Gunung Berumbun (2075 m)
Kekalangkabutan Menjelma
Jam dah menunjukan pukul 6 petang.. ermm.. semua artwork yang direject oleh QA masih belambak dalam artbox aku lagi.. Tak bleh jadi ni, aku tak bleh balik lewat lagi ari ni.. malam ni dah nak kena jumpa Pejo kat rumah dalam pukul 8.. lelagi barang pun belum packing lagii.. masakk akuu.. huh!! Dengan sepantas kilat, dengan kelajuan angin aku menyiapkan semua artwork yang direcject.. dalam hati lepas ni kalau kena reject jugakk minggu depan je la aku siapkann.. adehh!! Pukul 6.50 petang terus aku bergegas ke kereta.. sambil drive sambil mengelamun (tak sesuai menjadi pemandu berhemah langsung), macam mana lah rupa track Gunung Berumbun tu erk.?? Adakah sama rupa keazaban track Gunung Irau.?? Maklum lah 1st time ni nak gi Berumbun hahah.. Sesampai je kat rumah, usha jam.. sedikit terkezut sebab cam tak caya jer tak sampai 40 minit pun aku drive dari opis aku (Cyberjaya) ke rumah (Pandan Indah).. Tak tao plak berapa km/j aku drive tadi.. mungkin jalan lancar je kot.. aku pun tak perasan.. arghhh!! lantaklah.. diri ini dah teruja dengan Gunung Berumbun..
Sesampai rumah je.. terus aku start packing barang masukan dalam haversack.. Kejap² aku keluarkan balik, takut ada barang yang aku tak sumbatkan lagi.. Akhirnya siap jugak aku packing barang.. Pejo pun dah siap packing.. Sekarang ni dok tunggu je Sam datang rumah untuk pickup kitaorang berdua.. Pukul 9mlm Sam tak sampai lagi.. aku plak dok melayan myspace.. hahha banyak msg/comment yang perlu aku reply dulu. Lepas aku dah puas men-reply kecalat msg bagaii.. si Sam tak sampai² jugak.. Pejo mula la mencecehh sensorang.. Bila call Sam ermm… baru packing katanye… Hampeh tull!! Buat penat je aku rushing dari opis tadi.. lambat jugak akhirnya trip nih.. Takpelah.. boleh aku melayan One In The Million dulu.. Tak lama kemudian Sam pun sampai.. Apa lagi angkut haversack sumbat terus dalam boot kereta Sam.. Next mission plak nak kena ambik ration kat rumah Mbot di Damansara Damai.. Mbot gerak besok paginya, katanye nak kena tunggu abe Japon nye siapkan “tingkap” entah la aku pun tak paham.. muka mengantuk otak pun keliru.. gethoo..
Lepas ambik ration kitaorang gerak ke Selayang pulak.. dok tunggu member ORGU yang lain Aida, Azli & Anas uiks Tripple A.. aku baru perasann hahha.. Sementara tunggu depa.. kitaorang soruu merangkup dinner kat area Kg Nakhoda.. Tak berapa minit kemudian Azwan sampai.. lepas tu baru lah geng Tripple A ni plak sampai.. lepak makan dulu bila dah kenyang baru ler gerak..
Pembahagian Kereta:-
Kereta Aida aka Kenderaan Berat Badak Sumbu Putih @ Poket Doreamon
Pemandu: Azri
Penumpang: Aida, Anas & Azwan
Kereta Sam aka Ferarri Celup Keluaran Asia
Pemandu: Sam
Penumpang: Pejo & Wan
Group besok pagi
Kereta Mbot aka exklusive sangat ke kereta ni..?? wawawaw *jgn marah Mbot..
Pemandu: Mbot
Penumpang: Japon, Asnol & Mat Rock
Perjalanan Malam Yang Membosankan
Akhirnya kitaorang pun start gerak menuju ke Cameron Highland.. dalam perjalanan ni aku stokk membuta jer.. haha penat kat opis tadi tak hilang lagi.. Singgah dulu kat R&R Tapah dok melepak minum dulu, menunaikan hajat apa yang patut.. Pejo dah bersedia ngan ubat werk-werk dia, takut sejarah berulang menjadi Scooby Do Be Doo… haha.. lepas beli air mineral 3 botol sorang kitaorang meneruskan perjalanan semula menuju ke Cameron Highland. Aku yang duduk kat belakang dok layang karaoke pastu feeling² buat videoclip sensorang, Sam plak menumpukan pemanduannya.. Pejo lelap kengkadang celik mengimbangkan aura werk-werk nya.. Kat luar nun.. gelap gelita, hujan lite² renyai kengkadang lebat membuatkan jalan agak licin.. cuak gak ler..
Tertibbbbaa!!! dari jauh saup kelihatan deretan kereta berhenti.. dalam hati berbagai andaian aku buat.. takkan la ade roadblock tetangah malam buta/hujan plak ni.. takpun exsiden.. huhu seram beb!! Lampu² dari kereta memasing membuatkan area tu menjadi terang bagaikan ada pesta.. Dok selidik² ada pokok tumbang rupanya.. Adalah dalam setengah jam baru lah perjalanan diteruskan.. tak sampai 15 minit gerak.. haha sejarah lama Pejo berulang kembali, ewek-ewek kat tepi jalan.. hehe sian dia..
Tanah Rata – Jalan² Cari Pasal
Kitaorang sampai Tanah Rata dalam pukul 5 pagi.. mak aii!! lamanya perjalanan ini.. sesampai terus riki cari port pemprosisan taik mata.. Akhirnya kitaorang park kat depan Sekolah Tanah Rata, lelapkan diri dalam kereta jee.. Dalam lelap² ni berbagai bunyi aku dengar.. Dari bunyi enjin bus sekolah sampai le ke bunyi Pejo berdengkurr.. erghh lantaklah tido je lahh!!
Aduhh!! perutku.. celik je mata, perut plak buat hal, yang lain masih terlelap lagi.. berapa banyak tah diorang nak proses taik mata aku pun tataoo.. Malas nak kacau diorang, aku keluar dari kereta sambil ambik angin, sambil buang angin hahah.. Perut still memulas, ikutkan hati, ada gak aku cir-ber kat dlm longkang jer.. port pun clear.. Tengah dok fikir mana nak melepaskan hajat, Sam plak bangun… terus aku ajak dia gi toilet kat bus stand Tanah Rata.. Fuhh!! terselamatt.. kalau takk.. harus aku dapat title Cer-Ber dlm longkang.. wawawa tamauuu woo.. tak cute langsung title tu…

