Berhari Raya di Yong Yap
Ini pun entry lama yang aku baru nak update.. hahahhaha.. hebat tak.?? hebat kann…
Kali ni punya xpdc pun bukan lah dirancang sangat.. Secara tertiba je plan ni menjadi selepas sekian lama tiada xtvt dari bebudak Or.Gu.. Pergi ni pun semasa 2 minggu selepas bulan Raya.. hahha so still nak buat gak konsep raya di puncak.. hehhe

Kitaorang sampai di Kampung Lasah dalam pukul 5 pagi.. tido dulu dalam kereta.. bangun pagi dalam pukul 7.. Gi park kereta kat depan masjid Kg. Lasah.. Kemas² apa yang patut sementara menunggu hilux untuk mengangkut kitaorang ke Kuala Mu..

Tu dia hakak Idot aka sitisitusanasini, piling² bawak hilux.. hehehe..

Bergambar reramai sebelum merasa keazaban selama 2 jam di dalam hilux..

Salah satu sungai tak tao ler plak nama sungai ni ape..

Permandangan dari atas hilux

Berhenti rehat kejap.. sebelum naik semula hilux.. terjumpa la plak pakcik orang asli ni.. dok bercerita pasal sumpit.. Sumpit ni sebenarnya susah gak nak buat nyer.. buluh yang berada di kawasan tanah tinggi sahaja yang sesuai untuk di buat sumpit.. Pakcik ni kasi tahu lagi.. sekarang ni mmg tak ramai org muda org asli yang pandai menghasilkan sumpit.. Pasal kebanyakkan org muda org asli ni banyak yang berhijrah ke bandar².. So maybe tak lama lagi sumpit akan pupus dalam masyarakat orang asli.. hohoho..

Pakcik ni buat demo cara nak memburu mengunakan sumpit.. yes lakonan cara memburu menggunakan sumpit.. aku tak ingat le plak nama peluru yang digunakan.. (nampak tak kat pinggang dia tu ade apa) tu ler tempat simpannye peluru tu.. lepas tu peluru tu diletakkan racun dari sejenis getah tumbuhan.. nama tumbuhan tu pun aku tak ingat apa.. hahhahaha lupa dahh..

Mbot mencuba try tembak pakai sumpit.. yer anak² beginilah cara yang betul memegang sumpit yer.. Cara mengunakan sumpit ialah letakkan kedua belah tangan di hujung sumpit (seperti gambar di atas)..

Bergambar dulu dengan pakcik nih.. nak meneruskan perjalan ke Kg. Kuala Mu.. matilah naik balik hilux.. merasa la sakit bontot balik..

Selama 2 jam lebih di dalam hilux.. akhirnya baru le sampai ke kampung orang asli Kuala Mu.. Kitaorang disambut dengan anak² Kuala Mu.. Manyak syokk woo, bagaikan kitaorang ni artis disambut oleh mereka.. tapi AWAS.. anda akan di kerumuni oleh anak² Kuala Mu.. Nasib baik aku dah bersiap sedia dengan senjata gula² di dalam poket suar ni.. ahaks

Bag² plastik tu bukan bag diorang shopping kat Kuala Mu yerr.. non ado shopping complex yer kat Kuala Mu nih.. Itu semua adalah barangan berupa pakaian dan makanan untuk disumbangkan kepada orang² asli disini.. harap maklum

Di starting point… Hehe.. berdebar + excited gak masa menuju ke starting point.. 1st sekali nak kena redah sungai Kuala Mu dulu..

Awal² dah nak kena lintas sungai.. Aku ni kalu bab² melintas sungai memang agak gabra sedikit.. tatao le kenapa.. Ada la titian buluh.. tapi mcm tak stabil jer.. nasib baik aku ni rengan jee…

Penangan dari bukit taring yang agak azab.. hari pertama dah memacak.. adehh.. Laluan menyusuri kebun, pokok kelapa sawit dan mencanak.. tapi tak lama pun panjat Bukit Taring ni.. ade la dalam 45minitt.. huhauhaua.. leh tercabut lutut.. awal² dah buat senaman lutut cecah dada..

Benti rehat lagi.. ni maybe kat jalan balak.. sini landai skitt.. tak mencanak macam bukit taring.. so santai je jalan.. tapi awas.. banyak pokok buluh tumbang + banyak lobang² yang tersorok.. silap² leh terjerumus ke dalam lobang tu..

Nampak tak muka aku bintik² tu.. penangan treking time demam.. oh ye aku mmg demam pun time ni.. semua segala jenis ubat aku telan + aku tgh sakit tekak kaw kaw punya.. tapi dah kumur² dengan air garam.. petua dari hakak idotz… thanks hakak

OK ni kat laluan yang banyak binatang liar… taik pak belang memang bersepah sana sini.. kawasan paling banyak mercun di letupkan.. tapi tak larat punya pasal kitaorang selamba je dok melepak kat sini lelama.. Siap leh bantai tido lagi.. hahah..

Hakak Idot tengah layan tido sambil duduk.. jarang sekali orang bleh tido mcm ni.. hehheh hebat² hakak memang hebat tido sambil menyangkong.. Ini semua mesti gara² tak cukup tido.. Aku pun tah berapa juta kali menguap… takpe tido dulu.. nanti sambung jalan balik k.. zzZZZzzZzz….

Masih lagi di laluan tempat segala binatang bersosial… kawasan yang penuh dengan taik pak belang.. Juga kawasan yang kerap kali terserempak dengan ular melintas trek.. Di depan tu ialah puncak Gunung Yong Yap..

Trek dia agak lebar.. bleh main guling² kalau nak.. trek ni akan tembus ke Kem Pondok 1.. tapi awas dengan simpang untuk ke trek pondok 1.. silap² boleh terlepas/terlajak.. hint untuk ke simpang Kem Pondok 1 ialah ade tong minyak kat belah kiri trek.. Masa ni trek tu di selubungi lalang yang agak tinggi.. so kitaorang pun terlajak lerr.. terpaksa la patah balikk… ahakss..

Ni zoom abis niiii… puncak Gunung Yong Yap.. nampak cam dekat je kat.. kitaorang baru kat kakinye.. nak sampai puncak tatao ler berapa lama.. takpe tu besok pagi nyer mission.. ari ni, mission kena sampai ke Kem Pondok 2 dulu..

Nway ni bukan nye Kem Pondok 2.. tapi kawasan khemas sebelum Kem Pondok 2.. Kawasan ni tepinye sungai.. so senang skit nak wat sesi masak memasak.. atau sesi mandi air ais.. kenapa ais erk.?? Pasal sungai kat sini teramatlah sejukk.. aku tak mandi pun.. sekadar basuh muka.. lap² apa yang patut.. tak tahan aku ngan kesejukannyee.. lelagi time demam mcm ni.. bialah busukk.. lantakk arr…

Pernah tak korang bawak batu lesung gi panjat gunung.?? kalau pernah.. tak ke terlondeh bahu korang.?? tertiba soalan trivia… Rerasanya batu lesung ni still ade lagi kat sana.. tak kuasa nak bawak balikk.. kalau nak guna.. carilah sendiri..

Ehh tertiba kat pematang..?? Erm pic dimalam hari tiada yee.. kitaorang tak shoot trus ke puncak.. kitaorang memang suka santai².. Ini ialah hari ke-2.. laluan pematang ni pun sempoii.. leh tarik nafas pakai hidung lagi.. ahaks.. syok syok..

OK ni apa ya anak².?? (bila masa aku ade anak??) Dari kata² en guide kita iaitu en Beckhem.. ini ialah Pakma yang baru nak terkeluarr… aku tatao ler kalau dia propa kann.. aku ilmu alam kureng skitt.. tatao pun pokok Pakma tu mcm mana… hehehhe..

Ye ye panjat lagi.. sebenarnya aku tak ingat ni kat mana… lupa la plakk… tu la lambat lagi tulis pasal entry nii.. ishk banyak plak mende aku dah lupa pasal Gunung Yong Yap nihh.. takpe nanti ai buat research erkk..

Haaa.. ni aku taoo kat mana.. ni la kawasan LOTR (Lord of the ring) kawasan berlumut.. mmg cantik.. area sejuk² kuku..

Abg Ard & Becky di kawasan yang mempunyai view meletup kebabom kecepir… time ni dalam pukul 4 petang kott.. hahahha santai kan kitaorangg…

Aku pun tamau melepaskan peluang di kawasan meletup kebabom kecepir nihh… Abg Ard tetap nak interframe.. hehhe.. tapi sayang.. gambo agak gelap…

Group pertama yang sampai ke puncak.. (aku pun taoo, aku takde pasal aku tukang ambik gambo).. OK ni nak citer puncak dia plak.. erm.. agak luas.. tapi berbonjol².. dikelilingi dengan pokok² renek.. bagus untuk menghalang angin kuat.. ade sesetengah tempat yang mempunyai view meletup kebabom.. juga mempuyai port² cer-ber yang agak terlindung dari kawasan umum

Ini ialah view sunset… ni aku kena panjat batang pokok.. tao tao je la kan aku ni tak cukup ketinggian.. so kena la panjat memanjat untuk menikmati pemandangan mcm ni…

Ini ialah gambar sunrise.. di kebesokan harinye pulakk… kelihatan cahaya matahari keemasan baru keluar dari ufuk timur.. perghhh!! mmg mables… tapii pepagi mcm ni mmg agak sejuk hokeyy.. nak tekan punat kemera pun tergetar².. ahaks..

Pelan² matahari muncul dari ufuk timur.. memang cantik..

View dari puncak juga..

sejuk wooo…

lagi lagiii.. huhuhu..

last gambar view…

Seperti yang dirancang pada awalnye.. yey sambutan raya di puncak Yong Yap.. ni 1st time bebudak Or.Gu wat mcm ni.. hik hik.. meriah.. dengan baju melayu siap sampin bagaii, ketupat & lemang << yang lemang ni propa je.. Siap bawak kuih raya.. tu yg tak tahan tuh..

Sesi salam² bermaafan.. Kengkadang bila wat kerja gila mcm ni bleh mengeratkan silaturahim lagi kann..

Gambar keluarga lagi.. lalallala….

Sesi main mercun… Diorang ni agak lasak skitt.. abis sampai terbakar baju tu main mercunn.. ishk ishk…
Ok ni jer kot yang aku nak citer kan… Masa nak turun.. bateri kemera aku dah start kong… dah tak bleh nak ambik gambarr… lallalala.. apa² ni satu pengalaman yang menarik.. 1st time hiking dalam keadaan deman bagai nak kena cheken-pop.. 1st time beraya di puncak dan kerjasama antara bebudak Or.Gu semakin baik.. suka tengok diorang saling tolong menolong.. hiks.

