Beb!! Aku Dah Tak Larat
Erm.. tak tahu nak start dengan apa untuk entry ni.. Selepas pulang dari bercuti tarak budjet, terasa macam nak tulis sesuatu.. Tapi masih tiada mood.. Sekarang ni masih melekat lagi mood bercuti.. Walaupun budjet yang dibawa ke Phuket ala ciput, tapi alhamdulilah masih cukup lagi berbelanja disana dan masih ade lebihan wang yang aku bawa pulang (tapi dalam matawang Bath laaa.. heheh)
Selepas 2 hari pulang otak ni masih teringat² tentang percutian itu.. Banyak juga mende ter-miss, tak pergi, tak melawat dan tak menjenguk.. Takpe la lain kali saja.. Aku tatao la mambang mana merasuk aku sehingga aku rasa macam mahu kembali ke Phuket untuk kali ke-2.. Betul juga member² aku cakap, bila kesana pasti mahu lagi ke sana.. Selama 4 hari seperti tidak cukup bersama member² SII yang lain.. Terima kasih kepada Cik Wida & Abang Malik (abang ke.??) yang menjadi tour guide/jurucakap kami di sana.. Memang bertuah bawak Cik Wida ni.. Benda mahal terus jadi murah² belaka.. Sekali dia cakap dalam bahasa Thai terus harga turun sebanyak 70%.. perghh kau hebatt.. Macam tu aku pun nak belajar bahasa Thai niii.. hehehhe.. Untuk Abang Malik.. Thanks la bebanyak bawak kitaorang ni jenjalan pusing satu Phuket.. Memang best, lelebih lagi view & makanan di sana.. perghhh superbb!!
Erm.. aku nak stop cerita pasal percutian Phuket ini.. jika hendak tahu kesah kami disana.. rerajin la melawat blog Abah @ skolblog.com, Abah menceritakan secara detail di sana.. aku punya entry..?? malas aku nak menaip.. Tunggu je la koleksi gambar aku menyusul nanti k!
Sebenarnya hari ini aku nak menceritakan sebuah kesah “Hati ini siapa yang tahu”.. (Panjang betul mukadimah nye..) Ya siapa yang tahu tentang hati ini jika aku tidak menceritakan/memberitahu apa yang terkandung di dalam hati.. Aku sedih, gembira, marah, runsing atau risau siapa yang tahu.. hanya Tuhan sahaja yang tahu kebahagian dan kesakitan hati ini.. Erm.. Aku tak tahu macam mana nak meluahkan apa yang terkandung di dalam hati aku sekarang.. Tetapi apa yang aku boleh kasi tahu, aku dalam keadaan tertekan.. Mungkin jika tengok dari air muka aku, aku nampak seperti biasa sahaja.. tutur & cara seperti orang yang tiada masalah.. seperti orang yang sentiasa happy.. Tapi hakikatnye sedih dan peritt.. Diri ini sahaja yang tahu.. Wah!! tere betul aku berlakon kan..?? hebatt.. kasi tepuk sikit.. bersedia nak ambik award nanti dalam katagori “Pelakon Terbaru Pendatang Haram Terbaik”
Kita layan lagu & lirik ni dulu nanti aku sambung cerita lagi..
Bau – Warkah (OST Sindarela)
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cintaDiriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasaWarkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap dirikuTapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada
Lagu di atas adalah lagu soundtrack dari drama bersiri Sindarela.. Cerita yang aku selalu layan setiap hari Selasa.. Sejak pindah rumah baru ni, aku selalu layan TV3.. Astro tarak, internet pun tarak.. So nak taknak layan je la TV free tuu.. Layan siot cerita ni.. Lawak, sedih, pilu semua ada.. Rugi woo tak tengok.. Ers.. tersasul jauh pulak.. Meh sambung cerita emo aku balik
Adakah ego aku terlampau tinggi sehingga aku tidak meluahkan atau menceritakan perasaan marah/sedih aku kepada kengkawan aku..? ehh jap.. adakah diorang sama seperti aku (mungkin terlalu sensitif untuk diceritakan) kehidupan aku lain sedikit dari mereka-mereka di luar sana.. Jika diceritakan pun tiada penyelesaian dan mereka tidak akan faham.. So bagi aku baik aku selesaikan sendiri daripada menceritakan kepada kengkawan yang lain.. Biarlah di luar sana aku seperti biasa, seperti tiada sebarang masalah menimpa aku.. Biarlah malam aku bersedih dan siang aku bergembira.. gembira melihat matahari menyinar.. ya aku gembira sekarang.. tapi nanti malam.?? ermmm..
