. Memula ingat ngan selamba je aku nak duk kat tempat press.. Pasal hakak yang jaga kat situ tu macam selamba je kasi aku masuk area tu.. Muka aku ade muka macam press ke.?? Muhahahaha.. Tapi disebabkan Man nak gak nak duduk kat ngan para peminat susah mati Faizal Tahir.. So aku pun duduk la kat sana gak.. Tu diaa.. Jauh bebenoo ngan stage.. Takpe aku redha jee.. Ni tiket pun dia yang ambikann.. So ikutkan je mana bapak ayam ni bawak aku.. ahhahahaha….
Bila dah duduk.. huhu mula la nak mengtest snap snap gambar kan.. dengan berbekalkan kit lens 18-135mm, korang pepaham je la kan.. gambar artis yang dapat aku ambik semua cinonet jer.. takpe aku redha jer.. Pastu masa nak snap gambar lagi aku tak leh berdiri.. pasal nanti tertiba timbul plak kepala aku kat TV.. (habang video kat belakang aku) dah la mende ni live.. so ikut je peraturan diorang.. Nak snap gambar kena ikut kepala orang kat depan.. kalau kepala org depan tu ke kiri.. aku snap belah kanan.. bila kepala dia kat belah kanan, aku snap belah kiri.. kengkadang tu snap je dari celah celah kepala orang.. heheh cam gitu le pengalaman 1st time aku kat sana.. Takpe aku redha jeee… Gambar hazab pun hazab la.. janji aku leh layan snap kat sana..
Duduk ngan bebudak Fan susah mati Faizal Tahir ni mmg best gile… Pasal diorang ni meriah aka suger high.. Termasuk la 3 orang yang sesat tertiba jadi Fan Faizal Tahir ni.. Hehehe.. Perangai memasing gila gila remaja.. yeh syok lepak ngan korang semua..
Kat bawah ni aku sertakan gambar-gambar yang tak seberapa.. pic pic ni aku terpaksa crop kasi dekat sikit.. Kalau gambar ori.. fuhh mmg kecik jer laa.. pastu penuh ngan kepala kepala penonton yang lain.. So korang layan kan jer la erkk.. heheheh
Oh yer lupa plak nak citer pasal artis yang bertanding malam tu..
Senari perserta yang dalam katagori Balada
1. Teman Terulung (Azalea/Azalea/Anuar Zain) – scorchys smash: Hoh!! suka suara gigil gigil Anuar Zain nih… Tapi lagu ni terlampau slow untuk aku.. Penat nak dengar sampai abis.. OK! nexxttt..
2. Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan/Ayu) – scorchys smash: Aku suka lagu ni.. Siap hafal tuu.. Ayu ni suka tao buat banyak version ngan lagu ni.. Aku paling suka masa dia nyanyi kat final OIM dulu.. Malam tu dia nyanyi sekat sekat.. ko kenapaaaaaa.??????
3. Lagu Kita (Aizat/Aizat/Aizat) – scorchys smash: Sempoii, sedap & bertenaga.. Walaupun lagu slow mendayu dayu.. Tapi aku suka.. huahuaha… Ehh ko propa ehh kata lagu ni ko buat masa sekolah dulu..??
4. Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir) – scorchys smash: Dap dap.. sedapp.. lelagi masa part tarik kaw kaw… aku dengar budak belakang aku turut tarikk.. tu diaaa… suara tak bleh blah mendayu dayu dari belakang.. hahah.. keseluruhan.. mmg besttt…
5. Tanpa (Gjie/Wan/6ixth Sense) – scorchys smash: Aku jarang dengar lagu ni.. comfirm la aku tak suka lagu ni.. maaf lerr.. Lirik dia pun aku tak faham.. malas nak study lirik dia.. pasal aku tak suka lagu ni.. ehh ++ cam sumbang jer.. ++ lagi.. time ni aku leh borak-borak ngan kawan Hanum.. ++ Aku tak keruan pasal lagu ni lambat nak abis.. Maaf aku tak suka lagu ni.. arghhhhh
6. Bila Nak Saksi (Tam/Loloq/Spider) – scorchys smash: Suka sore Tam Spider ni.. Serak² basah stim.. Tapi kan.. lagu ni antara lagu paling mendayuu.. selalunya dalam kereta.. bila lagu ni keluar je terus aku bukak lagu lain.. Takut tertido dan menyebabkan eksident.. Tataoo ler.. lagu ni untuk tido je kot..
7. Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea/Ziana Zain) – scorchys smash: Tu dia rambut Ziana Zain bagaikan serban besar.. Memula hakak Ziana ni masuk jer.. dah dengar dah sore sore nyaring kat belakang tu dok jerit².. Peminat dia mlm tu mmg ramai.. Mcm biasa.. Start nyanyi je dah kena sabotaj.. Mic tak berfungsi pulak.. Nasib hakak kita ni pandai coverline.. Sore sedapp.. maintain leh jeritt jerit keyy tinggi².. best best clap clap clappp..!!!
8. Coba (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir) – scorchys smash: Lagu ke-2 Faizal Tahir.. Power & mantap.. Best gak la..
9. Bila Terasa Rindu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Dafi) – scorchys smash: Aku tengok Dafi ni macam robot plak masa kat atas stage.. Nway lagu macam ni dah selalu dah orang dengar.. Bosannnnnn!!
10. Cinta Terhalang (Sharon Paul/Shimy/Bob) – scorchys smash: Bula roma aku tegakk bila Bob nyanyikan lagu ni.. Dapppp nye dia nyee soree.. Melodi & lirik dia pun best.. tapiiii… kenape kenape kenapee.???
11. Ada Untuk Mu (Zetty/Abie Abdullah/Nubhan) – scorchys smash: Sore dia sedapp ya amatzz.. buat aku berterbangan kejapp.. Kepada En. Abah.. Nubhan takde buat suara itik dia ehh.. Sore dia sedap sedap ya amatzz.. sekian terima kasih
12. Sejauh Ini (Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya/Dina) – scorchys smash: Memula cam bosan.. Bila sampai part hujung hujung wahhh… ade climax la pulakk.. best best.. terus tak membosankan.. hehe.. Ehh ade tiru cara nyanyian Jaclyn eh… Hehhehe takpe takpe sedapp gak..
Aku ni bukanlah jenis yang pandai mengulas sesuatu pertandingan.. Tapi ada juga pendapat aku tersendiri tentang lagu lagu yang tersenarai di atas.. Ade yang super duper best dan ade yang meleleh syahdu nak tido.. Malam tu para artis mmg berhempas pulas menyanyikan lagu dengan baik sekali.. Memasing memang tunjuk skill memasing ar.. katanye live kan, kena la wat bebetul.. Taniahh!! semua persertaa…. clap clap clapp…!!!!
Memula aku ingat lagu yang akan ke peringkat Final Juara Lagu ialah lagu Lagu Kita, Sampai Syurga, Dingin, Cinta Terhalang & Ada Untuk Mu.. Alih-alih lagu lain plak yang ke Final.. cuma dua je tekaan aku yang betul iaitu Lagu Kita & Sampai Syurga..
Senarai lagu yang dapat gi ke Final Juara Lagu
1. Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan/Ayu)
2. Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)
3. Bila Nak Saksi (Tam/Loloq/Spider)
4. Lagu Kita (Aizat/Aizat/Aizat)
5. Coba (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)
Taniah kepada peserta yang melayakkan diri ke Final Juara Lagu.. Huhuhuh korang hebatt!!.. Tatao ler, walaupun ade 2-3 lagu yang aku rasa tak best.. tapi tetap gak ke final.. Dah juri professional yang tentukan kan.. takkan aku nak bangun nak membantah.. maybe lagu tu kuat dari segi lirik & melodi nya.. So kena lah terima kenyataanya.. Tah ler aku tak pakar tang tu.. Bagi aku kalu telinga ni kata sedap.. sedap la lagu tu.. dan akan aku sentiasa mendengar nye.. hehe..






Kenapeeeeeeeee kenapeeeeeeeeee bob tak masuk????! Tetiap hari pon aku bukak lagu neh hokeeee. Aku suker part meremang2 backup dier hoke!!! (baru pas tgk youtube)
Aku meremangggggg. Ko bayangkan kalo dier dapat masuk final. Harus dier bawak koir kebangsaan angin terbang-terbang hokee. Ish tak aci.
P/s: bukan sore itik la..angsa…Nubhan dulu selalu kena kutuk bab tu dulu…bagus2 dah ader improvement!
Kak Ziana pon kalah ngan Spider nih ape citerrr. Harus lepas ni banyak spekulasi.
Aku tak kira. Ziana ngan bob kena masuk pentas rampas mic.
P/s 2: Aku setuju yang Ayu nyanyi sekat-sekat. Naper ehhh
Arghhhhhh aku bosan. Apa nak jadi ngan juara lagu inehh
P/s 3: mrasa terpanjang plak komen. Kenalah ikut panjang entri blog neh kan. Aper over-over?! Suketik aku la nak komen pepanjang.
Eh maner Bayan eh? mrasa.
scorchys smash: Tataoo tataoo aku bukan juri pro.. aku hanya penonton yang berselindung di antara kepala kepala penonton yang lain sajaokk.. Dah dah ko jgn nak meroyan lelebih.. aku dah cukup meroyan dah masa dia kasi result.. Mak Bayan tatao ler dah pergi mana.. lama dia tak ngomen di sini.. heheh dah jumpa blog lagi best kott…
update : wah Ziana merampas Micccccccccc di FINAL. Mrasa.
scorchys smash: Tu diaaaa…. Jangkaan Abah sungguh tepatt.. akhirnya hakak Ziana dapat merampas mic di Final Juara Lagu.. tepuk tepukk tepukk… suka la tu Nethh…
hai, tompang tanya.
camera apakah yang awak gunakan untuk memetik gambo2 semasa persembahan peringkat separuh akhir muzik2.
gambo2 dia, berkualiti betol
boleh tak bilang model camera tersebut?
terima kasih
scorchys smash: Kemera yang digunakan Nikon D80 bersama lens kit 18-135mm.. Best kan kemera ni.. ahaks..
wahhh…. go faizal… rampas takhta okey… hehee
scorchys smash: wahhhh ade sorang lagi peminat setia Faizall Tahir… hehehhe…