Archive

Archive for September, 2007

Sabah – Water Rafting (Sg. Padas)

September 3rd, 2007 admin 4 comments

Sambung citer jejalan di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.. lepas jenjalan cari pasal di Ranau dan sekitar bandar Kota Kinabalu, besoknya kitaorang ke Beauford pula untuk xtvt rafting di Sg. Padas.. Ni adalah 1st time aku melakukan xtvt sebegini.. selama ini dengar dari kengkawan jee.. perasaan time tu sungguh teruja, berdebar² seram sejuk + mengantuk.. mana taknye pepagi lagi dah kena bagun, takut terlepas bas untuk ke Beauford.. Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam untuk ke Beauford.. aku kat dalam bas bantai tido jer.. mengantuk masih tak hilang lagi, walaupun permandangan kat luar mcm menarik..

Sampai ke Beauford dalam pukul 10 pagi.. Terus ke Stesen Keretapi Beauford.. Selama ni aku tak tahu pula di Sabah ni mempunyai landasan keretapi.. Iya la.. mengikut faktor geografi di sabah yang penuh dengan gunung ganang agak mustahil wujudnya landasan keretapi.. tetapi di Beauford ni keretapi adalah pengangkutan penting di daerah ini untuk menghubungkan kampung² pendalaman dengan pekan Beauford..

Kami bebudak Or.Gu semakin teruja semasa di Stesen Keretapi Beauford ini.. Tapi keterujaan tu kejap jer.. selepas setengah jam dok tunggu.. keretapi tak sampai² juga.. ini apa kes.?? nasib baik kitaorang agak memahami.. so dari teruja.. semua jadi dok sangap jer tunggu keretapi sampai.. duduk le melangut dok tengok rail keretapi tu..hehehe

Dah sejam lebih.. tak sampai jugak.. mula la diorang ni semua tak senang duduk.. mengeluh jangan cakap lah.. so memasing pepandai ler mencari keseronokan sendiri.. aku dah pusing² satu stesen utk snap² gambar.. Pelancong² lain pun mengambil kesempatan ini utk mengambil gambar seberapa banyak yang mungkin.. Aku tengok kemera diorang.. perghh!! tercampak kemera aku.. hehheh.. gempak² belaka..

Dah tatao nak buat.. dari berborak².. gosip² semua dah dibincangkan.. keretapi still tak sampai² lagi.. maka wat le keja² gila, utk menghilangkan kesangapan.. main susun² kasut la, wat konsert free la.. memacam lagi laa.. sangap beb tunggu.. pepaham je arrrr… erghhh..

Jenis keretapi yang ada kat sana.. tak macam keretapi kat semenanjung ok.. kat sini keretapi dia oldskool skit.. tapi takde la yang guna arang batu tu.. tak bleh nak feelling² western okehh…

Akhirnya.. penantian selama 2 jam lebih.. keretapi baru la sampai.. nak naik keretapi ni macam naik bas mini kat KL dedulu.. kena rebut².. kalo tak rebut mmg tak dapat duduknye arr.. pasal yg menunggu tu bukan skit² tao.. So berebut² ler diorang naik.. ade yang main lompat jer kat keretapi tu.. ade yang masuk ikut tingkap.. ayoo.. very dee….

Tu nampak tak kat depan tu.. (gambar diatas) matilah leh wat tarian hidustan hokey kat atas keretapi ini… Kat depan tu biasanye tempat penduduk pendalaman meletakan barang² besar atau barang² hasil jualan mereka.. ada juga yang bawak motor, kerana tiada jalan dari kawasan pendalaman untuk ke pekan Beauford.. Satu lagi, aku tak nampak pun kawasan kampung yang dekat² dengan landasan keretapi ni.. kalo ade pun tak banyak.. Kalau hutan dan semak tu mmg banyak le kat tepi² landasan ni..

Salah satu stesen yang ada.. (lihat gambar diatas) Hahahha.. tak terkezut beruk ko tengok perhentian tersebut.. ala² pondok jer.. Keretapi kat sini ala² macam Komuter kat KL tu.. setiap stesen dia benti.. melainkan kalu takde orang nak naik atau turun je dia tak benti.. Cara nak kasi keretapi ni benti ialah wat lambaian ratu.. mcm nak tahan teksi atau bas kat KL tu..

Stesen Rayoh.. stesen tempat kitaorang turun.. Stesen ni dah dinaik tarafkan.. cantik.. macam stesen Komuter kat KL.. tapi diperbuat daripada papan je laa..

Lepas ni kitaorang akan meneruskan perjalanan mengunakan keretapi lagi untuk ke starting point/checkpoint pertama rafting menyusuri Sg. Padas.. Laluan rail keretapi kali ni melalui tepi tebing sungai.. gerun woo.. dengan airnye yang deras.. mengigil kepala lutut woo..

Keadaan kampun Rayoh.. binatang peliharaan paling banyak kat sini ialah anjing.. mmg banyak anjing yang berkeliaran.. muka semua garang².. tapi jinak.. ahaks.. Penduduk kat sini pun memang ramah² belaka..

Starting point yang mempunyai rapid grad 3-4.. hahha time ni baru lepas hujan.. so rapid dia agak menganas sikit.. Masa kat starting point diorang kasi penerangan skit.. cara nak pegang/guna paddle, cara menyelamatkan diri jika boat terbalik atau kita tercampak keluar.. hahaha memang menakutkan aku dah la berenang ala² jer.. bukan pandai sangat berenang.. lelagi tengok arus sungai yang deras berwarna coklat ala² teh tarik tu.. ayooo..

