Kena tag ngan Chris pulak.. takpe bebosan aku buat.. heheh
7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
Ni macam pernah buat jer… click sini [^]
Kalau malas nak click aku tolong copy & paste kan..
1. Pernah berjalan kaki dari Bukit Jalil sehingga ke Port Dickson.. ini bukan kerja gila.. tapi suka suka.. perjalanan yang amat meletihkan, tapi menyeronokan.. lelagi cabaran berjalan dalam hujan.. memori daun pisang sangatt..
2. Perokok tegar yang pantang dihulurkan apa jenis rokok.. rokok daun, rokok indon & rokok hidup.. ops!! Berusaha mencari & mengumpul duit syiling bila ketandusan wang kertas untuk membeli sekotak rokok..
3. Mempunyai nafsu makan yang membuak² dan mempunyai sistem metabolisma yang agak tinggi.. maka tak heranlah kalau korang tengok aku makan bagai nak rak.. macam orang bela hantu raya.. tapi bila tengok badan maintain slim je dan mempunyai berat badan yang tidak menentu..
4. Kaki bangku sejak dari azali lagi.. so pepaham je la erk.. jgn memandai nak ajak aku main futsal ke bola ke atau tengok bola kat mapley.. tapi aku boleh main sukan yang menggunakan tangan.. macam volleyball & pingpong dan mampu menahan mata menonton sukan tenis secara live di ESPN..
5. Berminat dengan motor besar.. tapi sedih.. aku takde lesen motor.. malah tidak reti menunggang motor, walaupun motor kapcai.. maka biarlah aku memandu motorkar bertayar empat daripada menungang motor yang bertayar dua..
6. Aku lebih meminati pulau dari memanjat gunung, walau hakikatnya aku lebih banyak panjat gunung dari melawat pulau.. dan aku lebih berminat jika pulau itu mempunyai gunung. ohh yeehh Filipina dan Indonesia.. aku akan serbu dua negara ini..
7. Bila berfikir aku akan banyak pandang ke atas.. memandang ke siling² untuk mencari idea, sehinggalah aku tertekan yang membuatkan susutnilai nikotin di dalam badan dan lantas aku menyalakan rokok untuk mengimbangkan nikotin yang tersedia ada.. dan selepas itu.. “Tingg!!” aku dah dapat idea yang aku nak.. hahaha..
7 THINGS THAT SCARE ME:
1. Segala semua cerita hantu.. Aku tak suka tengok citer hantu.. tapi kengkadang aku tengok jugak.. pasal orang dah belanja hehehhehe..
2. Melintas sungai yang airnye agak deras.. lepas tu kalau ade titi pun macam tak comfident jer nak lintas.. tapi biasanya aku cekalkan diri gak melintas.. takut kena tinggal punya pasall.. redahhh jeerrr..!!
3. Bila drive kereta tertiba ade bunyi yang agak misteri.. padahal cuma bunyi brake pad kereta jer… tapi aku dah fikir yang bukan².. tayar kereta tercabut la.. cover rim terbang lahh… memacam lagi lahh…
4. Area kawasan gelap Kuala Lumpur : Central Market, Chow Kit Road dan memana lorong yang gelap.. AWAS ya!! pakar kaki pau makin ramai di Kuala Lumpur ni.. fobia ok walaupun aku dirompak sebanyak 5 hengget.. menci taoo itu mat pau..
5. Bila naik atas stage.. tertiba aku jadi gemuruh.. ade tips tak nak elakkan gemuruh atas stage erk.?
6. Drive masa hujan lebat sampai tak nampak kereta kat depan.. pastu siap guruh bagaii… lelagi jalan kat sg besi tu selalu banjirr.. ayooo tatutnye kalu lintas banjir tu tertiba enjin matii..
7. Takut ngan suara tinggi key C mak aku.. hehhehe dulu kalo dia menjerit panggil nama aku.. memang ketak lutut lerr.. tu blom lagi dia membebel lagii.. tapi aku paham perasaan emak aku.. kalau dah aku wat silap, comfirm la dia naik angin kan.. Tapi mak aku selalu pesan.. yang paling kita perlu takut ialah dengan Allah S.W.T bukan dengan benda² nyata kat dunia ni.. erm..
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
1. Love Song – Sara Bareilles – rasa fun jer dengar sambil goyang² kepala
2. Side Effects – Mariah Carey – wooo suka suka dan sangat suka…
3. Eyes On Me – Celine Dion – comfirm tercampak shakira
4. Ooh Ooh Baby – Britney Spears – kasi henjut² ahaks.. love dia nye bit..
5. Billie Jean – David Cook – Tak banyak cakap.. comfirm dia menang AI.. ahaks matilahhhh wat keputusan sendiri..
6. Get Happy – Farah Asyikin – tatao looo catchy giler lagu ni.. ilang tension
7. Friday Night – Lilly Allen – lagu stone.. ahaks.. fly fly flyyyyy…..
7 THINGS I SAY THE MOST:
1. matilahhhh – syndrom ni datang dari Abah
2. mengantuk lah sundelzz – syndrom ni datang bila takde keja kat opis
3. cacat doh – syndrom ni datang dari ketidakpuasan mata ini melihat sesuatu benda
4. menci menci menci – syndrom bila tak suka sesuatu
5. pergghh superbb – syndrom apabila terpegun melihat sesuatu keindahah/kecantikan
6. hello – automatik bila jawab phone
7. baik, sangat baik, YES!! – wakakkakak tatao dah jadi habit..
7 THINGS I TREASURE THE MOST:
1. Cabel USB – belambak cabel USB kat rumah aku.. pening nak cari..
2. Sarapan Pagi – selalu buat eksperiment sarapan apa paling best
3. Geng Budak Jahat – Diorang takde kat opis leh mendung cuaca di sekeliling aku..
4. Duit – Org cakap “Duit bukanlah segalanya”.. Oh maybe dia dari keluarga yang kaya.. bleh ar cakap mcm tu..
5. Skill – apa² jenis skill je laa.. mengikut kehinginan pada sesuatu masa..
6. Gambar – ada penyakit yang suka tengok gambar..
7. MP3/Movie/Drama Siri – mencari cerita/lagu baru yang boleh menceriakan hidup aku..
7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
1. Mula boleh berjalan masa aku berumur tah berapa tahun entah..
2. Mula boleh melompat masa aku berumur tah berapa tahun entah..
3. Pandai membaca masa di darjah satu
4. Pandai menulis masa di darjah satu
5. Pandai mencarut kat orang.. sambil tunjuk f#c* masa sekolah rendahh.. wawawawa
6. Pandai gi clubing masa baru abis SPM.. ayoo..
7. Pandai menulis blog sejak bukak blog sendiri
p/s: tah ape² entah..
7 PEOPLE I TAG:
7 orang yang memula membuka blog ini.. anda disumpah untuk membuat tag ini.. hehhe.. ini bermakna sesiapa pun rerasa nak buat, bleh ler buat.. tiada paksaan, sumpahan hanya sementara sahaja.. sekian terima kasih..
Ok tamat dah Tag untuk kali ini.. hehehe mcm biasa aku sumbat gambar lagi..
