Hahahahah… takde keja.. godek² internet.. terjumpa plak mende ni.. suka² buat.. takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah mati.. try je.. selamat mencuba.. ahaks

Hik cam mane ni nyeh.?? Aku 43% je gay.. Aku dah wat soalan tu dengan sehabis baik.. semua berkenaan dengan diri aku.. dan aku buat secara jujurr.. hahhha matilahh.. Kalau korang nak try click kat link nih >> channel4.com.. Ok ni maybe website community gay.. aku tak godek abis pun.. hiks.. ya ampun.. matilah pecah lobang…
Dah dah,, kalu mls nak layan mende tu.. meh layan gambar ni jee… lalallallalllallaaaaa…. *tgh sangap

Gerakan mencari mangsa keretapi terjunam diteruskan
10/04/2008 12:40pm
TENOM 10 April – Gerakan mencari mangsa keretapi yang terjunam ke dalam Sungai Padas, dekat sini, petang semalam diteruskan pada pukul 6 pagi ini dengan melibatkan 13 anggota bomba.
Timbalan Pengarah Bomba Sabah, Norhisham Mohammad berkata, sehingga pukul 10.30 pagi ini, pihaknya masih tidak menjumpai mangsa baru dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan.
Kata beliau, pihaknya tidak pasti masih ada atau tidak mangsa yang terperangkap dalam gerabak keretapi itu yang panjangnya kira-kira 80 meter serta mempunyai tiga gerabak.
Menurutnya, gerabak pertama tenggelam ke dalam sungai itu yang dalamnya kira-kira 6 meter manakala gerabak kedua separuh tenggelam dan gerabak ketiga hanya tersangkut di tebing sungai itu.
Laporan dari Utusan Online dan Berita Harian Online
Erm.. Aku pernah naik keretapi ini untuk ke Kg. Rayoh tahun lepas.. [^] Masa dlm keretapi tersebut aku pun duk terfikir.. kalau lah keretapi ini tergelincir.. harus maut aku.. mana taknya.. jarak landasan dengan tebing sungai tersangatlah dekat.. tu belum lagi tebing² yang terhakis dengan teruk.. memang mengerikan.. Arus Sg. Padas teramatlah deras dengan warna kuning membawa tanah hakisan.. Sg. Padas terkenal dengan sukan water rafting yang dikatagorikan rapid grad 3-4 kira katagori amat mencabar.. Ramai warga asing dan tempatan yang menjadikan xtvt rafting di sini sebagai xtvt riadah mereka sementara mereka melancong di Sabah dan mereka akan mengunakan keretapi ini untuk sampai ke Starting Point.
Dan hari ini aku mendengar berita ini.. Tak sangka apa yang aku fikirkan itu, berlaku pada hari ini.. Gerakkan mencari mangsa masih dijalankan.. Tak tahu pula jumlah kesemua mangsa.. rasanya mcm ramai, kerana itu lah saja pengankutan yang menhubungkan kawasan pendalaman dengan pekan Beauford.. agak mustahil untuk mencari kesemua mangsa memandangkan arus sungai yang deras serta air yang kekuningan..
Salam takziah kepada keluarga mangsa..