Malas & AYSTA5thG.? < apakah.?
Sekarang ni penyakit lama “kemalasan” aku sudah menjelma.. ya aku semakin malas sekarang ni.. nak wat ape pun malas.. malas, malas dan malas.. so takde citer sangat nak citer.. dan kemalasan untuk mengupdate segala apa aku register di dalam alam cyber ni menjadi terbantut disebabkan aku diselubungi dengan aura “kemalasan”..
Aku start mendapat penyakit malas ni sejak 2 minggu lepas.. bermula dengan nak update blog.. bila je bukak blog terasa macam nak update jer.. tapii bila je login.. trus aku buat mende lain.. Kalau member² ajak keluar.. tak kira ar.. shopping ker, gi makan ke atau gi melepak.. aku akan menolak.. pasal aku malas nak keluar rumah.. malas nak pikir nak pakai baju apa.. apa gila entah sampai mcm tu sekali kemalasan ini bertidak terhadap diri ini..
Tapi semalam aku jadi lain skit.. rajin masak sendiri.. rajin basuh baju.. rajin lipat baju.. rajin sapu sampah.. dan rajin tido.. penat beb.. pepagi dah bangun trus buat mende tu semua.. jadi rajin pun pasal aku rasa rimas tengok segala kekotoran di dalam bilik aku ni.. bagaikan ade kuasa Spawn yang membuatkan aku rajin.. bila terlampau rajin akhirnya aku tertido di petang hari.. dan akibatnya, hari ini aku gi kerja lambat, disebabkan semalam tak bleh tido.. hahahha..
so ini je la yang aku bleh citer.. citer kemalasan yang menyelubungi diri ini.. nak taip ni pun rasa cam malas.. dah dah ape yang aku merepek ni.. meh layan gambar spawn yang kasi kuasa kerajinan semalam..

Tengah dok ngomel² pasal malas.. tertiba Cik Chirs kasi satu link ni.. Korang pernah dengar tak satu rancangan TV “Are You Smarter Than A 5th Grader?” hahha rancangan trivia game yang menarik perhatian seisi bebudak rumah aku yang bijak pandai belaka.. Memang menarik woo rancangan ini.. Diorang kasi soalan bebudak dari 1st grade hingga lah 5th grade.. setiap subjek bebudak kat U.S belajar akan di soalkan kepada peserta.. bunyi macam mudah kan.. hahahha aku mampu gelak jer.. soalan agak tricky hokeyy.. leh tercengang kejap bila dengar soalannye.. hadiah tertinggi berjumlah U.S Dollar 1,000.000.. huhuh banyak tu.. terdapat 10 soalan yang perlu dijawab.. lagi sekali nampak macam mudah, dan sekali lagi aku mampu gelakkan jer… 10 soalan dari berbagai subjek.. kalau org kita mmg agak susah ler nak jawab kan.. ada subjek astronomi.. kita masa sekolah rendah dulu mana ade subjek mcm ni kann… matilahhh…
Nway rancangan ini disiarkan setiap hari Isnin, 10 malam & channel 711 (Starworld) Astro.. Rerajin la tengok.. boleh menguji kebijaksanaan diri kita.. sambil melihat telatah kanak² yang membantu peserta menjawab soalan.. sungguh comel.. tidak percaya..?? tontonlah sendiri.. Memintak ler tak lama lagi ade versi Malaysia punya.. “Adakah anda bijak dari murid Darjah 5″ apa horror sangat dalam bahasa melayu ni.. heheh
Oh, disini juga aku sertakan link game trivia online “Are You Smarter Than A 5th Grader?” yang diberikan oleh Cik Chris.. Cubalah try.. mungkin korang akan ketagih.. hehhehe
Sila klick gambar untuk ke game trivia online “Are You Smarter Than A 5th Grader?” Cuba jangan tak cuba.. cuba jangan tak cuba… lallalalalalla…
Test punya test.. aku dah menang satu juta.. hahah hebat².. leh felling menang, pastu berangan nak beli semua benda… yang best siap kasi certificate lagi yang menunjukan aku dapat menjawab semua soalan.. hhahahha gelak kekwat..


God Of War: Chains of Olympus
Lord Of The Ring: Tactics
Need For Speed: ProStreet..