Selepas semua bangun, kami bersarapan kat kedai roti canai brader sorang ni.. Sebab apa kitaorang lepak kat kedai brader ni.??? Hahaha biarlah rahsia.. Rasanya ramai dari group² lain pernah makan kat kedai ni.. sebab banyak contengan nama² kat tiang payung kedai tu.. Sian kedai tu jadi mangsa vandelisma.. tak sesuai taoo.. Selepas sarapan memasing mls nak mandi dulu.. air sejuk sangat kut.. semua takut nak mandi.. hahha, jadi kitaorang mengambil keputusan berjalan² mencari pasal dulu kat area pekan Tanah Rata.. Sesi compreess itu satu kemestian.. dengan selamba je bebudak ORGU ni bertukar wajah memasing menjadi peserta American Next Stop Model.. Pose² selamba tetapp.. walaupun time tu dah ramai orang yang berkeliaran kat depan kedai².. Selepas bosan mencari pasal kat area pekan Tanah Rata.. kitaorang mencari pasal kat Strawberry Park plak.. Masuk dalam tu macam nak beli jer.. tanya tu la tanya ni la.. tapi erm.. hampehh keluar pun tangan kosong.. hahha, yang aku plak.. start pegang perut.. perut meragam baliik.. erghhh tensi nyerr!!!!!

Dah tak larat cari pasal kat Strawberry Park kitaorang gerak gi Brinchang plak.. Memula ingat nak gi pasar jer.. rerupanye tukar plan, kitaorang naik Gunung Brinchang.. Haha syokkknyee.. walaupun perut ku meragam.. akan ku simpan selepas turun dari Brinchang.. Lalu kat depan ladang teh.. sesi compress bertemakan Hindustani Bersuka Ria Di Ladang Teh telah dijalankan dengan jayanya.. kat sini memang aku seronok sangat.. selain gelak ketawa dengan rakan², dapat gak aku mengcompress gambar permandangan untuk simpanan peribadi sendiri.. Kami teruskan perjalanan sampai ke puncak Gunung Brinchang.. Dalam perjalanan tu ada la terserempak dengan group² mat salleh yang memanjat Gunung Brinchang tu.. Kat atas tempat laluan untuk ke Irau ada jugak group lain.. dengar macam ramai jer yang pergi ke Irau.. adalah dalam 45 orang kott.. Persoalannya.?? Muat ke nanti?? atau aku yang salah dengarr.. hehhehe lantakler.. tapi yang sedih.. dedengar (ni aku dengar bebetul), track untuk ke Irau akan ditutupp.. huhuhuh sadis…

Dah puas lepak kat puncak Gunung Brinchang, dah puas menikmati permandangan dari menara pandang Brinchang, puas berborak ngan makcik yang jugak lepak kat atas ni.. kitaorang turun balik ke pasar Brinchang untuk pekena cendawan goreng pulakk.. hahha sedap.. tanya resepi kat makcik tu.. makcik tu jawab “Biarlah Rahsia” aik makcik ni.. feeling² Datin Siti Nurhaliza plak..!! Lepas makan tengahari kat pekan Brinchang kitaorang start turun balik ke Tanah Rata untuk jumpa geng ORGU satu lagi.. Bersiap-siap mandi, membuang, menyental semua segala.. mulalah satu pengalaman di Gunung Berumbun…..
Menuju Puncak – Gunung Berumbun
Kami start memanjat pukul 3 petang, hujan turun lite² lebat.. sejuk, mengelabah, berfikiran -ve semua ada.. rasa macam dah lama plak tak gi memanjat ni.. starting point dari MARDI ikut laluan no. 5 sambil buat streching poyos², kami memulakan perjalanan kami.. seperti biasa.. perjalanan bermula dengan hanya satu kumpulan.. Memula jalan tu takde la rasa apa² sangat.. cuma beban haversack yang dalamnya ada 3 botol besar mineral water tu membuatkan kelenguhan di bahu.. Laluan track dia memula takde la seazab track Irau yang penuh lecak tuu.. cuma sedikit licin je kot.. sebab tengah hujan.. Setakat ni takde sape yang pewai lagi.. sehinggalah sampai ke tempat pondok berehat (aku tak ingat nama pondok ni ape), Lepak kat sini rasa macam lama jugak.. siap bergurau senda.. Pejo pun sempat sambung lelap sekejap, sehinggalah semua sampai + cukup berehat kat situ kami start balik jalan menuju ke puncak…

Start tracking balik.. aku yang berjalan kat belakang Azwan sambil dok hayal menikmati keindahan ciptaan Tuhan.. Tertiba.. “Mak aii!!” Azwan terkaget sebentar.. aku pun memandang ke depan untuk melihat kekagetan Azwan itu.. Perghh!! track dah start mencanak kaw-kaw.. lutut cecah dada lerr pas ni.. huhu thill memanjat sudah bermula, aku mula melangkah dengan berhati² maklumlah baru lepas hujan, licin.. kalau aku tersungkur sape plak nak sambut kan.. belakang aku dah la takde orang.. huhu.. tapi rerasanya dah tak lama dah lagi nak sampai ke puncak tu.. so pelan² la aku melangkah.. sedikit terasa cam nak pewaii.. hahha, tapi aku kuatkan semangatt..
Dalam 20 minit berjalan sambil membuat senaman lutut cecah dada.. akhirnya aku sampai jugak ke puncak Gunung Berumbun.. perghh!! aku letak haversack dulu.. terus dok tepi berehat sebentar.. Sementara tunggu group yang lain.. kami start la bersama-sama memasang fly.. bersama² menjadikan campsite tu sebagai pusat berehat exclusive.. Time tu kabus masih tebal.. so takde la nampak sangat permandangan dari atas.. Xtvt malam tu takde la happening sangat, mungkin kepenatan + tak cukup tido menyebabkan malam itu agak suramm.. Aku pun tido awal.. kali ni satu bunyi pun aku tak dengar.. aku rasa aku dah tido mati kott… hehehhe..

Besok paginya dengan udara yang segar, kabus pun lite² menjelma.. aku mula mengeluarkan camera aku.. start lah acara mengcompress lagi.. Permandangan pun cantik jugak dari atas.. kelihatan sayup pekan Tanah Rata di bawah nun.. Plan nak turun awal pun tak jadi.. disebabkan sesi compress terlampau lama..Tak puas hati tul aku bila tengok papan kenyataan ketinggian Gunung Berumbun diconteng sebegitu rupa… Masalahnya aku tengok tulisan kat situ macam tulisan orang Indonesia.. Terang plak tu.. sampai tulisan ketinggian tu tak nampak.. hampeh sungguh orang yang takde kesedaran sivik itu.. aku tengah marah ni!!!..

Akhirnya dalam pukul 2 petang baru kita orang start turun mengikut laluan no. 7… Laluan ni kalau untuk turun mudah skit kott.. Untuk turun kami mengambil masa 1jam setengah jer (yer ke aku dah lupa arr. tapi memang kejap pun).. untuk sampai ke kebun strawberry MARDI. Hehe.. sampai kat sini tetao jer la.. tetangan bebudak ORGU sememangnya gataii.. kalo benda² soc-soc (curi kira halal) ni memang diorang tera.. hehhe kira makan strawberry free lerr.. entah ade racun ke tak.. kami main bedal jer.. hehe..
Bye Bye Bye
Bersiap sedia untuk pulang.. di bus stand kitaorang gi basuh ape yang patut.. mandi², lepas tu makan tengah hari kat food court Brinchang.. Plan² kali ni diaorang nak ikut jalan Simpang Pulai plak.. cuma nak try.. semua sett.. lepas tu jalann.. oh lupa.. shoopping kali terakhir dulu kat pasar Brinchang.. lepas tu baru ler jalann balikk… Sepanjang perjalanan balik ni.. aku dok mamai kat belakang.. nak tido mata tak terpejam.. nak celik.. berat plak mata ni.. so ambik keputusan buat² tido jer kat belakang.. Tertiba kereta Mbot berhenti kat tepi jalan.. adehh!! ade yang nak cer-ber kat tepi jalan ker.?? Rupanye.. diorang nak menikmati permandangan gunung ganang di sepanjang jalan nak ke Simpang Pulai ni.. memang superbb beb!! Mat Rock tunjuk kat kitaorang yang mana satu Gunung Yong-Yap.. Tengok terasa la sedikit teruja + kaget.. entah lepas ke tak kalau aku panjat gunung tu… Takpe lah tu next mission.. tunggu ko Yong-Yap..

Selepas sambung perjalanan.. dlm 30 minit pas tu.. kereta Mbot dok benti kat tepi lagi.. dalam hati “kali ni nak tunjuk gunung apa plak.??”.. Haha rupa²nya depa nak kutip orkid hutan.. banyak rupanya kat tepi jalan tu… aku tengok dari jauh jer.. nak join sekali mengutip, terfikir plak.. aku nak buat apa ngan orkid tu.?? So aku layang usha jer gelagat diorang mengutip orkid.. sambil tu aku keluarkan camera utk snap² gelagat diorang.. hehhe.. sronok gakk..!! Akhirnya kami sambung perjalanan semula.. sehingga sampai di R&R (mana entah aku pun tak ingat). Lepak minum makan kat sini.. salam².. pasal pas ni dah tak jumpa dahh.. terus kitaorang shoot pulang ke KL..
Sememangnya trip ke Berumbun ni satu pengalaman yang menarik bagi aku.. lelagi yang aku ni baru 1st time memanjat Gunung Berumbun.. Bebudak ORGU yang sporting, memahami & yang paling penting kegilaan perangai diorang membuatkan aku senang hati dalam group ni.. Trip kali ini bagi aku adalah yang pada mulanya hura hara.. dan berakhir dengan jayanya….. yey ![]()
