Archive

Archive for December, 2008

Mengimbas Gunung Rajah 2006

December 5th, 2008 scorchys 4 comments

rajah

Dok godek godek pc opis ni ha tertiba terbukak plak gambar masa pergi Gunung Rajah di Bentong tahun 2006. Masa ni aku baru berjinak jinak balik dengan xtvt memanjat.. yer la masa ni kira dah stabil skit dari segi kewangan.. hehe Ni pun 1st time aku join bebudak yang tak dikenali.. Kira selamba je follow diorang ni.. So aku nak sumbatkan gegambar kat dalam blog aku ni.. lalalalla suka ati aku la kann.. kann kann…

Gunung Rajah 2006

Senarai nama bebudak yang menjayakan XPDC ni

1. Arif 2. Sid 3. Ayen 4. Arwah Palie 5. Bob 6. Lapore 7. Hamdi 8. Qem 9. Kamil 10. Wawa 11. Nizam 12. Azira 13. Wan scorchys 14. Awe ORGU

Guide: Rob & Pur & Kak Lin (boleh la masukkan dlm guide gak eh)

p/s: Jika ada nama yang tertinggal.. sila ingatkan aku.. ini cerita 2 tahun lepas.. sudah lite lite lupa laa….

Gunung Rajah 2006

Gunung Rajah 2006

Gunung Rajah 2006

Gunung Rajah 2006

Gunung Rajah 2006

Hari Pertama
0900 – 1300 A.T Chamang ke Lata Naning
1600 – 1700 Lata Naning ke Kem Batu Hijau
1830 – 1930 Kem Batu Hijau ke Permatang Guntung
2030 – 2100 Permatang Guntung ke LWP
2130 – 2215 LWP ke Peak

Hari Kedua
1330 – 1415 Peak ke Permatang Guntung
1430 – 1515 Permatang Guntung ke Kem Batu Hijau
1530 – 1615 Kem Batu Hijau ke Lata Naning

Hari Kedua
1330 – 1715 Lata Naning ke A.T Chamang

Gunung Rajah, Bentong, Pahang merupakan antara gunung yang mempunyai pemandangan yang menarik seluas 360°. Terletak di Bentong, Pahang yang dapat menyaksikan panorama indah di sekitarnya. Dari puncaknya dari belah timur kita boleh melihat pekan Bentung.. Manakala di belah baratnye pula kita boleh melihat Empangan Kuala Kubu Baru.. Kiranya puncak Gunung Rajah ni kira sempadan antara negeri Pahang dan Selangor.. View dia mmg superb.. Sebelah malam jika cuaca baik, dengan terangnya kita boleh melihat view Genting Highland.

Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro