Kejohanan Volleyball Planet YM 2008
Perghh 2-3 minggu ni xtvt aku agak penuh pulak.. sebab tu terajin plak nak update blog.. banyak sangat xtvt yang aku follow.. hehhe.. Kali ni aku dipaksa oleh Abe Joe untuk mengjoinkan diri didalam Kejohanan Volleyball Planet YM 08 untuk kali ke-4.. Walaupun sekian lama aku tak main volleyball ni, aku tetap support xtvt diorang seperti tahun² yang lepas.. Ingat tahun ni nak mengundurkan diri dari terlibat sebagai pemain.. tetapi Abe Joe sudah pun registerkan untuk aku sebagai pemainn.. warghh matilahh… skill tarakk..
Kejohanan ini berlangsing di Dewan Bola Tampar, Sec 19 Shah Alam.. Memang setiap tahun diorang akan mengadakan kejohanan ini di sana.. Aku agak teruja gak ler.. mana taknye.. ramai member² lama turut serta dalam kejohanan ini.. termasuk juga member² baru yang best² belaka.. Kali ini terdapat 7 team yang bertanding iaitu:
1. Sin Chan (merah)
2. Naruto (oren)
3. Doremon (hitam)
4. Dragon Ball (putih)
5. Sailormoon (pink)
6. Pokemon (biru)
7. Digimon (kuning)
Tahun ni ada kelainan sikit cara pengadilannya.. point diberikan setiap kemenangan di dalam 1 game.. maka kalau seri dapatlah 1-1 point.. korang faham tak.?? heheh sebenarnya aku pun tatao macam mana nak terangkan.. takpe abaikann.. Memana team yang mendapat mata 21 dulu, team tu lah yang menang.. tak paham.?? takpe abaikan lagi.. dan memana team yang mendepat point yang tinggi akan dibawak ke peringkat semi-final.. tapi disebabkan kesuntukan mata.. gogonizer menukar cara pemarkahan dengan mengira setiap mata terkupul di setiap perlawanan.. kalau tak paham gak, abaikan lagii.. kalau sesiapa gogonizer yang terbaca blog aku ni.. jika aku membuat kesilapan sila perbetulkan ye..!! yang penting keseronokan bersama² memukul bola.. kalah atau menang tolak tepi.. play for fun je.. tul tak..?? hehhee.. ayo pening..
Meh layan gambar plak.. hiks..








Maaf ler kalu tak puas tengok gegambar.. mcm biasa banyak yang hancus.. ahaks.. dalam keadaan dalam dewan dan tanpa speedlight mungkin menyebabkan banyak pic menjadi ala² teknik penning @ pening.. walau dah dinaikan ISOnye ke 1600..

Pada malam itu team Sin Chan dinobatkan sebagai juara.. ok lerr.. team tu banyak pemain evergreen seperti Abe Joe, Is & Sally ahaks.. pemain² nyer yang lain pun hebat² belaka.. Takpe tahun ni biarlah kasi diorang menang.. dah lama dah diorang mengharapkan menjadi juara.. takpe takpe kasi je takut kempunan nanti kang.. hehhe AWAS ye tahun depan..
Team aku tahun ni berada di tangga ke 2nd last.. wakkakaka.. matilah tahun ni tak dapat membuat rekod lagi seperti tahun² lepas.. Selama ni 3 tahun berturut aku berada di team yang dinobatkan sebagai juara.. (sebab tu tahun ni kalo boleh tak nak join, takut jatuh tahta).. Tapi takpe laa.. janji aku seronok bermain walaupun aku sebagai pemain simpanan.. hiks..
Tapi selepas join tournament nihh.. terasa macam nak active balik jer main volleyball.. terasa keseronokan yang ada.. tapi tengok lah macam mana.. kalu rasa tak busy sangat kat opis, boleh ler aku join.. AWAS yer semuaa.. aku berlatih balik dan akan merampas balik title juara itu tahun depan..!! hehhehehheh…


awat gambar ko cantik, gambar aku macam haramja.
eh, kamera besar tu kalau for beginners berapa ringgit nak ada ek?
scorchys smash: erm.. gambar mcm ni bukan ler terbaik.. tapi disebabkan tiada speedlight terpaksalah saya menaikan ISO kemera kepada yang lebih tinggi (1600) untuk mendapatkan dedahan cahaya yang lebih besar (betul ke stetment ni, goreng je lahh), kalau hakak bercita² nak beli sebiji DSLR, RM2500 nak kena ada kat tangan.. kalu takde.. swipe CC pun bole.. saya cadangkan D40x untuk beginners yang baru nak mencuba mengunak DSLR.
Abang gambar kedua ngan ketujuh sangat candiew. Urgh. Kem salams bro.
scorchys smash: Oh sungguh pandai kamu memilih ye En. Lomo.. pilihan kamu sungguh tepat.. insyallah saye akan menyampaikan salam kepada mereka yee!!.. (asal aku skima sangat ni)