Sekarang ini aku rasa aku kembali seperti 3 tahun lepas.. Mungkin selepas ini tiada lagi peraturan² yang kadangkala merimaskan diri aku.. Aku sudah bebas untuk melakukan apa sahaja.. Walaupun aku dah biasa dengan peraturan² itu, aku tetap mengharapkan sesuatu yang adil.. Ya!! aku mengharapkan sesuatu yang adil.. adil bagi aku dan semua orang.. Itu la permintaan aku sekarang.. Selama ini aku tidak pandai untuk memberontak.. dan sekarang aku akan memberontak untuk kebahagian diri aku sendiri dan bukan untuk mejaga hati orang lain semata mata.. Jika melihat perubahan yang ketara di dalam hati dan diri aku, jangan di salahkan aku.. cuba tanya diri tu sendiri.. Adakah kau adil dengan aku.. Jika tidak, aku akan lakukan seperti itu jua, sebagaimana kau menyakiti perasaan aku.. mari kita sama sama menjadi orang yang mementingkan diri sendiri dan merasa keperitan itu bersama.. adil bukan.? rasaii bila kepala memasing kena pijak!! baru terasa adil..
Bak kata orang.. hidup bagaikan roda.. memang dah biasa kita dengar bukan.. kejap diatas besok besok kita dibawah.. so aku redha sahaja.. nak taknak tetap kena teruskan kehidupan ini.. Akan aku lalui seperti hari hari semalam.. malah dengan lebih baik lagi.. Perubahan pada diri aku jangan di persoalkan lagi.. Ini berpunca dari sikap kau yang tidak adil dan jujur terhadap aku.. Beb, aku pun seorang manusia biasa juga mempuyai hati dan perasaan yang perlu dijaga dan hati ini bukan untuk dipermainkan…
Oh..! Beb aku dah tak larat.. aku akan berubah.. anggap lah ini sebagai satu luahan nukilan hati atau warkah untuk kamu wahai sahabat..
p/s: aku emo hari ni, besok-besok aku ceria balik
aku rindu Phuket.. Sawadee


Ehh.. aku terasa kepoyoan entry nihh.. tertiba smash diri sendiri… ahaks..
Jarang sekali kita nampak akan kemurungan dari wajah budak kecik ni. Memang betul hati orang siapa yang tahu *pengaruh drama banyak sangat.
Sepandai mana pon kita berlakon, kita masih tidak dapat menipu perasaan sendiri kan..?
Aku harap walau apa pon masalah yang ko hadapi, cuba untuk dibawa berbincang. Jangan jadikan masalah itu yang akhirnya akan menuju ke arah penyelesaian yang sia-sia (pergh ayat)
Berfikir sebelum bertindak dan aku sangat bersetuju yang kadang kala kita harus bersikap pentingkan diri sendiri. Asyik nak jaga hati orang lain sahaja…diri sendiri terluka *matila pantun
Wan, aku ada, kami ada. Got problem, boleh jer disharekan *ampun dewan bahasa.
scorchys smash: Abah ayat ko yang part ni “Aku harap walau apa pon masalah yang ko hadapi, cuba untuk dibawa berbincang. Jangan jadikan masalah itu yang akhirnya akan menuju ke arah penyelesaian yang sia-sia” macam tak leh blahh le pulakk ayat nihh nak tersembur aku baca ayat ko nihh.. hehhe tapi ada betulnye.. Aku kena wat keputusan yang betul² boleh memuaskan diri aku.. Malas dah nak fikir/jaga hati orang lain.. baik jaga hati sendiri.. lagi bestt.. Hiks!