Setiap boat akan mempunyai 2 orang guide.. Guide² semua superbb.. mesra alam.. leh main gurau² keji.. tara hall punya arr..

Terdapat beberapa jenis rapid kat sepanjang sungai Padas ni.. Start dengan Head Hunter Rapid, ni ok lagii.. Lepas tu Scooby Doo Rapid, ni dah melambong².. Cobra Rapid, ayooo hazab ok.. Lambada Rapid, hahha menari lambada la ko kat situ.. Curve Rapid, dah ok skit.. lepas tu Marry Go Round @ Washing Machine, matilah berpusing² ko kat situ.. heheh Lepas tu Snake House Rapid, dah ok balik.. last sekali Rayoh Rapid, dah ok balik.. Setiap rapid memberi jenis rapid yang berbeza beza..

Rerasa masa kitaorang kat Washing Machine, boat kitaorang tersangkut kat dalam Rapid.. so tak bergerak.. kena kayuh kuat².. pastu kasi pecah rapid kat Cobra Rapid.. perghhh!! gugur jantung ni kejapp.. ahaks..

Tu dia gambar yang Idot tolong ambikan.. ni masa kat last check point.. perjalanan mengambil masa dlm 1jam.. tapi rasa cam tak puas pulak.. terasa macam baru 5 minit jer naik mende kecalat rafting tuh..

Apa² pengalaman rafting untuk pertama kali ni tak mematahkan semangat aku untuk terus berafting lagi lepas ini.. Tertelan air cokelat tu jgn cakap ar.. mmg banyak kali aku tertelan air sungai tu.. So sesapa yang berhajat utk ke Sabah tu.. jangan lupa la singgah ke Sg. Padas nih.. memang menarik wa cakap sama lu.. tara rugi punya..

Categories: Album Tags:

Sabah – Poring Hot Spring

September 2nd, 2007 admin No comments

Sambung cerita cuti² Kota Kinabalu, Sabah.. mcm biasa malas nak tulis pepanjang.. aku sumbatkan gambar je laa.. hahhaha ini semua disebabkan faktor kemalasan menjelma kembali.. mari mari.. saya mulakan dengan jenjalan di Poring Hot Spring, Ranau hohoho…

Dari Kundasang kitaorang ke Ranau untuk gi kat tempat ni.. Ingatkan dekat jer.. tapi azab gak ler.. ngan laluan yang jalannye macam ular kena palu
Pagi tu memasing cam tak sabo nak masukkan badan memasing kat dalam kolam air panas tu.. sekali pergi tempat tu tak bukak lagi.. awal sangat kott.. so kitaorang jenjalan kat luar area Poring nih..
Dok tetengok jer batu² hidup yang dijual kat luar Poring.. tengok n posing² jer.. beli nye tak.. rasa cam mahal jer..
Sungai dari dalam Poring.. cantik gak tempat ni.. tapi kitaorang tamau mandi kat sini.. tah leh mandi ke tak tempat ni erk.?? tak nampak org mandi punnn…
Kawasan dalam Poring.. tempat dia cantik gak ar.. bersih dan nyaman jer.. oh lupa ade bau sulfer skit²
Testing rasa air panas dia.. takde ar panas sangat.. suam² kuku jer.. tapi ade port yang lebih panas woo..
Deretan keretapi di dalam kolam air panas.. wawawa ni tempat kanak² la woiii…
Hasil tembakan dari jauh 80mm-300mm punya penangan..
Macho ke korang.?? Ni kat depan hostel kitaorang.. ade padang bola.. time dah sesiap nak blah dah..
Posing lagi depan hostel.. Lepas ni dah nak gerak ke Kota Kinabalu pulokk..
Pemandangan dari Ranau ke Kota Kinabalu..
Kampung² kat lereng bukit.. menarik wooo.. view meletop kebabomm.. oh tapi lepas ni hujan turun mencurah²
Sampai Kota Kinabalu terus serang Filipino Market.. kat sini penuh ngan barangan kraftangan.. mls nak ngomen² mmg banyak barang kat sini.. leh rambang mata.. kawasan BAHAYA untuk kaki shopping barangan kraftangan
Ada barang yang murah.. ade yang mahal.. kene tere dalam bidang tawar menawar.. kena pandai pilih kedai.. lenguh kaki aku masa diorang dok shopping kat sini.. banyak gile kedai yang ade..
“pilih bang pilih.. atau habang ambik jer semua” kata nyonya itu kepada Pejo.. gituu…
Aku plak takde beli ape² pun.. tak minat sangat barang² manik nih.. duit pun tarak.. so banyak snap gambar je dari membeli.. hehheheh
Dah puas pepusing dalam Filipino Market.. kitaorang berjimba plak kat area luar.. ade pasar lagii.. kat sini diorang jual bermacam mende.. buah²an, ikan, makanan & banyak mende² merepek..
Tu dia… cili.. merah² mak ngah.. huwhuahwa.. sewel tatao nak citer ape..
Mende merepek.. kerang tu bukan utk dimakan yer…
Hohoho.. OK tamat cerita utk perjalanan Poring Hot Spring nihh… satu hari tu asik berjalan jer.. banyak gambar lagi ade.. tapi cam malas nak letak kat sini.. ahaks.. :D
Categories: Album Tags:
This site is protected by WP-CopyRightPro