Archive

Archive for March, 2008

Aku Rindu

March 13th, 2008 admin 3 comments

Tertiba…

Aku Rindu DSLR – nak pegang kemera DSLR.. rindu dengan kamera lama aku yang sekarang bukan hak milik kekal aku lagi dah.. huk huk.. rindu nak outing sesama kengkawan sekemera.. huh manyak rinduu woo…

Aku Rindu Memanjat – rindu dengan aroma hutan.. rindu dengan bunyi-bunyian rimba.. rindu dengan bunyi desiran sungai.. rindu dengan telatah kengkawan.. rindu dengan kejayaan sampai ke puncak.. huh manyak rindu woo..

Erm.. tapi takpe la.. sabar jer dulu.. macam biasa.. “kayuh pelan-pelan”, “tak lari gunung dikejar” menyedapkan hati je ni.. tapi hakikatnye aku teramat rindu dengan dua perkara ini.. dan dan.. meh layan pic ni pulak…

Buat light trail semasa diambang kesangapan..
.
Categories: Uncategorized Tags:

Tag: 5 my favourite links

March 6th, 2008 admin 6 comments

Lagi sekali terrkena Tag dengan Cik Fa.. nasib baik seronok buat mende ni time tengah² sangap takde wat ape kat opis nii.. so syaratnye adalah seperti di bawah ini..

1. list 5 or 50 of your favourite links.
2. tag another 5 or 50 other people. and inform them.

www.flickr.com

Aku adalah pengguna “pro” flickr *ini bukan bermaksud aku pro-photographer, aku bayar taoo utk sumbatkan gegambar aku yang tak seberapa ini.. sekadar suka² dan cuba mencari kehidupan dari mencaci orang lain.. *mengerti.? boleh dikatakan hari² aku membuka flickr ni.. kengkadang mencari maklumat pun aku gunakan flickr daripada mengunakan wikipedia yang aku masih sangsi kesahihannya.. sehingga lah menyebabkan aku addicted terhadap flickr.. Terdapat beberapa member yang gegambar mereka menjadi inspirasi aku, yang membuatkan aku menjadi separuh gila melihat cara pengolahan diorang.. erghh.. nway ada juga gambar bugel² sebagai pencuci mata :D heheheh..

www.gunungonline.com/forum

Hobi masa lapang aku bila cuti panjang ialah memanjat gunung.. dan aku puas bila sampai ke puncaknya.. dan salah satu cara mencari kehidupan diluar daripada aku mencaci orang tak tentu pasal.. dan tak bermaksud aku memanjat gunung, aku adalah orang asli Amazon.. Oh terpesong plak cerita.. gunungonline.com adalah link fav yang selalu aku bukak.. disini terdapat banyak maklumat berkenaan gunung² di Malaysia.. Disini juga bermulanya aku mengenali rakan² sepergunungan *mereka juga bukan orang asli Amazon yang lain dari seluruh pelusuk Malaysia ini. Tetapi sekarang aku hanyalah silent reades di dalam gunungonline.com ni..

www.watch-movies.net

Aku bukanlah seorang kaki wayang.. Maybe sebulan sekali je aku menonton wayang.. itu pun jika ada movie yang bebetul menarik minat aku untuk menontonya.. So di watch-movie.net ni lah tempat aku mencari balik movie² yang direkaman kan oleh kengkawan.. Tetapi ianya memerlukan kelajuan internet yang max untuk menonton movie melalui laman web ini.. Jika tidak anda akan berasa seperti hendak menendang² monitor anda semasa proses stremming.. sesungguhnya aku tiada masa untuk mencari atau membeli DVD di pasar² malam atau di shoping mall.. Oh ya.. mari kita sama² mencari kehidupan!! < tertiba smash sape entahh

www.gmail.com

Oh yer salah satu cara aku berkomunikasi dengan member² aku di luar sana.. non-boley pakai YM atau MSN atas sebab² dinding api di opis ini, juga mempunyai sebab² lain.. *hanya pakai di rumah bila perlu.. Kebanyakan kengkawan aku (bebudak Or.Gu) memilih medium email sebagai tempat kami berkomunikasi kerana rata² daripada mereka juga mempunyai masalah dinding api yang hebat jua.. Selain itu aku boleh menyimpan informasi² yang mereka emailkan di folder² yang ada.. so lebih mudah dan berkesan dari mengunakan YM atau MSN.. oh ye tidak lupa juga, gmail juga mempunyai gtalk yang lebih sempoii hokkeyy..!!

Link para bloger di sebelah

Link² bloger disebelah adalah link yang selalu aku masuk.. Terutama sekali link Geng Budak Jahat (takdelah jahat mane pun diorang ni). Link² di sebelah mempunyai cerita, lawak jenaka, gambar, idea & informasi yang masih boleh diterima pakai oleh otak aku.. Dan mereka juga mempunyai personaliti atau identiti tersendiri dalam membina laman blog mereka.. Tidak mencedok informasi dan cara penulisan orang lain secara terang², juga tidak mengikut emosi menulis bahasa kesat dan keburukan orang lain dengan menambah rempah ratus & ajinomoto “bacin” untuk menyedapkan jalan cerita.. *memang ada blog mcm ni.. Tapi biarkan lah mereka dengan kehidupan mereka itu..

Oh oke aku dah senaraikan link website yang aku selalu masuk.. maka macam biasa.. aku akan meng-tag kesemua 4 orang Gang Budak Jahat iaitu Cik Na, Abah, Chris & Wida untuk membuat tag seperti ini jua.. yang lagi satu orang tu.. sesiapa pun bleh buat.. Sekian.. jom layan pic kat bawah ni pulak ahaks

Tajuk gambar ni ialah “TV plasma yang besar” hehhe tah apa² entah
.
Categories: Uncategorized Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro