Tag: 8 random facts about myself
March 5th, 2008
11 comments
Aku dah di Tag oleh Cik Fa secara tertiba.. disebabkan hari ni aku kesangapan tatao nak buat apa.. maka aku dengan free-nye menyenaraikan “8 random facts about myself”. Dan syaratnye selepas tu aku kena senaraikan 8 lagi mangsa yang aku kena Tag.. apa ayat aku ni.?? sendiri tulis, sendiri pening.. erghh korang pepaham sendiri la…
1. Pernah berjalan kaki dari Bukit Jalil sehingga ke Port Dickson.. ini bukan kerja gila.. tapi suka suka.. perjalanan yang amat meletihkan, tapi menyeronokan.. lelagi cabaran berjalan dalam hujan.. memori daun pisang sangatt..
2. Perokok tegar yang pantang dihulurkan apa jenis rokok.. rokok daun, rokok indon & rokok hidup.. ops!! Berusaha mencari & mengumpul duit syiling bila ketandusan wang kertas untuk membeli sekotak rokok..
3. Mempunyai nafsu makan yang membuak² dan mempunyai sistem metabolisma yang agak tinggi.. maka tak heranlah kalau korang tengok aku makan bagai nak rak.. macam orang bela hantu raya.. tapi bila tengok badan maintain slim je dan mempunyai berat badan yang tidak menentu..
4. Kaki bangku sejak dari azali lagi.. so pepaham je la erk.. jgn memandai nak ajak aku main futsal ke bola ke atau tengok bola kat mapley.. tapi aku boleh main sukan yang menggunakan tangan.. macam volleyball & pingpong dan mampu menahan mata menonton sukan tenis secara live di ESPN..
5. Aku adalah salah sorang sukarelawan untuk Sukan Komenwel 1998 yang terkinja² & tergedik² menari semasa upacara pembukaan & penutup sukan tersebut.. matilah worldwide hokeyy tengok kitaorang terkinja².. tapi satu pengalaman yang menarik..
6. Berminat dengan motor besar.. tapi sedih.. aku takde lesen motor.. malah tidak reti menunggang motor, walaupun motor kapcai.. maka biarlah aku memandu motorkar bertayar empat daripada menungang motor yang bertayar dua..
7. Aku lebih meminati pulau dari memanjat gunung, walau hakikatnya aku lebih banyak panjat gunung dari melawat pulau.. dan aku lebih berminat jika pulau itu mempunyai gunung. ohh yeehh Filipina dan Indonesia.. aku akan serbu dua negara ini..
8. Bila berfikir aku akan banyak pandang ke atas.. memandang ke siling² untuk mencari idea, sehinggalah aku tertekan yang membuatkan susutnilai nikotin di dalam badan dan lantas aku menyalakan rokok untuk mengimbangkan nikotin yang tersedia ada.. dan selepas itu.. “Tingg!!” aku dah dapat idea yang aku nak.. hahaha..
So.. next bebudak yang aku akan Tag ialah hhahah kesemua Geng Bebudak Jahat.. Cik Na, Abah, Chris & Wida.. Yang lagi 4 erm.. tak kesah le sesapa pun yang rerasa blom buat Tag bertajuk di atas atau reringan tangan nak buat.. saje sesuka hokeyy.. bila dah sesuka maka jom layan gambar dibawah ni pulak..

Seri Wawasan Bridge in Putrajaya. This futuristic cable-stayed bridge which has a sail ship appearance, connects Precinct 2 on the Core Island to the residential area of Precinct 8.
Categories: Uncategorized
