Hati berbunga²
Kejadian minggu lepas, selepas menukar 2 ketul tayar.. Aku bersama ♥♥♥♥ ke suatu gerai di tepi jalan untuk mengisi perut di waktu petang.. lalu mengambil order dari seorang makcik ni…
Al kesah bermula…
Makcik Order: Makan apa dik
Aku: Ada makan apa kat sini.?? (1st time try)
Makcik Order: Errrr.. Laksa ada, Mee Rebus ada, goreng-goreng pun ada..
Aku: Ehh nak Mee Rebus lahh.. Minum nak air milo panas..
Makcik Order: Kamu (sambil memandang ♥♥♥♥)
♥♥♥♥: Erm.. nak makan apa erkk..?? Nak makan sama dia jugak la.. (sambil tunjuk kat aku)
Makcik Order: Minum.??
♥♥♥♥: Ermm… sama macam dia juga (sekali lagi dia tunjuk kat aku)
Dengan muka selamba makcik tu menjawab
Makcik Order: Memang sehati sejiwa la korang…
Tarsedak aku bila makcik tu mengeluarkan stetment sebegituu… Aku ngan ♥♥♥♥ hanya mampu tersengih jer.. Tapi kat dalam hati ini, bertapa berbunganya bila dengar makcik tu punya stetment.. hehhe.. jap nak pasang kepak.. rasa macam nak terbang…
Dah start dah perasan sensorang… Maka hari itu aku mampu tersenyum puas kembali.. hehehe..
p/s: next day aku pergi ke gerai tu lagi.. sesampai je.. macam tak wujud pulak gerai tuu… ajaib sungguh.. lalu singgah di gerai lain.. pekena laksa yang rasa kuahnya macam air laut.. hehe..



















































